EZAM:MAKLUMAT DAPAT TAPI TAK SAHIHHHH...MACAM INI PUN ADA LEPAS MASUK UMNO ALAHAIIIIII

DI PETIK DARI UTUSAN MALAYSIA

Bekas Setiausaha Anwar, Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, beliau amat terkejut apabila diberitahu tentang perkara itu dan jika benar bermakna tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah melanggar prinsip reformasi.
“Selama ini, Anwar sering katakan bahawa tidak patut wujudnya nepotisme dalam politik, namun kini, dia sendiri yang mengamalkannya dengan melantik ahli keluarga menjawat jawatan tersebut.
“Pihak pengurusan KDEB harus tampil untuk memberi penjelasan tentang perkara ini dan mengesahkan kebenaran dakwaan itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaannya sebelum ini mengenai ahli keluarga Anwar yang dilantik sebagai penasihat KDEB, baru-baru ini.

Menurut Mohamad Ezam, beliau mendapatkan maklumat tentang dakwaan itu daripada sumber, tetapi tidak dapat mengesahkan kebenarannya.


RAKYAT MALAYSIA TOLONG BERI KOMEN PASAL DAKWAAN EZAM..MALAS LAH AKU NAK JAWAB............

HIMPUNAN SEJUTA UMAT TETAP 6 JULAI





Protes sahkan tarikh Perhimpunan Sejuta Rakyat, Ahad 6 Julai 2008
Nyza Ayob Thu Jun 26, 08 4:43:27 pm MYT
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Hrkh) - Protes hari ini mengesahkan Himpunan Aman Protes Sejuta Rakyat akan diadakan pada Ahad, 6 Julai 2008 bersamaan hari Ahad jam 9.00 Pagi bertempat di Padang Timur, Petaling Jaya, (Berhadapan Amcorp Mall) Selangor. -->
Sekretariat Protes, Aiman Athirah Al Jundi dalam kenyataannya kepada Harakahdaily menegaskan menegaskan bahawa tarikh tersebut telah diputuskan dan tiada lagi sebarang pindaan tarikh bagi himpunan tersebut.
Jelasnya, setakat ini persiapan ke arah perhimpunan ini sedang giat berjalan lancar dan pihak penganjur telah menyediakan pelbagai pengisian menarik kepada para peserta himpunan.
Katanya, segala bentuk pengisian himpunan itu nanti adalah selari dengan matlamat Protes untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat berkaitan harga minyak, pengagihan kekayaan Petronas, salah guna kuasa dan salah tadbir urus kewangan negara.
Di samping itu katanya, pidato penerangan akan disampaikan oleh emimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat dan juga pemimpin Badan Bukan Kerajaan NGO yang bergabung di dalam Protes.
Katanya, Protes akan berusaha membawa semua Menteri Besar dan Ketua Menteri kerajaan Pakatan Rakyat, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Ahli-Ahli Yang Berhormat Pakatan Rakyat ke acara himpunan tersebut bagi membuktikan kepedulian dan kebersamaan mereka dalam memahami derita dan keperitan rakyat kesan daripada kenaikan harga minyak.
Dalam pada itu, sebagai reaksi terhadap isu semasa berkaitan harga minyak yang dibahaskan di Parlimen baru-baru ini, beliau berpandangan Ahli Parlimen BN jelas mengkhianati mandat dan kepercayaan rakyat bila meluluskan satu usul yang menyokong langkah kerajaan menaikkan harga minyak.
Katanya, tindakan tersebut tidak dapat diterima rakyat dan jelas ia satu taktik murahan untuk memancing perhatian dan pemahaman rakyat.
Beliau berpandangan usul tersebut sengaja dibentangkan dan dibahaskan dalam parlimen semata-mata meredakan kemarahan rakyat atas keputusan unilateral Perdana Menteri.
Sehubungan itu katanya, Protes menggesa seluruh rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga minyak ini tanpa mengira ideologi politik masing-masing agar turun pada 6 Julai nanti tanda protes rakyat atas tindakan tidak berperikemanusiaan pihak pemerintah. - mns _

KRONI MAHAZALIM DAN PENYA---K NEGARA MENINGGAL DUNIA


LEPAS BEBAS DAN BANGGA SETELAH MER.....PAK HARTA NEGARA

Eric Chia meninggal dunia
Jun 24, 08 5:59pm
Bekas pengarah urusan Perwaja Steel Sdn Bhd, Tan Sri Eric Chia Eng Hock telah meninggal dunia pada jam 9 pagi tadi.

Beliau, 74, meninggal dunia di Hotel Park Avenue miliknya di Sungai Petani.
Jurucakap polis berkata, Chia, 75, meninggal dunia di bilik peribadinya akibat sakit tua. "Sehingga petang ini, mayat masih berada berada di hotel. Kaum keluarganya sedang membuat urusan pengkebumian," katanya ketika ditemui di hotel tersebut.

Menurut laporan Bernama, kumpulan wartawan bagaimanapun sukar untuk menemui keluarga mendiang bagi mendapat komen dan sebaliknya hanya dibenarkan berlegar di kawasan lobi hotel itu.Pada 26 Jun 2007, Eric dibebas dan dilepaskan daripada tuduhan pecah amanah melibatkan RM76.4 juta oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur tanpa dipanggil membuat pembelaan.Hakim Akhtar Tahir berkata, pihak pendakwaan gagal mengemukakan bukti yang cukup bagi satu kes prima facie terhadap Chia.Akhtar dilaporkan berkata, mahkamah serba kekurangan untuk membuat penilaian maksimum kerana saksi-saksi material tidak dipanggil langsung untuk memberi keterangan dalam perbicaraan ini.Oleh itu, katanya, mahkamah memutuskan pendakwa gagal mebuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dan oleh itu membebas dan melepaskan tertuduh dari tuduhan utama dan pilihan.

