| Seat talks: Batu Kawan a thorn |
| Syed Jaymal Zahiid | Jan 7, 08 6:35pm |
| Trouble is brewing between opposition allies DAP and PKR over ongoing negotiations to reach a seat pact ahead of the general election. |
| Seat talks: Batu Kawan a thorn |
| Syed Jaymal Zahiid | Jan 7, 08 6:35pm |
| Trouble is brewing between opposition allies DAP and PKR over ongoing negotiations to reach a seat pact ahead of the general election. |
| Roti canai may be off the menu |
| Jan 8, 08 12:42pm |
| Roti canai, one of Malaysia's favourite bread, may be off the menu due a flour shortage that has hit on the heels of a cooking oil drought. The Malaysian Indian Restaurant Owners Association warned that flour prices have spiked as supply shrinks, spelling problems for vendors who produce the crispy, flaky bread which is a breakfast staple. "There will be no roti canai from next week. This is because we have run out of flour and are finding it tough to secure further supply at reasonable prices," association president Ramalingam Pillai told the New Straits Times. Ramalingam said flour wholesalers were charging about 15 to 45 percent above the price-controlled rate of RM33.60 for a 25-kilo bag of flour. "We cannot afford to pay more because we have agreed to the government's call not to increase (the) price of food. And at the same time, we do not want to bear the additional costs," he said, blaming stockpiling for the crisis. "Is there hoarding of the item? The Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry must investigate," he said. Malaysia last week imposed rationing of cooking oil as panic-buying triggered by rumours of price hikes stripped supplies from supermarket shelves. On Monday, the government said it would raise production with an extra 70,000 tonnes of cooking oil to be put on the market each month to ease the severe shortage. |
| Kedaulatan bahasa bakal menjadi isu pilihan raya |
| Ali Bukhari Amir |
| Penentangan ke atas sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMBI) ini mempunyai dua jenis aliran. |
Satu pihak menentangnya kerana dasar ini hanya menimbulkan kesulitan pelajar memahaminya dan menyukarkan guru untuk mengajar. Ringkasnya, ia mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran.
Manakala pihak kedua melihat ia perlu dihentikan kerana ia melibatkan hal jati diri, harga diri bangsa dan maruah negara. Dalam pengalaman peribadi ketika menemu bual, saya bertemu dua pensyarah yang mewakili kedua-dua aliran itu. Semua ini adalah berdasarkan wawancara Siasah.
Pertamanya, Dr Shaharir Md Zain (UPM) dan keduanya, Dr Hashimah (UKM). Dr Shaharir, menurut perhitungan saya adalah aliran yang melihat dasar ini dari segi maruah dan harga diri sementara Dr Hashimah mewakili aliran yang melihat dasar ini sebagai alat yang menyulitkan kedua-dua ilmu tersebut dipelajara oleh murid-murid dan diajar oleh guru-guru.
Bidang ilmu yang diikuti kedua-dua ahli akademik ini mungkin antara sebab mengapa mereka memilih corak aliran penentangan yang sedemikian. Dr Shaharir contohnya, sebagai seorang pakar Matematik tidak merelakan anak bangsanya dilatih, diasuh serta diajar di dalam bahasa yang bukan bahasa ibundanya; bahasa Melayu.
Manakala Dr Hashimah, sebagai pakar ilmu bahasa, khasnya bahasa Melayu di peringkat IPT, tentunya lebih berminat mengulas tentang kesukaran yang terpaksa dihadapi oleh para pelajar ketika menerima pengajaran daripada guru mereka dalam bahasa Inggeris.
Pemeriksa kertas peperiksaan puaskan hati Menteri
Berdasarkan keputusan PMR yang terbaru, ia tentunya dipolitikkan oleh kepimpinan Bari san Nasional dengan menyatakan bahawa dasar ini terbukti sebagai benar dan ia perlu diteruskan. Usa ha meneruskan dasar ini tentunya jihad walaupun ada pelajar yang sukar menerimanya.
Dr Shaharir dalam temu bual itu telah mendedahkan bagaimana bahagian pemeriksa telah mengubah beberapa hal di dalam proses pemarkahan seperti graf dan lain-lain yang akhirnya membuatkan hasil keputusan mata pelajaran itu memuaskan hati pihak kementerian.
