RAMASAMY SEHARUSNYA LEBIH CERMAT MEMBERI KOMEN




Dalam banyak2 pemimpin DAP, Ronnie Lui and Ramasamy ni yang paling saya anti. Semua set2 pemimpin “foot in the mouth syndrome”. Tak tahu decorum politik.

Dia bagi pointers pasal Mat Kilau, macam dia masih lagi Pensyarah Sains Politik. Bukan pemimpin no 2 DAP Pulau Pinang.

Tak taktikal, main cakap hentam keromo tak tahu sentimen majoriti orang Melayu.

Saya tonton filem Mat Kilau, saya tak nampak ia nak promotekan UMNO dan Bersatu. Bagi ramai kita yang jenis berpikir, Mat Kilau simbol orang Melayu marhein yang telah mencetus reformasi. Melawan kebatilan dan kemungkaran. Tak kira la siapa yang buat.

Termasuk kalau dilakukan oleh pemimpin sama bangsa dan agama yang haprak. Yang menjajah minda dan mengkhianati bangsanya.

Jangan Ramasamy ingat semua Melayu tak boleh berpikir pula.

Pesanan saya kepada pemimpin DAP, don’t fall into the trap. You do your own politics. Let the Malay leaders yang bersuara isu Melayu ni. Elakkan makan umpan depan mata. Nanti dapat bahana.

#kitaReferee #BootOut #pemimpinhaprak

 

NAJIB SEBENARNYA CUAK DAN BIMBANG TU...DIA SAJA JA KATA TAK BIMBANG...DALAM HATI SIAPALAH YANG TAHU...KES BANYAK KAN.....DISANA MENUNGGU DISINI MENANTI....MENANTI BANYAK SESANGAT NAK MEREPOT...MATILA NAK.....

 


‘Buatlah laporan polis beramai-ramai, saya tak takut,’ Najib beritahu Rafizi




Najib Razak berucap di hadapan ahli Umno Pahang baru-baru ini. Beliau
 berkata hari ini beliau tidak takut dengan ugutan oleh PKR berhubung
 hantarannya di media sosial. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Najib Razak mencabar ahli PKR membuat laporan polis terhadapnya setiap kali beliau didakwa berbohong di media sosial dan berkata, beliau tidak sesekali takut.

Ketika menepis dakwaan bahawa beliau telah berbohong, bekas perdana menteri itu berkata, apa yang ditulisnya di Facebook adalah berdasarkan fakta dan ada asas kepada apa yang beliau katakan.

Beliau juga berkata, pembohongan di media sosial bukanlah satu jenayah melainkan ia menghasut rakyat untuk turun ke jalan raya.

Dan jika pembohongan sebenarnya satu jenayah, Timbalan presiden PKR Rafizi Ramli, dakwanya, sudah 10 tahun meringkuk dalam penjara.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Buatlah ramai-ramai polis report. Saya tak pernah takut sebab saya tak tipu macam kamu,” katanya di Facebook.

Najib juga menyifatkan Rafizi sebagai pengecut berikutan bekas ahli parlimen Pandan ‘menghilangkan diri’ selama dua tahun daripada politik sebelum membuat penampilan semula.

Awal hari ini, Rafizi dalam ucapan sulungnya sebagai orang nombor dua parti, menyeru ahli di seluruh negara untuk membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pekan itu, setiap kali beliau membuat kenyataan untuk mengelirukan rakyat.

Rafizi, juga melabel Najib sebagai pengecut, menurut New Straits Times.

Baru-baru ini Rafizi berkata, beliau bercadang untuk membuat laporan polis terhadap Najib kerana kecuaiannya semasa memerintah, menyebabkan harta kerajaan seperti Petronas terdedah kepada rampasan.

Beliau berkata demikian berikutan laporan bahawa waris Sultan Sulu telah mendapat perintah rampasan terhadap dua anak syarikat Petronas yang berdaftar di Luxembourg selepas Malaysia diarah membayar sekurang-kurangnya RM62.59 bilion kerana menyerahkan kedaulatan ke atas Sabah.