Pada 10 Februari 2004, Chia, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan asal melakukan pecah amanah melibatkan jumlah wang yang sama dengan, secara tidak jujurnya, mengarahkan pembayaran wang itu kepada akaun Frilsham Enterprise Incorporated di American Express Bank Ltd di Hong Kong bagi kerja teknikal di kilang syarikat itu Gurun, padahal pembayaran itu tidakperlu dibuat.Enam bulan kemudian, beliau didakwa terhadap tuduhan dipinda iaitu meluluskan secara tidak jujur wang itu dengan mengadakan perjanjian dengan NKK Corporation dari Jepun, dan mengarahkan pembayaran wang itu tanpa kelulusan lembaga pengarah atau jawatankuasa tender Perwaja Rolling Mill and Development Sdn Bhd.Chia, 74, didakwa melakukan kesalahan itu sebagai pengarah urusan Perwaja Rolling Mill and Development Sdn Bhd di pejabatnya di Menara UBN di Jalan P Ramlee di sini antara 4 Nov 1993 dan 22 Feb 22 1994.Kedua-dua pertuduhan adalah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara dua tahun dan 20 tahun, dan sebat serta denda.Chia, yang diwakili peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah, duduk di belakang pasukan pembelaannya kerana beliau uzur.Pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwaraya Kanan Datuk Yusof Zainal Abiden menutup kesnya pada 4 Mei lalu setelah memanggil 29 saksi.

AZMIN KATA TUNGUUUUUUU

"Tunggu.. Ini soal strategi" Azmin


Oleh Harakahdaily

Isnin, 23 Jun 2008

KL: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Azmin Ali (KeADILan Gombak) hanya menyatakan bahawa semua pihak perlu 'tunggu dan lihat' berhubung bila usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Semasa ditemui di Dewan Rakyat pagi tadi Azmin bagaimanapun menyatakan soal undi tidak percaya itu telah dibincangkan dalam Pakatan Rakyat.
Beliau juga menyatakan bahawa usul itu perlu mengikut prosedur yang ditetapkan Dewan Rakyat iaitu antaranya melalui proses dengan dua minggu notis atau penggunaan peraturan urusan mesyuarat perkara 18 (1).
Namun semasa ditanya mengenai bila ia akan dibawa ke Dewan Rakyat, beliau menyatakan bahawa 'ini soal strategi'.
"Kita juga boleh guna usul yang dibentang Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Shahrir Samad di Dewan Rakyat sebentar tadi boleh menjadi wadah untuk beri isyarat tidak yakin dengan kerajaan ini, kita tunggu sampai pukul 6.00 petang ini, saya tak nak 'speculate', kita nak tunggu," kata Azmin selamba

LIM BOON CHANG DITERIMA PKR


22 Jun BAYAN BARU - Penyertaan bekas ADUN Parti Gerakan, Lim Boo Chang ke dalam Parti Keadilan diterima baik semua pihak.Penerimaan beliau ke dalam Keadilan juga boleh diterima sehingga Lim dipilih sebagai Timbalan Ketua Keadilan Bahagian Bukit Gelugor yang berlangsung petang tadi.Lim telah mengemukakan permohonan menyertai keadilan pada April 2008 dan diumumkan diterima menyertai keadilan pada 15 Jun 2008 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan beliau semasa peramian pusat khidmat YB ADUN Pantai Jerejak.
Dalam pertemuan dengan pihak media, Lim menafikan bahawa kemasukan beliau mempunyai sebarang perjanjian, selain menyatakan bahawa Barisan Nasioanal dan komponen yang ditinggalkan beliau kini sudah tersasar arah dan tidak ada harapan lagi untuk rakyat Malaysia mendapat pembelaan.

2 TAHUN MENUNGGU..KINI SUDAH BERJAYA


22 Jun BAYAN BARU - Mesyuarat Agong Pertama Bahagian Bukit Gelugor telah diadakan bagi memilih jawatankuasa tetap setelah Pendaftar Pertubuhan (ROS) selepas 2 tahun menunggu kelulusan bahagian.

"Pendataran Malaysian United Indian Party (MUIP) yang diketuai Nallakarupan oleh ROS hanya mengabil masa 2 minggu sahaja untuk diluluskan berbanding PKR yang terpaksa 2 tahun untuk diluluskan" kata YB Hj Abdul Malik Kassim yang merasmikan mesyuarat agong berkenaan.

Turut hadir adalah bekas Ketua Bahagian Penaja Bahagian Bukit Gelugor, Sdr. Jamil Mohd Noor dan Sdr. Mustafa Yusuf, Pengarah Pilihanraya Keadilan Negeri Pulau Pinang yang turut merasmikan penutupan mesyuarat berkenaan.

Mustafa menjelaskan pemilihan yang dilakukan adalah kehendak perlembagaan parti dan pendaftar pertubuhan yang perlu diselesaikan bersama-sama bahagian Batu Kawan telah juga diluluskan pendaftaran bahagian berkenaan.

Jawatankasa bahagian Bukit Gelugor yang dipilih adalah terdiri ADUN Batu Uban, YB Raveenthran selaku Ketua Keadilan Bahagian, manakala bekas ADUN Batu Lanchang yang juga merupakan bekas penasihat Parti Gerakan, Sdr. Lim Boo Chang selaku Timbalan Ketua Keadilan Bahagian telah dipilih sehingga tahun 2008 bersama-sama 16 yang lain dan seorang pengerusi serta timbalan pengerusi tetap, selainnya akan dilantik dalam mesyuarat jawatankuasa bahagian yang akan ditentukan kemudian.

Selepas terbentuk bahagian Bukit Gelugor secara rasmi, selepas ini bahagian akan membentuk sayap untuk Wanita dan Angkatan Muda.