"Buat apa pemeriksa membuat suatu perkara yang akhirnya mendatangkan kesusahan ke atas dirinya sendiri? Lebih baik dia puaskan hati menteri," kata beliau.
Akhirnya, Dr Shaharir berkata, keputusan yang keluar tetaplah bagus, menyenangkan menteri dan ia memihak kepada keyakinan kementerian bahawa dasar penggunaan bahasa Inggeris itu tiada masalah. Jika kitaran penipuan dalam soal pemarkahan ini masih tidak berubah, apa lagi harapan kita untuk membetulkan keadaan ini?
"Sebab itulah sejak awal lagi saya tak mahu melihat kecacatan dasar ini berasaskan keputusan mata pelajaran,� kata beliau lagi. "Saya mahu lihat hal ini dari sudut maruah dan harga diri."
Sementara itu, dalam temu bual bersama Dr Hashimah, saya dapati beliau banyak mengulas masalah ketidakfahaman pelajar yang terkait dengan pelbagai teori pendidikan.
Menariknya walaupun saya menemu bual mereka pada tarikh, tempat dan masa yang berbeza situasi, tapi Dr Shaharir dan Dr Hashimah hampir serentak bertanya, "Teori apa yang dipakai oleh penguasa ketika membentangkan idea mengenai dasar tersebut?"
Dr Hashimah menyebut satu teori yang saya lupa namanya. Tetapi, apa yang saya fahami dari penjelasan beliau ialah seorang murid itu akan mudah mempelajari dan memahami apa sahaja ilmu yang diajarkan apabila guru itu menyebutkan benda yang ada di persekitarannya.
"Misalnya, menyebut bunga matahari, kekwa, bunga raya atau apa sahaja tumbuh-tumbuhan ketika mengajar sains. Mereka akan minat belajar dan akan cuba memahaminya.
"Yang terjadi kini ialah guru terpaksa menyebut istilah asing yang tidak pernah didengarnya. Mereka tak minat kerana otak terpaksa membuat dua kerja. Kerja pertama, memahami istilah baru. Kedua, selepas memahami istilah baru itu, barulah memahami huraian ilmu," katanya.
Umno Johor kuat tentang
Demikianlah serba ringkas pengalaman peribadi saya dalam upaya dan usaha meneroka aliran penentangan yang diwakili oleh kedua-dua tokoh akademik tersebut.
Dalam kalangan pejuang dan aktivis Umno, kelihatannya Umno Johor yang agak terkedepan dalam hal perjuangan ini. Puad Zarkashi contohnya pernah mengutarakan hal tersebut secara jelas, terang dan terbuka dalam Perhimpunan Agung Umno yang lalu.
Hal ini diperteguhkan lagi dengan kenyataan Badan Perhubungan Umno Johor merangkap Menteri Besar Johor, Dato' Seri Abdul Ghani Othman dalam Konvensyen Umno Johor pada 5 November tahun lalu. Penentangan itu agak kuat kerana aliran Dr Shaharir yang dipegang.
Maksudnya, Abdul Ghani dalam kenya taannya terdahulu telah memusatkan bantahan Umno Johor ke atas dasar itu dengan bermodalkan hujah bahawa bangsa Melayu akan hilang jatidiri. Beliau tidak mengguna hujah bahawa, dasar PPSMBI menyebabkan mutu akademi merosot.
Jika tidak, beliau dan mungkin pejuang bahasa terkedu lidah bungkam suara untuk menjawab tipu daya kerajaan yang menyatakan dasar PPSMBI telah berjaya, bermodalkan hujah bahawa ramai calon PMR berjaya dalam Sains dan Matematik.
Hal itulah yang menjadi pertanyaan atau pun serangan pengamal media aliran perdana ke atas Abdul Ghani, sejurus selepas keputusan PMR diwarwarkan sebagai terbaik tahun ini.
Oleh kerana beliau sejak awal mengguna hujah penentangan aliran kedua, iaitu penentangan ini terkait dengan soal maruah dan jati diri, maka beliau terselamat daripada suatu segi. Malah tanpa berhujah begitu pun, beliau yakin bahawa, pengajaran dalam bahasa ibunda itulah yang lebih memudahkan pembelajaran ke atas kaum pelajar di negara ini.
