PILIH LA DIA
HUSAM MUSA
Tujuan dan semangat perjuangan kekal tak berubah.
Malaysia perlu berikan peluang pada Anak Watan ini menerajui
pemulihan dan kegemilangan Negara tercinta.
SEJAK BILA DR MUJAHID JADI MENTERI
MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF
Semalam Haji Reaktor tanya apa respond Amanah terhadap double
standard statement Peguam Muda.
Yang saya pelik sejak bila pula Amanah jadi kerajaan; dulu masa
Amanah jadi kerajaan, geng depa juga bedal kiri kanan kata Islam terancam dan
berdoa dapat kerajaan persis Saddam.
Jadi memandangkan kerajaan ini juga adalah kerajaan jaminan puak
mereka, kenapa Amanah pula nak kena bersuara; bukankah ini sebahagian dari pakej
"rahmatan lil fasikan wal kafirin" yang di ratib dulu?
Last saya check, yang makan elaun Menteri Agama adalah Deris
Sagon, bukan Mujahid.
So bila Amanah jadi kerajaan, Amanah kena bedal, bila Amanah
jadi pembangkang pun kena bedal juga?
Masa Mujahid jadi menteri banyak insiatif baru dia buat, selain
dari kempen "rambutan pak amin", dia juga berjaya bentang RUU Guaman
Syarie. Tapi saya faham, nak kritik lebai PAS macam mana kalau mereka tak buat
apa-apa dan hanya makan sagon; sembang waktu pembangkang konon perlu 5 hari
sahaja. RUU355 sampai ke la tak tahu hujung pangkal. Bentang lepas tu tangguh,
balik di airport terus julang bagai wira.
Lepas itu dia mai sembang bab surat Mujahid ke Nurul Izzah; yang
mana saya tak faham apa releven dengan konteks asal peguam Muda tadi. Macam
buat dissertation tajuk A, tapi tang viva dia syok ulas sampai tajuk B.
Next dia tulis pasal peguam DAP pula sebab sanggup jadi
peguambela tertuduh. Dah mamat tu belajar guaman, mestilah dia jadi peguam
takkan dia nak jadi reaktor pula.
Dia macam ini Tuan Haji Reaktor.
Kita sebagai rakyat Malaysia nak memastikan kedaulatan
undang-undang di tegakkan dalam negara tak kira siapapun. Jadi hak untuk
mendapat peguam adalah penting terutama sekali dalam kes jenayah dan di
peruntukkan dalam perlembagan persekutuan Artikel 5(3).
Jika kita berkehendak yang keadilan di laksanakan dan di
tegakkan dalam negara, adalah perkara yang biasa kalau ada peguam yang mewakili
mana-mana defenden dalam kes jenayah (tak kira lah hina Islam atau hina agama lain).
Kita tahu kalau mahkamah jatuhkan hukuman bersalah selepas di bicara, maknanya
Mahkamah telah berpendapat yang dia telah di hukum melalui prinsip "beyond
reasonable doubt". Ini bermakna dia telah betul-betul bersalah, dia
melakukan kesalahan tersebut dengan niat dan semua alasan lain contohnya OKU
telah di tolak.
Persoalan saya, adakah haji reaktor suka tertuduh tersebut tak
di wakili peguam dan terus di sumbat dalam penjara tanpa perbicaraan yang adil?
Dulu Saddam suka buat macam ini di Iraq, siapa lawan pemerintah terus kena
penjara tanpa bicara.
Kalau macam itu tukar aje semua undang-undang kanun kesiksaan
kepada ISA atau SOSMA, semua suspek boleh tahan tanpa bicara. Oh bab tahan
tanpa bicara ini, peguam Amanah selalu lawan tapi kalau yang tunnel vision
mereka tak nampak semua ini.
Nak kritik boleh tapi jangan falasi sampai ke lubang arnab. Di
luar Malaysia, orang biasanya kritik kerajaan yang memerintah sebab gagal dalam
sesuatu polisi tapi tak pernah pula dengar orang kritik pembangkang sebab kegagalan
kerajaan yang memerintah.
Kalau nak cerita double standard sampai esok tak habis;
contohnya isu sekolah vernakular, tulisan jawi, pemabuk arak langgar sampai
mati; sampai sekarang masih status quo kan?