KEH..KEH..KEH....TENGOK SENDIRI DULU BHAI....MEMANG LAH PH TAK SEMUANYA BAGUS...TAPI PENGKHIANAT SEMEMANGNYA DIKETAHUI UMUM...NANTI CARILAH TEMPAT LAIN UNTUK BERTANDING..JANGAN SALAH BILIK DAN MINTA KEBENARAN NAK ON.

 

PH salahkan Langkah Sheraton atas semua kegagalan mereka - Hilman Idham



Astro Awani
PH salahkan Langkah Sheraton atas semua kegagalan mereka - Hilman Idham
MUHAMMAD HILMAN: Sungguh menakutkan memikirkan nasib negara jika parti yang tidak berfungsi sama sekali ini masih berada dalam kuasa persekutuan; bolehkah mereka mentadbir? - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Terdapat kegagalan yang tidak boleh diperbetulkan dalam kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR, dakwa Setiausaha Perikatan Nasional (PN) Selangor, Muhammad Hilman Idham.
Beliau mempersoalkan kemampuan parti yang dipimpin Anwar, juga Ahli Parlimen Port Dickson, itu untuk mentadbir negara jika sekali lagi diberikan mandat oleh rakyat.
“Hari ini PKR sedang kucar-kacir, meneruskan perjuangan dalaman yang remeh tanpa mengambil kira nasib atau masalah rakyat Malaysia biasa.

 “Sungguh menakutkan memikirkan nasib negara jika parti yang tidak berfungsi sama sekali ini masih berada dalam kuasa persekutuan. Bolehkah mereka mentadbir?
“Kami (beliau dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) juga percaya bahawa terdapat kegagalan yang tidak boleh diperbaiki dalam kepimpinan Anwar dan PKR.
“Kami menghabiskan bertahun-tahun yang menyakitkan untuk cuba mengubah keadaan dari dalam parti, tetapi tidak berhasil.
“Akhirnya, kami semua dipecat kerana kami tidak sehaluan atau bertindak mengikut perintah yang di luar kehendak kami,” ujarnya dalam satu kenyataan media pada Ahad.
Muhammad Hilman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia berkata demikian sebagai mengulas artikel di portal Malaysiakini bertajuk ‘Yoursay: How Azmin turned a dream into a nightmare’.
Tambah beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu, kritikan terhadap tokoh masyarakat digalakkan dalam demokrasi.
Namun, penghinaan jangka panjang yang berterusan dan penderaan peribadi adalah memualkan dan ia tidak boleh diterima dalam mana-mana negara demokrasi.
“Mohamed Azmin boleh memfailkan saman berkali-kali dalam hal ini tetapi beliau tidak seperti pemimpin-pemimpin lain yang mendakwa kebebasan bersuara tetapi menyaman.
“Berkenaan dengan apa yang dipanggil 'Langkah Sheraton', ia digunakan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk menyembunyikan kegagalan dan kebankrapan idea dan penyelesaian mereka untuk rakyat.
“PH terpaksa menyalahkan setiap kegagalan mereka atas 'Langkah Sheraton'.
"Mohamed Azmin, saya sendiri dan orang lain, bukan sahaja mempunyai hak, tetapi juga kewajipan untuk mengkritik parti politik dan gabungan politik di mana kita tidak lagi mempunyai kepercayaan.
“PH telah mengkhianati rakyat dengan gagal menegakkan dan melaksanakan reformasi yang diikrarkan dalam pilihan raya umum.
“Ini adalah perkara yang serius, tidak kurang daripada aku janji kami yang sungguh-sungguh kepada negara yang dahagakan perubahan,” jelasnya lagi.

Kongres PKR berakhir, hanya ada kem Anwar


SHAH ALAM: Kongres Nasional PKR melabuhkan tirainya semalam menyaksikan pasukan Rafizi Ramli mengungguli kebanyakan jawatan dalam Majlis Pimpinan peringkat Pemuda dan Pusat.