Selain kuasa politik, kuasa rakyat tanpa mengira faham politik kepartian juga amat berkesan dalam usa ha menolak PPSMBI. Mungkinkah keberkesanan ini perlu bermotifkan ekonomi?
Misalnya ambil contoh bayaran isu yuran tambahan yang dikenakan lalu ditolak oleh ibu bapa akhir-akhir ini. Desakan ini berakar daripada lembaga PIBG di sekolah-sekolah. Sehinggakan, Menteri Pelajaran Dato’ Seri Hishammuddin telah menunjukkan rasa menyebal marahnya.
Dalam kenyataan kesal beliau berkata, “Tidak apalah, mereka bolehlah ambil balik wang itu.�
Mampukah Umno Johor bergerak sendirian?
Kalau tiap-tiap hari ibu bapa dan guru atau pengerusi PIBG di setiap sekolah dapat mengirim mel elektronik sepucuk seorang setiap hari bertalu-talu kepada TV3, saya fikir tidak mustahil dasar PPSMBI akan dimansuhkan tanpa menunggu pilihan raya untuk menumbangkan BN.
Barangkali PIBG gagal melihat hal ini dengan lebih jelas kerana mereka tidak begitu tertekan kerana tidak melihat bagaimana derasnya wang cukai mereka meluncur keluar daripada poket dan kantung kerajaan tatkala sedang membelanjakan kos pelaksanaan dasar ini.
Belanja yang telah dikeluarkan untuk membeli peralatan komputer riba, mencetak buku-buku teks dalam BI termasuk belanja melatih guru-guru bercakap dalam BI melonjak ratusan juta. Dan paling memenatkan, dasar ini dipanjangkan ke universiti dan semua ini pastinya menelan belanja yang lebih mahal pula. Apakah Umno Johor dapat gerakkan semua ini bersendirian?
Sama ada parti pembangkang dan kerajaan yang peka menolak ego masing-masing demi anak bangsa ataupun mereka berterusan mengamalkan sikap berpuak untuk melihat kerosakan.
Yang terjelma dalam fikiran kita sekarang ialah ada kemungkinan, isu bahasa akan digunakan ketika hampir menjelang pilihan raya untuk memancing perhatian khalayak Melayu sekaligus memukat undi rakyat seluruhnya.
"Umno mungkin sedar bahawa sokongan rakyat ke atasnya bertambah dengan mengalihkan dasar PPSMBI ke bahasa ibunda," kata seorang teman. Inilah tugas ahli politik. Segala susah dan senang rakyat akan terus-menerus dipolitikkan bagi keuntungan politik peribadi. - mks.
| Ekoran mulut celupar Pengerusi SPR - Salahuddin cabar Rashid berdebat |
|
|
| PUTRAJAYA, 7 Jan (Hrkh) - "Saya bagi tempoh tujuh hari kepada Rashid untuk memberi jawapan bagi menyahut cabaran saya ini. Jika dalam tempoh tersebut beliau tidak memberi sebarang respons, saya anggap beliau seorang pengecut. Dan beliau sangat layak menjadi pengerusi parti komunis daripada menjadi Pengerusi SPR kerana meminta parti politik memulaukan pilihan raya!" |
Demikian cabaran yang diutarakan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR), Tan Sri Rashid Abdul Rahman sebaik sahaja menyerahkan surat cabaran debat terbuka satu lawan satu kepada Rashid. Surat tersebut diserahkan pada pagi ini dan diterima oleh pembantu khas Rashid, Jamilah Mohamed bertempat di lobi Pejabat SPR, di sini.
Salahuddin diiringi Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasarudin Hassan dan Setiausahanya, Ahmad Sabki Yusof.
Salahuddin dalam sidang medianya selepas penyerahan surat tersebut, menegaskan cabaran tersebut dibuat ekoran tuduhan yang dilemparkan supaya parti politik memulaukan pilhan raya sekiranya tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya.