Jadi soalan penutup saya, adakah Islam terancam di bawah
kerajaan Neyu Isley?
Demikianlah...
AMIR ARTIS YG WAJAR DICONTOHI…
NORMAN RAZDUAN
Artis jgn tayang kemewahan bila susah rayu masyarakat
AMIR ARTIS YG WAJAR DICONTOHI…
Amir Raja Lawak selalu diperlekehkan samada rakan pelawak mahu
sesetengah masyarakat lawaknya dianggap tidak menarik…
Tapi maaf saya tetap mengkagumi Amir. Tak mengapalah Amir tidak
pandai melawak tetapi saya kagumi kegigihan diri Amir berusaha dlm meneruskan
kehidupan.
Sikap ‘humble’nya itu walaupun dikenali ramai sanggup berniaga
kecil kecilan tanpa berasa malu dan tidak meminta minta. Amir berusaha sendiri
dan berbangga dgn apa yg dia ada.
Artis2 skg bukan main sombong pada masyarakat atau peminat
tunjukkan kereta mewah, rumah mewah dan photo2 ke luar negaranya.
Bila berlaku Pandemik… ramai artis2 yg sebelum ini kelihatan
mewah terus memohon bantuan. Show tak ada, offer lakonan tak ada… seolah olah
masyarakat di luar sana tidak susah.
Terus merayu pada kerajaan, salahkan kerajaan tak beri bantuan,
salahkan persatuan tak hulur bantuan dan merayu pada masyarakat (peminat)utk
bantuan… waktu senang?
Ehh… waktu byk offer atau show sana sini bukan main dgn Velfire
dan BMW. Habis ditayangkan kpd masyarakat dimuatkan di dlm Tik Tok, FB dan IG…
andalah manusia yg kaya.
Ya kita faham kehidupan manusia ada pasang surutnya.. itu lumrah.
Tapi waktu air tgh pasang jgn sombong menaiki kapal hingga lupakan daratan.
Beringat ingat waktu senang dan bersederhanalah dlm kehidupan.
Tiada apa yg perlu sgt dibangga berbelanja macam tiada hari esok
hanya utk menunjuk nunjuk pada masyarakat kamu selebriti yg kaya. Dah ramai
artis2 sebelum kalian yg sgt popular tetapi pengakhir karier terpaksa meminta
bantuan. Belajar dari kesilapan org yg lebih senior.
Satu hantaran di laman sosial membuat saya tersentuh. Kata Amir,
“Nk tukar tali jam macam mahal,ambik yg bajet sikit kita tukar dan repaint je
tali jam ni.” Semoga Amir murah rezeki.. Amin.
NAJIB NI BODOH, SIAPA PERCAYAKAN DIA TERLEBIH BODOH
Najib ni bodoh. Siapa
percaya Najib terlebih lagi bodoh.
Dia nak salahkan
Tommy Sebab balas surat waris Sultan Sulu dan tawarkan bayaran sebanyak RM48k
sebagai gantirugi.
Katanya surat itu
mengiktiraf tuntutan waris Sultan Sulu. Ok... Tapi dia tak komen yang kerajaan
telah bayar semenjak tahun 1963?
Itu termasuk juga 3
tahun selepas dia menjadi PM Malaysia. Ini bermakna dia sendiri mengiktiraf
waris Sultan Sulu tersebut.
Sekeping surat dari
Tommy Thomas hanyalah pujukan agar notis yang dikemukakan oleh waris Sultan
Sulu, yang dihantar pada 2017, ketika Najib masih menjadi PM, untuk ditarik
balik.
Kenapa surat itu
dihantar? Kerana sejarah buktikan yang selama ini Malaysia akur dengan tuntutan
tersebut. Mana nak lari?
Yang memburukkan
keadaan adalah kerajaan yang diterajui Najib kerana ambil tak peduli dengan
notis tuntutan tersebut.
Najib ingat dia boleh
buat macam dalam Malaysia, tiada siapa yang berani nak dakwa dia. Ini isu
antarabangsa. Sorry jack. Di mata antarabangsa, Najib ni sampah je.
Kalau notis tahun
2017 itu dijawab oleh Najib, keadaan tak akan jadi segenting ini. Tapi
biasalah. Penyamun ni memang pembelit.