FROM DRRAFICK BLOG -RIGHT 2 WRITE


Lt. Kol Aziz Buyong, Kor Jurutera, Kementerian Pertahanan Malaysia
June 22, 2008 by drrafick

I refer to Raja Petra Kamaruddin (RPK) stunning revelation (Malaysia Today, Saturday 21st June) alleging the direct involvement of Datin Seri Rosmah Mansor, wife of Dato Seri Najib Tun Razak, in the murder of the Mongolian beauty, Altantuya Sharibu, send shivers down the spine of all peace loving Malaysians.


In that write-up, RPK mention the name of several military officers. One was Lt. Kol Aziz Buyong and the other is his wife, Lt. Kol Norhayati. Immediately after reading the write up, I started calling some friends who is serving in Mindef. For the record there is such a personality by the name and rank mention.


I was informed that Lt. Kol Aziz Buyong, was promoted rapidly by the previous PAT despite not having the minimum requirement of attending Staff College. Apparently, Aziz Buyong is the type of officer that brags a lot. Aziz Buyong is a serving officer with the Engineering Corps (Kor Jurutera). The wife was formerly serving in the PAT (Panglima Angkatan Tentera) office but now is serving in the Minister of Defence Office. Norhayati is also an officer with the Engineering Corp. They have been married quite a while and currently residing somewhere in Jalan Genting Klang.



While it is not fair to accuse couple without any solid evidence but the fact that the Norhayati works with the Defence Minister Office and is reportedly, known to Rosmah makes people wonder whether there is any truth in it. The fact that Aziz Buyong name was mention by RPK further raised suspicion. While RPK can sometimes be a good story teller but by making a court declaration means that he stands by what he says.

According to my friend who is working with the Engineering Corp in Mindef, the Engineering Corp has access to Plastic Explosives like C4. It is a controlled item. This creates some shivers in my spine. Could it be that an Engineering Officer use his own unit C4? According to my friend, Lt Kol Aziz Buyong was last seen in Sabah on assignment last Wednesday (18/6/0 and was suppose to be in the office on thursday but has not return to office since then.



This latest revelation, I believe is more damming to PM Abdullah Badawi and UMNO. I believe RPK revelation is done with certain coordination. Somehow, my gut feeling tells me that it has something to do with the proposed no confidence motion on the PM on Monday 23/6/08 by SAPP. Since it is still not certain whether the speaker will allow the motion but assuming it does take place tomorrow or in 2 weeks time the DYMM Agong has no choice but to pick the most suitable person and in his opinion command the respect of majority of the parliamentarians. At the moment Najib appears to be leading the list.


With RPK revelation, I believe Najib is carrying a big baggage and may not be acceptable to the DYMM Agong to lead the country. I doubt DYMM wants to taint the country image by appointing someone with excess baggage. This will spark another round of Royal Vs UMNO crisis. RPK mentions that another Ruler is aware of the involvement of Rosmah in the murder will make things more difficult for the DYMM Agong. If there is an UMNO- Palace crisis, I bet it would bad for the country. RPK revelation about the Royalty is equally intriguing. Why did he do that? What was RPK trying to achieve? I would like to quote what another blogger, Arshad Raji (http://www.mindnoevil.blogspot.com) wrote


“…and a mention of a Malay ruler (though not by name), as having the full knowledge of Rosmah’s involvement. If this is true, what this mean is that, all are liable to be dragged to the Shah Alam Court for conspiracy. Even officers from the military intelligence should suffer the same fate. What of Najib than? Your guess is as good as mine”



From what has transpired, there is some credibility in the Conspiracy Theory involving the Military, Police, Immigration and the AG office (remember the judge was change and the prosecuting officers was change at the 11th hour). The question now is how far up does it goes. It is now on everyone mind. Comes monday morning, it is quite certain that stock market will melt further and as usual the government companies will come in and prop it up.


Since RPK do not wish to make a police report, shouldn’t anyone else does it? Otherwise the Police will not initiate and investigation. Pak Lah, I appeal to you do the right thing if there is any truth in what RPK has written

AHLI PARLIMEN SABAH DAN SARAWAK MAKAN ANGIN KELUAR NEGARA

Maklumat yang diterima,boleh dikatakan hampir semua ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak telah ke luar negara dan mungkin juga makan angin...........

Apa agaknya akan berlaku dalam parlimen jika tidak cukup bilangan ahli parlimen BN ya........

LAWATAN YB HAMDAN DAN KETUA MUSLIMAT KE SAMA GAGAH





PERMATANG PAUH-21 JUN Lawatan sepetang YB Hamdan ke kawasan parlimen Permatang Pauh telah mengesan seorang penduduk warga emas yang dikenali sebagai Makcik Nah 65 tahun. Beliau yang merupakan ibu tunggal kerana kematian anaknya kini hidup keseorangan.


YB Hamdan turut menderma RM200 sebagai tanda simpati dari pejabat PAS bahagian Permatang Pauh.Sebagai janji beliau,pihak pejabat PAS kawasan akan membawa kes ini ke pengetahuan PUZ dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat serta pejabat daerah sebagaimana yang dilakukan sebelum ini.



Manakala pihak Muslimat juga akan berpadu tenaga bagi melakukan gotong royong dan akan memangil ahli dan kaum muslimat dalam masa terdekat untuk menguruskan rumah makcik Nah.