Sepanjang berlangsungnya Kongres sejak Jumaat lalu yang bermula dengan sayap Pemuda dan Wanita, nama Rafizi kerap kali disebut susulan kritikannya terhadap Anwar Ibrahim sehingga menimbulkan rasa kurang senang pemimpin terdekat presiden PKR.

Pada pembukaan kongres, Anwar menggesa seluruh akar umbi mengetepikan pertelingkahan dalam pemilihan lepas serta menumpukan usaha menghadapi PRU15. Malah katanya, beliau tidak akan menyerahkan watikah kepada mereka yang terus berkelahi.

Bagaimanapun, Rafizi dalam sidang media tidak lama kemudian secara terbuka berkata, berdasarkan tinjauan, populariti Anwar sebagai ketua pembangkang ketika ini mengalami kemerosotan.

Rafizi turut berkata sekiranya beliau menjadi Anwar, beliau akan menerima dapatan kajian berkenaan kerana ia memberi kesan langsung kepada Pakatan Harapan (PH), menjelang PRU15.

Kenyataan Rafizi menimbulkan rasa kurang senang Anwar yang menegurnya supaya tidak menggunakan kongres parti untuk memberi pandangan negatif berkaitan dirinya, sebaliknya teguran boleh dibuat secara dalaman.

Menerusi sesi perbahasan pada hari kedua kongres, 18 perwakilan membawa isu ekonomi, wanita, pendidikan dan anak muda yang memperlihatkan hampir 90% isi kandungannya mengusulkan supaya akar umbi memperkukuhkan parti terutamanya bagi menghadapi PRU15.

Malah, turut sering dilaungkan perwakilan, “hanya ada kem Anwar dalam PKR” – merujuk ahli PKR harus melupakan kempen pemilihan parti yang melibatkan pasukan Rafizi dan Saifuddin Nasution Ismail.

Hari terakhir kongres itu, ucapan sulung Rafizi sebagai timbalan presiden mencuri tumpuan umum apabila beliau menegaskan akan terus tegas dan lantang dalam membuat teguran walaupun menanggung risiko Anwar “kecil hati”.

Rafizi turut mengingatkan beliau bukan Azmin Ali yang mengkhianati parti selepas menabur pelbagai janji mengenai kesetiaan kepada Anwar dan PKR, sebaliknya, harapannya hanya mahu diadili atas usaha dan kerja yang dilakukan untuk PKR.

Mengakhiri ucapan penutup, Anwar menyifatkan kehadiran Rafizi dalam saf kepimpinan parti umpama memberikan “panadol” kepadanya.

Mengakui Rafizi sebagai seorang pemimpin yang ‘kontroversi’, Anwar berkata dia sangat mengenali bekas ahli Parlimen Pandan itu dan tahu akan kebolehannya.

“Kadang-kadang pening saya. Saya bisik dia tadi awal- awal, aku ni Rafizi, lama dah dengan kamu ni. Janganlah tambahkan pening aku.

“Rupa-rupanya dia datang bagi ucapan, dia bagi panadol, hilang pening saya,” kata Anwar.

Turut mendapat tumpuan umum, pengumuman dari bekas timbalan presiden Saifuddin memaklumkan parti itu menerima surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) bagi menjelaskan keputusan pemilihan parti itu baru-baru ini.

Bekas pengarah komunikasi Fahmi Fadzil dan bekas Ketua Wanita Fuziah Salleh tampil menyelar tindakan ahli parti yang melaporkan kepada polis dan JPPM serta gesaan menyenarai hitam individu terbabit.

Kongres Nasional PKR Ke-16 dengan tema Menjulang Keadilan berlangsung selama tiga hari di IDCC Shah Alam dengan kehadiran penuh.

Ia selepas kongres itu ditangguh susulan perintah kawalan pergerakan (PKP) tahun lepas yang dilaksanakan kerajaan bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

PULANG WANG SAJA TIDAK CUKUP, JHO LOW SENDIRI MESTI DIBAWA PULANG

 

Selepas Pejabat Peguam Negara atau AGC memaklumkan mereka menolak semua tawaran Jho Low berhubung cadangan penyelesaiannya dengan Kerajaan Malaysia, bekas Peguam Negara, Apandi Ali dengan pantas tampil mengesahkan dirinya adalah wakil yang diminta berbuat demikian.