Najib senang senang
nak belit rakyat. Dia ingat semua rakyat bodoh macam machai dia. Guane boh?
.
Kembali bersatu, jangan teruskan persaingan sebelum Pemilihan KEADILAN
Anggota KEADILAN terutama pimpinan dari hierarki atasan mahu pun di peringkat paling bawah dilarang sama sekali meneruskan persaingan politik sebagaimana sebelum Pemilihan KEADILAN 2022.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu anggota ambil sikap seperti bidalan Melayu 'Biduk berlalu kiambang bertaut' untuk bersatu kembali menghadapi pertempuran sengit menuju Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.
"Sebagai presiden saya akan pastikan KEADILAN kekal utuh, bersatu, inklusif merangkul semua kekuatan parti sebagai gerakan rakyat.
"Saya selaku presiden tidak akan maafkan saudara di Ranting, Cabang, AMK atau wanita yang memilih untuk meneruskan persaingan sebelum pemilihan parti.
"Kalau terus berlaku begitu, dijamin tidak ada watikah (calon pilihan raya) yang akan sampai kepada saudara," katanya.
Anwar juga memberi peringatan agar gerak kerja menuju PRU 15 segera dilakukan sebaik sahaja kongres selesai kerana pembubaran Parlimen boleh berlaku pada bila bila masa.
"Sejenak lagi gendang akan dipalu menandakan bermulanya pertarungan sengit 2 raksaksa, kita dan parti kerajaan.
"Gerombolan yang akan kekalkan sistem yang berselaput rasuah bertembung saf yang bertekad meletakkan agenda menjulang rakyat Malaysia," katanya.
Selain itu, presiden juga mahu Angkatan Muda KEADILAN dan Wanita KEADILAN perlu diberi lebih banyak ruang untuk melaksanakan aktiviti mereka, teruma di negeri negeri Pakatan Harapan.
"Saya sebut tentang kemaraan dua tokoh baru dalam mengemudi pemuda dan wanita.
"Saya meletakkan harapan supaya mereka dalam badan yang lebih autonomi, pemuda dan wanita menggerakkan semula kegiatan (selepas Langkah Sheraton)
"Tanggungjawab ketua cabang, ranting, MB mesti memberi ruang yang lebih kepada mereka. Kalau tidak kita tidak akan dapat catat keadaan yang lebih menyakinkan," katanya lagi.
SEANGKATAN, AYUH ANAK MUDA BUBAR

Seangkatan, Ayuh Anak Muda bubar
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) kembali bertaut selepas Pemilihan KEADILAN 2022.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN yang baharu Adam Adli Abd Halim mahu semua perbezaan pandangan dan hala tuju dikesampingkan untuk bersatu hati menggalas perjuangan memastikan KEADILAN menang dan terus cemerlang terutamanya dalam Pilihan Raya Umum ke 15.
“Kepelbagaian teras perjuangan parti kita. Oleh yang demikian saya pohon kelak kita mengemudi AMK ini, utamakan kebersamaan, kesetiakawanan dan kesatuan kita.
“Para pemimpin uruskan perbezaan dengan baik.
“Hari ini kita bukan lagi Seangkatan, bukan lagi Ayuh Anak Muda. Hari ini kita AMK.
“Panjang umur perjuangan dan reformasi buat kita semua,” kata Adam dalam ucapan penutup Kongres AMK.
Beliau juga bertekad untuk memimpin AMK sebaik mungkin di samping mengucapkan terima kasih tidak terhingga ke atas kepimpinan Ketua AMK sebelumnya, Akmal Nasir serta barisan exco beliau.
“Sebagai salah seorang terpilih mengemudi AMK, saya tidak mahu mengikat diri dengan terlalu banyak janji yang entah kalau tidak berhati hati, risau dimungkiri.
“Menjadi tanggungkawab saya untuk memimpin dengan adil dan saksama,” katanya dalam ucapan sulung bersama barisan Ahli Majlis Pimpinan AMK yang baharu dipilih, malam tadi.
JANGAN KEPUNG BANDAR DAN PINGGIR BANDAR, TAPI MASUKLAH KE KAMPUNG DI PEDALAMAN SEMENANJUNG SABAH DAN SARAWAK. ...Kurang menerobos desa' antara kelemahan PH - Anwar