"Saya rasakan cabaran tersebut amat berbahaya kepada keselamatan negara di mana tidak sepatutnya sebagai Pengerusi SPR beliau mengeluarkan kenyataan yang sangat berbaur politik yang mana beliau di lihat begitu berpihak kepada Barisan Nasional
"Telah banyak kali beliau mengeluarkan kenyataan yang tidak menunjukkan integriti beliau sebagai seorang Pengerusi SPR yang sepatutnya bebas dan tidak berpihak," tegasnya.
Salahuddin mempersoalkan apa yang akan berlaku jika semua parti politik khususnya pembangkang jika memulau pilihan raya. Katanya jika parti politik disarankan memulau pilihan raya, di manakah rakyat akan menyalurkan sikap tidak puas hati yang mana harus disalurkan melalui peti undi.
Jelasnya lagi, jika beliau mencabar parti pembangkang tidak menggunakan peti undi, rakyat akan menggunakan jalan yang lain.
Tambahnya lagi, Rashid dalam satu seminar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menyatakan beliau selesa dengan regim BN yang memerintah negara.
Rashid juga katanya, pernah menyatakan segala peraturan yang ditetapkan SPR hari ini untuk memberi kemenangan kepada parti pemerintah.
Jelas Salahuddin, kenyataan ini juga menggambarkan Rashid bercakap sebagai orang politik dan bukan sebagai pengerusi sebuah badan yang dikatakan bebas.
Sementara itu cabaran yang dibuat Salahuddin hari ini merupakan cabaran ke dua Salahuddin terhadap Rashid selepas mencabar Rashid sebaik sahaja Pilihan raya Dun Batu Talam.
Jelas Salahuddin lagi, tiga syarat yang ditentukan olehnya bagi cabaran debat tersebut. Jelasnya sekiranya Rashid takut untuk berdebat satu lawan satu dengannya di tempat yang terbuka, Rashid boleh datang bersama dua atau tiga orang daripada pasukannya. Begitu juga di pihak Salahuddin yang akan datang bersama pasukannya bagi debat tersebut.
Tambahnya, melalui perdebatan tersebut, rakyat dapat melihat satu perdebatan ilmiah dan membuat penghakiman bahawa pengerusi SPR telah hilang integriti bahawa beliau telah mengeluarkan ucapan yang berat sebelah.
Melalui perdebatan tersebut, Salahuddin juga akan membuktikan segala ucapan yang telah dinyatakan Rashid serta ketidak telusan SPR.
"Jika dengan berpasukan beliau tetap tidak mahu berdebat dengan saya, saya mencabar beliau untuk bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tidak tahu menahu dan tidak pernah melakukakan sebarang penyelewengan dan ketidak adilan terhadap SPR selama ini
"Jika tidak mahu perdebatan ini hanya satu retorik politik, kita boleh merancang satu perbincangan intelektual" tegas Salahuddin dan mengharapkan Rashid dapat menerima cabaran beliau itu dalam mewujudkan padang permainan yang sama rata. - mr
| Bahasa Inggeris bukan bahasa sains dan matematik dunia |
| Shirzad Lifeboat |
Pemimpin Umno/BN terdahulu memutuskan pengajaran sains dan matematik dilaksanakan bahasa Inggeris disebabkan kononnya bahasa Malaysia tidak sesuai. Di sebalik bantahan ramai pihak, termasuk dari kaum bukan Melayu sendiri, pemimpin Umno-BN mempertahankan kononnya inilah sahaja satu-satu cara anak Melayu dan generasi muda Malaysia boleh memperbaiki dan seterusnya menguasai bahasa Inggeris.
Mungkin kerajaan mahu ada orang Melayu nanti yang boleh menulis mungkin seperti William Shakespeare atau bertutur mungkin seperti watak Profesor Henry Higgins (dalam filem My Fair Lady, dari drama Pygmalion karya George Bernard Shaw).
Melihat dari keputusan yang tergesa-gesa ini, timbul persoalan apakah pihak yang membuat keputusan dalam Umno-BN ketika itu dan pemimpin-pemimpin Umno termasuk Ahli Majlis Tertinggi parti tersebut yang rata-rata merupakan yesmen faham tentang peranan, selok belok, dan impak jangka panjang bahasa terhadap negara. Mengapa tidak ada kajian terperinci sebelum dilaksanakan? Atau memang sudah jadi amalan pemimpin Umno-BN yang suka membuat keputusan ad hod bagi mematuhi dasar pragmatik parti?