PN SURAYA KETUA MUSLIMAT DAN YB HAMDAN MENGHULURKAN DERMA KEPADA MAKCIK NAH

BANTUAN RUMAH DARI PUZ DIURUSKAN YB HAMDAN UNTUK YANG DAIF



PERMATANG PAUH 21 JUN-Sebuah rumah yang lebih selesa bagi yang daif telah diuruskan oleh YB Hamdan melalui bantuan PUZ Pulau Pinang. Rumah bagi warga tua yang keseorang dan begitu daif ini akhirnya terlaksana juga setelah hampir 5 tahun lalu di usahakan dari berbagai pihak .malah, pernah diusahakan kepada pihak UMNO khasnya ketua pemuda UMNO Permatang Pauh namun hanya tinggal angan-angan sahaja.


Kini usaha dan angan -angan untuk memiliki rumah yang selesa telah termakbul sudah apabila rumah sebilik telah siap dibina dan pada petang tadi ianya diserahkan kunci dan juga bacaan yassin telah juga dijalankan dan sedikit majlis kenduri diadakan oleh masyarakat kampung.



Petang tadi YB Hamdan sekali lagi hadir bersama masyarakat kampung Sama Gagah menyerahkan kunci rumah kepada EN Ali bin Bidin 60 tahun.Rumah pusaka yang ditinggalkan kepada beliau sebatang kara tidak dapat diuruskan kerana beliau sendiri tidak mempunyai sebarang pendapatan dan mengalami sakit-sakit.Kini beliau dapat tidur dengan selesa dan impian memiliki rumah telah tercapai dan mimpi buruk sudah hilang.


Turut hadir Ketua muslimat bahagian/kawasan Permatang pauh iaitu Pn suraya Bt Mohd Saad ,Imam masjid,penyokong,dan juga penduduk yang bersimpati.tahniah buat Yb Hamdan kerana seringkali membantu penduduk setempat dan usha beliau patut dicontohi oleh YB yang lain.



PBS PULAK LOMPAT?????


POLITIK SABAH BERGEGAR HARI INI? (21 JUN) Saya baru sahaja menerima satu maklumat penting yang mengatakan bahawa politik Sabah akan bergegar pada hari ini. Bagaimanapun, maklumat ini tidak diperincikan oleh pihak pengirimnya.Biarpun begitu, dua hari lalu saya menerima maklumat bahawa segolongan komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah diura-urakan akan keluar daripada BN sebagai memenuhi aspirasi strategik siasah masing-masing.Di samping SAPP yang telah menggemparkan kita semua beberapa hari lalu, PBS pimpinan Joseph Pairin Kitingan, pula dijangka keluar daripada BN.Mungkinkah ini yang dimaksudkan oleh pengirim mesej di atas kepada saya? Mungkinkah PBS akan keluar BN?Sama-samalah kita tunggu perkembangannya dengan tenang untuk memastikan sama ada maklumat awal pagi ini memang benar atau sebaliknya. – Ruhanie Ahmad

ANWAR AJAK RAKYAT SERTAI PAKATAN


SELANGOR-20JUN-Dato Seri Anwar Ibrahim semalam menjemput para Ahli Parlimen UMNO untuk berhijrah kepada Pakatan Rakyat.Kini sempena 100 hari pemerintahan Selangor,kerajaan negeri ini telah berjaya memberi air percuma"Mana ada kerajaan negeri yang sanggup memberi air percuma,malah warga tua pun kita tidak lupakan",demikian jelas beliau dalam perjumpaan bersama rakyat di Selangor semalam.


Beliau juga memberi contoh dimana pimpinan kerajaan Kelantan perlu diberi perhatian dan diambil contoh kerana soal perbelanjaan dan menyokong kerajaan pimpinan Lim Guan Eng yang menjalankan prisip kerajaan yang baik dimana seorang Ketua Menteri berbangsa Cina mengarahkan program mengimarakkan masjid-masjid dan menaikkan elauns tambahan bagi guru-guru KAFA di negeri Pulau Pinang,


Mengenai ekonomi pula, beliau menjelaskan bahawa dasar ekonomi yang telus ,menjauhi rasuah ,kelulusan segera ,mengurangkan kerenah birokrasi dan ketepatan janji dan masa barulah orang yakin untuk melabur dalam negara kita.



"Saya juga baru -baru ini ke Dubai berjumpa tokoh-tokoh perniagaan dari negara-negara Arab yang mahu menjadikan Selangor sebagai tempat utama pelaburan bagi negaria mereka.Maka kerana itu kerajaan campuran ini harus diurus dengan baik ,telus dan pembanggunan ekonomi ini harus diuruskan dengan baik.Oleh itu semua ahli politik Pakatan rakyat di haramkan untuk berniaga", demikian jelas Anwar lagi.




Petikan dari video Malaysiakini.com

PKR PULAU PINANG MERAIKAN WARTAWAN



Pulau Pinang 20 Jun-Pertemuan para wartawan dan bloggers dari perbagai media julung-julung kali diadakan dan diraikan oleh calon-calon PKR Pulau Pinang malam ini. Pertemuan yang diadakan di rumah tetamu yang terletak di Jalan Mc Calister ini dihadiri lebih 20 wartawan dari pelbagai media baik dari media kerajaan dan juga media bebas dan media parti sendiri.


Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga pengerusi perhubungan negeri PKR Dato Zaharin Hashim.Dalam ucapannya , YB Dato Zaharin menerangkan bahawa sehingga kini 100 hari pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat di bawah ketua menteri Tuan YB Lim Guan Eng, PKR mempunyai report atau laporan yang baik.


Turut hadir ialah YB Abdul Malik,YB Lau,Yb Sim ,Pak Mus Pengarah Pilihanraya negeri,ahli-ahli majlis kerajaan tempatan dan juga para media yang hadir .






"Setiap wakil PKR mestilah yang berwibawa dan menunjukkan prestasi yang baik"' demikian jelas Dato Zaharin lagi.Ini adalah kerana untuk menjaga parti malah jangan sekali-kali mempunyai sikap dan perangai seperti parti yang lama iaitu merujuk kepada parti UMNO.