Dalam satu kenyataan, Apandi berkata, beliau dihubungi oleh firma Washington DC, Kobre & Kim pada akhir Mei lalu yang meminta bantuannya untuk mengaturkan pertemuan dengan AGC.

Beliau berkata, tujuan pertemuan itu adalah untuk membincangkan pemulangan wang kepada Kerajaan Malaysia yang didakwa diselewengkan Jho Low daripada 1MDB.

“Saya aturkan beberapa pertemuan, di mana wakil dari Kobre & Kim sendiri datang ke Malaysia.

“Dalam pertemuan itu, yang dibuat di Pejabat Peguam Negara, kerajaan diwakili oleh Peguam Negara sendiri dan pegawainya serta pegawai kanan SPRM.

“Selepas pertemuan itu, yang ketika itu nampak positif, ia tiba-tiba dibatalkan oleh AGC atas sebab yang hanya mereka tahu,” kata Apandi lagi.

Dalam hal berkaitan, The Edge melaporkan, Jho Low menawarkan penyelesaian berjumlah RM1.5 bilion bagi membebaskan dirinya daripada sebarang pertuduhan jenayah berkaitan 1MDB.

Dengan perkembangan terbaru ini, walaupun penyelesaian tidak menjadi kenyataan kerana tawaran Jho Low itu ditolak oleh AGC, beberapa kesimpulan mudah boleh dibuat daripadanya.

Pertama, ia dengan sendirinya mengesahkan Jho Low mengakui kesalahannya mencuri wang melalui 1MDB.

Jika tidak, bagaimana beliau sedia membuat tawaran dengan memulangkan RM1.5 bilion kepada kerajaan Malaysia?

Keseluruhan wang yang diselewengkan Jho Low ialah kira-kira AS$4.5 bilion sebelum ianya diagih-agihkan dan dengan itu keputusan AGC menolak tawaran itu adalah wajar sekali.

Jumlah tawarannya jelas tidak memadai dengan keseluruhan wang yang dicurinya melalui 1MDB.

Begitu pun, jika sekarang Jho Low sedia menawarkan RM1.5 bilion, berapa banyak lagi wang curi 1MDB masih ada dalam poketnya?

Tidakkah tawaran RM1.5 bilion itu sebetulnya amat kecil jumlahnya dan beliau mungkin memiliki banyak lagi bakinya?

Kedua, dengan firma Kobre & Kim yang mengaku mewakili Jho Low telah berhubung dengan Apandi untuk menguruskan pertemuan dengan AGC, ini bermakna bilionaire yang gemar berfoya-foya itu masih ada dan boleh dihubungi.

Apa sebenarnya status Apandi dalam hubungannya dengan Kobre & Kim?

Ketiga, jika Jho Low sendiri memperlihatkan kesedian membuat tawaran yang menunjukkan dirinya adalah bersalah, bagaimana dengan Najib Razak?

Masihkah beliau mahu berpropaganda dan memutar fakta seolah-olah dirinya tidak bersalah dan semua wang yang masuk ke akaun peribadinya kononnya adalah sumbangan daripada Raja Arab Saudi?

Ataukah dengan tindakan terbaru Jho Low ini lebih menjadikan Najib semakin berdepan kesukaran dalam perbicaraan kes 1MDB sedang berjalan sekarang?

Apa pun, jika ada lagi tawaran lain seperti itu selepas ini, pihak AGC harus bertegas bahawa yang paling dikehendaki sekali oleh rakyat Malaysia ialah Jho Low itu sendiri.

Beliau mesti diusahakan untuk dibawa pulang bagi menghadapi pertuduhan jenayah yang dilakukannya yang telah menyebabkan negara menanggung hutang berpuluh bilion dan berpuluh tahun tempoh masa untuk membayarnya.