Untuk memahami persoalan aplikasi bahasa dan impaknya kepada negara dan masyarakat kita perlu melihat pengalaman orang lain. Misalnya kita mungkin mahu meneliti kembali apa yang dikatakan oleh ahli falsafah dan matematik British, Betrand Russell mengenai peranan bahasa dalam ilmu.
Seperti ahli falsafah lain, Russell menganggap bidang matematik sebagai cabang kepada bidang falsafah. Dalam buku Principia Mathmatica yang ditulis bersama Alfred North Whitehead, Russell menghujahkan bahawa bahasa bukanlah asas yang penting untuk bidang falsafah (termasuk matematik). Baginya bahasa adalah tidak lebih daripada alat atau pangantar yang bersifat lutsinar (transparent).
Maknanya soal bahasa apa pun yang digunakan untuk berhujah atau untuk merakam dan menyebarkan ilmu bukanlah penting. Apa yang penting ialah bagaimana tradisi keilmuan dipupuk dan diadun oleh mereka yang berkuasa. Sekadar mendirikan lebih banyak universiti dan IPTA lain bagi menempatkan pertambahan pelajar disebabkan pertambahan penduduk, sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan Umno-BN dalam tempoh 50 tahun lalu tidak akan mewujudkan budaya ilmuan di kalangan rakyat.
Suka atau tidak kerajaan Umno-BN perlu akur kepada hakikat ini. Mereka boleh menghantar manusia pertama ke planet Marikh sekalipun menerusi teknologi yang dibina oleh bangsa lain dan pemimpin politik terlibat boleh merasa bangga kerana kononnya instrumental dalam projek berkenaan, tetapi ia tidak akan memberi apa-apa kesan dalam membentuk tradisi ilmu melainkan sorak-sorai yang bersifat sementara.
Hujah yang buat oleh Russell bukan ikut sedap mulut tetapi berdasarkan penyelidikan dan pengalaman dan pembuktian orang lain di masa lalu.
Tengok sahaja Albert Einstein dan Erwin Schrodinger yang menuntut bidang fizik dalam bahasa Jerman. Ramai yang tahu siapa Einstein tetapi tidak ramai yang tahu Schrodinger yang melakukan eksperimen minda dengan memasukkan seekor kucing ke dalam kotak yang mempunyai alat yang boleh membunuh kucing tersebut. Dari eksperimen ini Schrodinger menyumbangkan persamaan gelombang (wave equation) yang kemudiannya dijadikan asas kepada Copenhagen Interpretation of Quantum Mechanics.
Seperti mereka berdua, ramai daripada ahli fizik dan matematik terkemuka dunia, tidak mempelajari sains dan mathematik, walaupun di peringkat universiti dalam bahasa Inggeris.
Einstein, penerima anugerah Nobel (Fizik, 1921) dan dinamakan oleh majalah Time (1999) sebagai Person of the Century mempelajari bidang itu dalam bahasa Jerman di Eidgenössische Technische Hochschule Zürich juga dikenali sebagai Swiss Federal Institute of Technology.
Walaupun nama beliau sering dikaitkan dengan budaya popular, namun kertas-kertas awal beliau mengenai fizik termasuk teori asas relativiti yang kesemuanya ditulis dalam bahasa Jerman memaksa dunia sains menganggap sains fizik (mekanik) yang diasaskan oleh ahli fizik dan ahli matematik Inggeris, Isaac Newton sebagai sudah lapuk dan tidak lagi relevan.
Jika di Malaysia dan dalam skop pemikiran dan budaya Melayu yang dibentuk oleh Umno, tokoh seperti Newton sudah tentu mendapat gelaran setidak-tidaknya Bapa Sains Malaysia. Namun dunia sains tidaklah begitu mendewa-dewakan Newton dan di England jasa dan sumbangannya dalam dunia sains diabadikan menerusi sebuah tugu di Trinity College, University of Cambridge dan pusara di Westminster Abbey (yang menempatkan Parlimen Great Britain).