Masaalah pembaziran dalam kerajaan negeri tidak timbul langsung,maka kerana itu para wakil pun perlu juga amalkan langkah-langkah penjimatan sebagaimana yang di lakukan oleh YB Ketua Menteri yang hanya menaiki pesawat menggunakan kelas ekonomi.


"Harapan rakyat amat tinggi,maka kerana itu saya meminta agar wakil-wakil rakyat hadir dalam program dan bekerja dengan rakyat.Perjuangan ini belum berakhir sehingga kita mengambil alih kerajaan Pusat,malah ,perjuangan membela kaum Melayu akan dapat pembelaan dan perhatian utama dari kerajaan Pakatan Rakyat dan PKR mengambil tanggungjawab ini sebagaimana yang diarahkan oleh Daro Seri Anwar Ibrahim."demikian jelas YB Dato Zaharin lagi yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru.

Sesuatu yang penting ialah wartawan memainkan peranan bahawa kepentingan laporan-laporan yang tepat dan mempunyai intergriti ,dan pihak PKR amat menghargai kehadiran para wartawan.dan kerajaan Pakatan Rakyat memberi kerjasama terutamanya kepada jasa-jasa para wartawan.Mungkin ada beberapa perkara yang boleh dijelaskan dan ada perkara yang perlu di luahkan bila tiba masanya,beliau juga menyatakan laporan dan kualiti laporan yang lebih baik yang di laporkan oleh wartawan di dalam dada-dada akhbar memainkan peranan penting merubah persepsi masyarakat. Beliau juga mengharapkan kerjasama yang rapat antara wartawan dan para wakil rakyat akan terus dijalinkan demi melaporkan sesuatu yang benar dan bukan untuk memanipulasikan berita.
Para wartawan kemudianya dihidangkan dengan jamuan sebagai "hadiah" bekerja keras membantu semasa kempen pilihanraya yang memberi impak kemenangan yang besar kepada Pakatan Rakyat.


.



TARIKH PROTESS DITUKAR KE 6 JULAI




Jun 19, 08 5:04pm


Tarikh dan tempat perhimpunan besar-besaran bagi membantah kenaikan harga minyak, ditukar sekali lagi.Perhimpunan tersebut sebelum ini dijadual diadakan pada 5 Julai depan, bertempat di KLCC di ibu negara.Bagaimanapun, hari ini, Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli berkata, perhimpunan itu akan diadakan pada 6 Julai bertempat di Jalan Timur, Petaling JayaPertukaran itu, katanya, dibuat untuk memberi ruang kepada lebih ramai rakyat untuk menyertainya.Keputusan memindahkan tempat perhimpunan juga dibuat kerana Protes tidak mahu perniagaan di KLCC terganggu.


"Satu kawasan lapang di Jalan Timur dijangka tidak menganggu masalah kesesakan lalulintas dan keselamatan peserta protes."Ia satu kawasan yang amat strategik di mana orang boleh menggunakan lebuhraya Persekutuan dan LRT Taman Jaya," katanya.Sewa basDr Hatta berkata, orang ramai dijangka berhimpun mulai jam 10 pagi untuk menyertai pelbagai aktiviti, termasuk ucapan para pemimpin politik pembangkang.Katanya, sasaran untuk mendapatkan sejuta orang menyertai protes boleh dicapai kerana ia disertai oleh rakyat seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak."Saya dimaklumkan rakyat di pantai timur sudah mula menyewa bas untuk menyertai protes tersebut," katanya lagi.Dr Hatta berkata, beliau berkata, Protes tidak akan memohon permit polis kerana menurutnya ia merupakan satu perhimpunan aman.Bagaimanapun, katanya, penganjur ada memberitahu polis mengenai perhimpunan tersebut dan berharap mereka boleh membantu menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas.



"Kita juga menyediakan 3,500 petugas untuk membantu mengawal keselamatan dan masalah kesesakan lalulintas di kawasan tersebut.Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin yang hadir sama dalam sidang media tersebut mengajak anak-anak muda menyertai protes tersebut.Katanya, kenaikan harga minyak adalah merupakan isu negara yang memberi kesan kepada semua orang.

SIGN UP FOR PRESS FREEDOM




Support the cause for press freedom. This is an announcement from a string of civil society groups. I must say it is refreshing to see more new groups joining in the struggle for media freedom in Malaysia. What we need now is to achieve a critical mass of Malaysians demanding press freedom, whose voices cannot be ignored or suppressed any longer.
The organisers are hoping for at least 5,000 signatures. So far, they have received just over 200. I hope readers of this blog can help them achieve their target.



Concerned Malaysians are working hard to collect as many signatures as possible for the 2008 Memorandum on Media Freedom - sponsored by Benar for Free and Fair Media (Benar), Centre for Independent Journalism (CIJ), National Alliance of Bloggers (All-Blogs) and Writers Alliance for Media Independence (WAMI).
The Memorandum, together with the signatures collected until 30 August, 2008 shall be presented to the national leaders on August 31, 2008 and to state leaders on September 16, 2008 to demand for reforms in media laws. This project will be weaker without your support. We hope you will place this image link on your blog to help promote the cause.
There can be no free nation without free media. Let us come together to demand media freedom as the birthday present for our beloved nation.
Thank you very much for your support and attention.
In our love of the nation and freedom,All-Blogs, Benar, CIJ and WAMI

SUSULAN KEBAKARAN AHAD LEPAS..YB HAMDAN SAMPAIKAN BANTUAN DARI PEJABAT DAERAH






PERMATANG PAUH 18 JUN-Susulan kebakaran yang dilaporkan Ahad lepas,hari ini YB Hamdan sekali lagi tampil memberi bantuan yang diterima dari Pejabat Darah Seberang Perai berhubung dengan bantuan segera.Bantuan di berikan kepada En Zaini Othman 47 tahun sebanyak RM500 manakala tuan punya rumah, iaitu ibunya mendapat sebanyak RM3000 kepada Aminah Bt Mat Isa 74.