Kalau Apandi boleh menjadi wakil bagi pihak Kobre & Kim untuk bertemu dengan AGC, tidak bolehkah AGC dan Apandi, demi kepentingan negara, sama-sama pula bekerjasama menekan Kobre & Kim untuk memastikan Jho Low dapat dibawa pulang ke Malaysia? ShahbudinHusin 17/07/2022.



'Kongres hari ini mengecewakan musuh politik KEADILAN'




 Kongres Nasional KEADILAN yang dijangkakan oleh musuh politik dan pemerhati politik akan menjadi kecoh hari ini dengan drama berbalas komen media semalam hari ini kecewa kerana tidak berlaku pertentangan pada hari terakhir kongres.


Hal itu dibangkitkan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan penggulungan dan penangguhannya petang ini.


"Kita bersyukur menamatkan kongres ini dengan semangat, nafas baharu.


"Ya, tentunya seperti disebut mengecewakan banyak pihak, pihak lawan membuat andaian menjangka yang berbeza tetapi ini dia denyut nadi KEADILAN," katanya.


Anwar menegaskan singgungan Rafizi adalah perkara biasa baginya kerana pemimpin seperti Rafizi adalah anggota yang setia dan pemimpin yang kuat bekerja.


Beliau juga menyatakan rasa gembiranya dengan barisan kepimpinan baharu yang masih muda dan akan menjadi penerus perjuangan KEADILAN pada era akan datang.


"Sementara mengekalkan semangat reformasi perlu ada anjakan (tenaga baharu).


"Saya sebagai presiden tidak rasa curiga atau bermasalah, kerana kalau saya faham makna perjuangan, erti pembelaan nasib rakyat maka menjadi kewajipan kita untuk (menyertai) semangat perubahan menegakkan keadilan ini.


"Kita saksikan hari ini dari 4 Naib Presiden, AMK, Wanita dan saudara Rafizi (Timbalan Presiden)," katanya.

'Jika kita menang harga minyak pasti turun'




 Propaganda cybertrooper BN dan PN sering memperolok olokkan pidato Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan janji menurunkan harga minyak


Sedangkan janji berkenaan tidak dibuat Pakatan Harapan pada manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 kerana Anwar masih di dalam penjara


Namun hari ini, Anwar menjawab bahawa janji janji yang terdahulu akan ditunaikan seandainya PH diberi peluang sekali lagi menang PRU ke 15.


"Ramai yang sindir pasal apa 'menang hari ini, turun minyak esok', pasal apa tak jadi?


"Mengapa tak jadi? Kita tak perintah. Saya tak jadi PM nak buat macam mana?


"Kalau sekarang dengan harga minyak sekarang, tidak ada sebab minyak tidak boleh turun (kerana negara untung harga dunia tinggi). Dengan harga minyak sawit sekarang, tidak ada sebab minyak sawit untuk masak tidak boleh diturunkan.


"Ia tidak boleh diturunkan kerana pihak penguasa yang di atas itu memikirkan cara menyelamatkan korperat di atas, dan kita memikirkan cara menyelamatkan rakyat di bawah. Itu bezanya," kata Anwar dalam sesi ucapan penangguhan Kongres Nasional KEADILAN ke 16, tengah hari tadi.


Selain itu, kata beliau, dengan meluasnya agenda reformasi maka janji mutu pendidikan lebih baik, kemudahan kesihatan yang baik dan sebagainya juga akan turut ditunaikan.


Oleh itu, beliau berkata, tugas besar anggota KEADILAN adalah meyakinkan rakyat bahawa parti telah dipimpin oleh pemimpin terbaik dan akar umbi perlu bersatu padu dalam saf yang kuat.


"Tugas besar memerlukan pengorbanan dan kebijaksanaan. Bermula dengan barisan kepimpinan yang harus berpadu dan sederap dalam satu suara, saudara di peringkat bawah pun harus bersama dalam derap satu suara. Tidak ada lagi pasukan selain pasukan KEADILAN yang mahu kita pertahankan.


"Siapa yang pilih kekal dengan KEADILAN adalah keluarga kita dan kita akan pastikan tidak ada yang terpinggir dan tersisih asalkan tunjuk komitmen dalam perjuangan mempertahankan parti.