Bantuan yang diterima ini dianggap sebagai bantuan dari pihak kerajaan Pakatan Rakyat dengan sokongan dari pejabat daerah.Baru-baru ini rumah En Zaini terbakar akibat litar pintas dan dengan itu pihak pejabat YB Hamdan memberi bantuan segera.Dengan bantuan ini diharapkan keluarga Encik zaini akan tabah meneruskan hidup.Turut hadir ialah Pengerusi JKKK kampung Permatang Tengah, Permatang Pauh.



SAPP TAK KELUAR TAPI TAK CAYA PAK LAH

Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee berkata parti itu tidak akan keluar pada masa ini dari BN yang dipimpin oleh Abdullah, tetapi statusnya akan disemak pada hujung minggu ini.
Beliau mengkritik rekod BN di Sabah, dengan berkata negeri itu dikenakan undang-undang yang tidak adil dan cukai yang keterlaluan.

SAPP BUAT PENGUMUMAN JAM 2 PETANG DI KOTA KINABALU


Sabah Progressive Party (Sapp) is calling a press conference at 2pm today at its headquarters in Kota Kinabalu where it is expected to make an important announcement.
MCPXWhile speculations are rife that the party might decide to leave Barisan Nasional, sources close to the party have revealed that such a defection may not take place today.
“Today is just the first step. There might not be any defections yet,” said a source.

PILIHANRAYA KECIL DUN SANGLANG


Mahkamah putus DUN Sanglang dikosongkan


18/06/2008 12:20pm


KANGAR 18 Jun - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu dikosongkan apabila mahkamah menerima pemohonan petisyen yang dikemukakan bekas calon pilihan raya Pas bagi kerusi itu.
Hakim Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani bagaimanapun menolak permohonan bekas calon Pas, Hashim Jasin supaya mengisytiharkan beliau sebagai pemenang kerusi DUN tersebut.
Keputusan itu bakal menyaksikan pilihan raya kecil untuk kawasan tersebut. - Utusan

SAPP NAK LOMPAT ???LOMPAT JANGAN TAK LOMPAT




SAPP adakan sidang akhbar khas esok /HARI INI LA 18 JUN
17/06/2008 9:56pm
KOTA KINABALU 17 Jun – Parti Maju Sabah (SAPP) yang dikaitkan dengan pelbagai khabar angin tentang tindakan keluar daripada Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan satu `kejutan' esok.
Utusan Malaysia difahamkan kejutan itu akan diumumkan pada sidang akhbar khas parti tersebut di Ibu Pejabat SAPP di Luyang dekat sini.
"Tunggu dan lihat sahaja esok, ia satu pengumuman yang mengejutkan senario politik di Malaysia dan dijangka satu keputusan akan diambil SAPP,'' kata seorang pemimpin kanan parti itu yang enggan namanya disiarkan ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika ditanya khabar angin bahawa ada pemimpin politik atau Ahli Parlimen dari Sabah akan keluar BN memberitahu, beliau tidak mengetahui mengenainya.
``Saya tidak diberitahu apa-apa,'' kata Abdullah ringkas kepada pemberita selepas menutup Persidangan Antarabangsa Ketua-ketua Pegawai Eksekutif di sini hari ini.- Utusan.

ANALISA:KEMANA HILANGNYA WANG PETRONAS???



LANGUT TINGGI-TINGGI SAMPAI MENARA PETRONAS .BELUM TUMBUH GIGI AYAH BAYAR 2.70



MEMBANGUNKAN PUTRAJA


BAILOUT/MELUNASKAN BLR BANK

KLCC


OKESTRA PHILHARMONIC


TABUNGAN,KOMISYEN,PEMBAYARAN PENGURUSAN,PEMBAYARAN KONSULTAN,
PEMBAYARAN KERAIAN


FORMULA ONE DAN JUGA YANG BERKAITAN DENGANNYA


JUMLAH PEMBAYARAN BAGI SESETENGAH SYARIKAT ATAU ASET BERKEMPENTINGAN KEPUNYAAN BN


MENYELAMATKAN MISC KEPUNYAAN MIRZAN MAHATHIR-PEMBAYARAN BAILOUT SYARIKAT PERKAPALAN



PERUNTUKAN BAGI MEMAMAJUKAN LADA-LANGKAWI DEVELOPMENT AGENCIES

Sumber diatas adalah dari anil netto blog yang diterjemahkan

Sebenarnya PETRONAS adalah syarikat kerajaan milik Rakyat Malaysia Sendirian Berhad,bermakna ianya bukan milik BN atau mana-mana pihak.Oleh yang demikian keuntungan yang dicapai pada suku pertama tahun ini harus di bentangkan dalam parlimen Malaysia supaya BN tidak melindunginya dari kacamata rakyat.
Mari kita kaji sedikit sebanyak jumlah hasil yang diperolehi oleh PETRONAS.Berdasarkan fakta yang diberikan oleh ahli politik yang membuat kajian baik dari pihak kerajaan dan pihak yang lain.
Sumber-sumber dari pihak syarikat minyak terkenal EXXON MOBIL dalam laman webnya menjelaskan bahawa pengeluaran minyak negara ialah sebanyak 850,000 tong dimana 500,000 ribu tong adalah kegunaan dalam negara.Dakwaan bahawa setiap tong minyak mentah yang dijual sebanyak USD130 setong manakala prosesnya ialah sebanyak USD30 setong.Jadi jumlahkasarnya cuba anda bayangkan sendiri.

INI PANDANGAN HUSAM MUSA DALAM BLOGNYA

Satu dari strategi mudah dan praktikal ialah meluaskan penggunaan gas, baik LPG atau NGV untuk domestik, termasuk untuk kenderaan.

Bila lebih banyak gas digunakan, kita kurang menggunakan minyak. Lebih banyak pula minyak kita dapat di eksport dan kita mendapat lebih banyak wang. Wang minyak itu kita gunakan untuk mengekalkan harga minyak tempatan dan kita sendiri menggunakan lebih gas dari minyak.
Sebagai 'net exporter' minyak dan gas, Malaysia mendapat keuntungan yang banyak dari kenaikan harga minyak dari hasil penjualan lebihan hasil petroleum Negara.
Jika dicampurkan pengeluaran gas dan minyak negara jumlah keseluruhannya melebihi 1.7 juta tong sehari. Namun penggunaan Negara termasuk gas asli adalah kurang dari 1 juta tong sehari. Oleh itu subsidi yang diberikan masih boleh ditanggung oleh kerajaan.


















MAHKAMAH BENARKAN ANWAR CABAR KES PEMECATAN NYA


SUMBER :HARAKAHDAILY
FOTO:WRLR
Mahkamah Persekutuan di sini semalam memberikan lampu hijau kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar kesahihan dari segi perlembagaan, pemecatannya daripada jawatan Kabinet hampir 10 tahun lalu, oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bernama melaporkan panel tiga anggota itu yang diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum, sebulat suara membenarkan Anwar merayu kepada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, bahawa pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan adalah sah pelaksanaannya dari segi undang-undang oleh Tun Dr Mahathir.

Berikutan keputusan itu, Mahkamah Persekutuan akan menentukan dua persoalan undang-undang - sama ada pemecatan Anwar tidak mengikut perlembagaan, dan sama ada Tun Dr Mahathir boleh memecat timbalannya tanpa terlebih dahulu menasihatkan Yang di-Pertuan Agong.
Mahkamah akan memutuskan,
Pertama sama ada peruntukan Artikel 43(5) Perlembagaan Persekutuan secara khusus menghendaki Yang di-Pertuan Agong merupakan kuasa yang membatalkan pelantikan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam Kabinet Malaysia dengan berdasarkan prinsip bahawa hanya pihak yang berkuasa yang melantik mempunyak hak untuk membatalkan sebarang pelantikan yang dibuatnya.

Kedua, sama ada pemotongan nama Anwar daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan penggantian nama perayu (Anwar) dengan nama responden Tun Dr Mahathir sebagai menteri kewangan melalui perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan 1998 dapat membaiki ketidakpatuhan responden pertama terhadap peruntukan jelas dalam perkara tersebut.
Terdahulu Karpal Singah berhujah bahawa Tun Dr Mahathir merupakan orang yang membuat keputusan untuk memecat Anwar daripada jawatan Kabinet dan menggugurkan beliau berkuat kuasa pukul 5.30 petang 2 Sept 1998 tanpa sebarang penunjuk bahawa Yang di-Pertuan Agong telah dinasihati beliau sebelum beliau (Tun Dr Mahathir) menyediakan dan menyerahkan surat pemecatan kepada Anwar.

Karpal Singh berkata Anwar, yang merupakan pemohon terhadap rayuan itu, bersetuju untuk tidak memohon mendapatkan kembali jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kerana perkara itu adalah akademik.
ANWAR TUNTUT GANTI RUGI.JAWATAN TAK MENGAPA...RAKYAT DAH BAGI JADI PERDANA MENTERI.SEKARANG PUN TARAF SAMA DENGAN PM .......

CROSSOVERS:WHAT IF NOTHING HAPPENS???


FOTO:WRLR

Crossovers: What if nothing happens?


Ong Kian Ming and Oon Yeoh


Jun 17, 08 10:46am


MALAYSIAKINI-


PKR de facto leader Anwar Ibrahim's recent political statements have focused on two promises. Firstly, that Pakatan Rakyat would form the next government by Sept 16 this year. Secondly, that he would slash petrol prices once Pakatan is in power.
MCPXWhat is the likelihood that he will be able to keep these promises? What would the political fallout if he fails to live up to them? This is the topic of today's podcast.Obviously, the second promise is predicated on the first. He cannot possibly lower petrol prices if Pakatan is not in power. So, let's examine his first promise first.We have stated in the past that we think there is an element of bluffing when he says he has the numbers to form the next government. This doesn't mean he doesn't have any MPs committed to switching. We just think he doesn't have enough, at least not yet.That said, we are of the opinion that it is a good strategy to take because it can result in a self-fulfilling prophecy. It's also a bluff the Barisan Nasional cannot call him on. They have to assume a worst-case scenario.Anwar's recent reiteration of the Sept 16 deadline is not only a deadline for himself to get the job done, but also a means to push those MPs who have hinted that they would cross over to Pakatan to make the actual leap. In short, his message is "the clock is ticking, if you're not on board now, you may miss the boat."However, recent developments might hinder his progress in securing crossovers from Sabah. Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi, who obviously takes the threat seriously, has announced a series of incentives meant specifically at assuaging the Sabah MPs. This includes increasing development funds to every constituency and appointing a Sabahan as the vice-chancellor of the University Malaysia Sabah.While not all Sabahan MPs are totally satisfied with these incentives, most notably Yong Teck Lee of SAPP, they do seem to have quelled the discontent somewhat. A new option is now being bandied about, which is instead of joining Pakatan, a new Sabah party would be formed to fight for the interests of Sabah, and this party would be an independent. That way, it can play the role of kingmaker and can negotiate the best deal from BN and Pakatan.


Will it erode Anwar’s credibility?



So, what happens if Sept 16 comes and goes and BN is still the government of the day? Would Anwar's credibility go down the drain? We don't think so.Anwar, being the masterful politician that he is, can always come up with some viable excuses. He could say, for example, that credible sources within the government have told him that certain factions in the BN is ready to create trouble if Pakatan attempts to take over the government. Or he could say the government will resort to draconian measures to stop this from happening – measures that would destabilise the country.Such face-saving measures can minimise the political damage arising from missing the Sept 16 deadline. It's much more difficult for Anwar to renege on his second promise, to decrease petrol prices if Pakatan becomes the next government.While Kian Ming was surprised that he reiterated this promise almost immediately after Abdullah announced the petrol price hikes, Oon was not taken aback as he predicted that this would be one of the populist overtures that Anwar would make.Although as a former finance minister, Anwar knows full well the high cost of oil subsidies and the negative impact it would have on the government's budget, he obviously believes that this is a price worth paying in order to garner popular public support.He is somewhat helped by the fact that Abdullah has already raised petrol prices. If he had come into power with the petrol price at RM1.92, it would have been much more challenging for him to lower petrol prices, something he promised to do through the election campaign period.Now that petrol is priced at RM2.70, he has more flexibility. He could, for example, reduce the price to RM2.60 or RM2.50 and still claim the moral high ground of being able to keep his promise.So, can Anwar keep his promises? We think not for a Sept 16 takeover but yes for reducing petrol prices. Will he suffer if he reneges on his promises? We think not for the former, but yes for the latter. After all, not all promises are created equal.We dedicate this article to Tim Russert, a respected American political journalist and host of Meet the Press, who died of a heart attack last Friday. Sunday mornings will not be the same without Tim.
ONG KIAN MING is a PhD candidate in political science at Duke University and OON YEOH is a writer and new media analyst. You can listen to both of them discuss this topic in their Realpolitik podcast.

GMI RAYU SOKONGAN PADA 28 JUN DI STADIUM MELAWATI












GMI RAYU SOKONGAN 28 JUN DI STADIUM MELAWATI

OLEH : AMIRUDDIN AHMAD

KEPALA BATAS-14 JUN GMI Gerakan Mansuhkan Tahanan Tanpa Bicara ISA dilancarkan di Kepala Batas di dalam kawasan Parlimen Perdana Menteri.Gerakan yang turut mendapat sambutan ini di hadiri oleh Pengerusi Hindraff RS Tanitharan ,Pn Norlela, Abdul Wahid,YDP PAS Kepala Batas ,Tuan Syed Ibrahim Pengerusi GMI Kebangsaan Tuan Syed Ibrahim,Norlela Othman, Sdr Bokhari Pengarah program GMI , Ustazah Normah Bt Mat Isa ,Ketua Muslimah PAS Pulau Pinang,Sdr Ambalagan Pegarah GMI Penang,Sdr Ramu Pengarah GMI Kedah.

Apa yg menarik perhatian penonton ialah berhubung dengan kenyatan RS Taritharan yang menegaskan betapa semua kaum harus sdedar bahawa selama ini ke bahawa islam itu fanatic rajaan bn malahan orang yg mengukitui ajaran tuhan adalah orang yg baik dan mengharapkan orang India percayakan pas danjangan percayakan bn.malah org India telah menubuhkan kelab penyokong pas…Apa yang kita tentang ialah akta yang kejam yang memisahkan keluarga dan juga merampas hak kebabsan rakyat.jika rakyat salah sila bawa ke mahkamah untuk dibicarakan.

Majlis kemudiannya menjemput Puan Norlela salah seorang siteri mangsa tahanan ISA dimana beliau menceritakan betapa hiba dan sedihnya beliau apabila membicarakan tentang penbebasan suaminya yang telah ditahan selama 6 tahun tanpa bicara dan akhirnya di beritahu bahawa suaminya ditambah selama 2 tahun lagi. Keadaan suaminya diberitakan begitu teruk, malah ini menambahkan derita anaknya yang kini telah berusia 16 tahun.sejak beliau ditinggalkan ketika berusia 10 tahun tanpa melihat wajah ayahnya.

“Bayangkan jika ini berlaku kepada anda dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dari kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan kesalahan yang tidak dapat dibuktikan di mahkamah ini menjadi satu trauma kepada seluruh rakyat Malaysia”,demikian jelas beliau lagi.

Beliau kemudiannya melahirkan rasa kesal kerana ramai dikalangan isteri-isteri para tahanan ISA berdiam diri tanpa berbuat apa-apa, malahan tidak mengambil sebarang langkah untuk menentang akta yang zalim ini.

“Walau pun tanpa berbuat apa-apa ,suami mereka tetap juga ditahan dan tidak dibebaskan.dari berdiam diri lebih baik bergerak dengan kesatuan dan GMI adalah badan yang paling sesuai untuk bergerak kerana kempen kita telah dihantar ke Geneva”, demikian jelas puan Norlela lagi.

“‘Hari ini adalah hari mereka ,hari kita akan datang kemudian.”, demikian jelas beliau dalam ucapan yang menceritakan tentang kesedihan yang di alami para tahanan ISA.

Sementara itu Tuan Syed Ibrahim dalam ucapan beliau mengucapkan ribuan terima kasih kerana ini adalah kali pertama GMI mengadakan sambutan di dalam parlimen Kepala Batas kerana ini sebenarnya memberi isyarat kepada Perdana Menteri supaya menkaji dan menghapuskan undang-undang yang diperkenalkan oleh Sir Hutching yang digunakan untuk menentang komunis.

“ISA sebenarnya digunakan untuk menentang komunis semasa pentadbiran Inggeris, namun kerajaan kini menggunakan ISA sebagai senjata politik bagi menentang kemaraan rakyat”.

Pakatan Pakyat telah berjanji untuk menghapuskan akta yang dianggap tidak lagi sesuai dengan keadaaan masa kini.