Ironisnya, buku tulisan Newton yang meletakkannya sebagai pengasas sains mekanik dan fizik klasik, Philosophiæ Naturalis Principia Mathematica (diterbitkan pada tahun 1687) dan buku-buku selanjutnya adalah semuanya dalam bahasa Latin.
Walaupun bahasa Latin merupakan bahasa kuno tetapi dasar pendidikan British pada satu ketika dulu mahukan bangsa Inggeris mempelajari bahasa Latin bagi pengukuhan minda dan budaya ilmu. Permohonan Allahyarham Tun Razak untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di University of London pernah ditolak walaupun biasiswanya telah diluluskan oleh kerajaan British Malaya yang memerintah ketika itu hanya kerana beliau tidak mempunyai kelayakan asas dalam bahasa Latin.
Oleh kerana minatnya begitu mendalam terhadap jurusan undang-undang dan azamnya untuk belajar di University of London begitu kuat, maka Abdul Razak sanggup menghabiskan masa hujung minggu dan hampir semua masa lapang yang dimilikinya untuk berulang-alik dari Raub ke Kuala Lipis hanya semata-mata untuk belajar bahasa tersebut dari Pegawai Daerah Kuala Lipis yang mahir bahasa tersebut.
Berbalik soal sains dan matematik, jika kita melihat satu bidang sahaja, iaitu fizik (kerana sains fizik paling memerlukan pengetahuan matematik yang menyeluruh termasuk pengetahun bidang kimia sebagaimana yang diperlukan dalam fizik nukliar).
Daripada sejumlah 132 orang penerima Anugerah Nobel dalam bidang ini sejak 1901 sehingga 2007, hanya 40 orang sahaja dari Amerika Syarikat, 28 dari United Kingdom dan seorang dari India (Chandrasekhara Venkata Raman penemu Raman Effect yang mempelajari Fizik di Presidency College, Madras dalam bahasa Inggeris) dan seorang dari Pakistan (Abdus Salam kerana sumbangannya dalam konsep matematik Electro-Weak Theory yang menuntut Fizik dalam bahasa Inggeris di St. John’s College, Cambridge.) Selebihnya, 62 orang saintis yang menerima anugerah ini menuntut Fizik (dari sekolah rendah hingga ke peringkat ijazah asas dan juga ijazah lanjutan termasuk ijazah doktor falsafah) atau membentangkan kertas-kertas mengenai penemuan mereka dalam bahasa ibunda masing-masing.
Antara yang paling terkemuka dan dikenali umum ialah Wilhem Rontgen, penerima 1901 (x-ray); Max Planck, penerima 1918 (tenaga quanta); Albert Einstein, penerima 1921 (Fizik Teoritikal, penjelasan kesan fotoelektrik), Erwin Schrodinger (rakyat Austria), penerima 1933 (penemuan bentuk produktif teori atom); Wolfgang Pauli (rakyat Austria), penerima 1945, Rudolf Massbauer, penerima 1961 (penemuan kesan Mossbauer); dan beberapa orang lagi warga Jerman yang menerima anugerah tersebut, membentangkan kertas penemuan masing-masing dalam bahasa Jerman.
Hendrik Lorentz, penerima tahun 1902 (penyelidikan mengenai pengaruh magnetism ke atas fenomena radiasi); Johannes Van de Waals, penerima 1910 (sumbangan terhadap persamaan matematik bagi bentuk gas dan cecair); Fritz Zernike, penerima tahun 1953 (penjelasan terhadap pembezaan fasa dan penciptaan mikroskop pembezaan fasa) membentangkan kertas masing-masing dalam bahasa Belanda.
Pierre dan Marie Curie, penerima tahun 1903 (penyelidikan fenomena radiasi yang ditemui oleh Henri Baquerel), Henri Bequerel juga penerima tahun 1903, (radioaktivi serentak), Pierre Raymond de Brogile, penerima tahun 1929 (penemuan sifat gelombang electron), Louis Felix Neel, penerima tahun 1970 (penemuan yang menghasilkan aplikasi penting bidang fizik bentuk padu), Pierre-Gilles de Gennes, penerima 1991 (penyelidikan terhadap cecair hablur dan polimer) serta berapa orang lagi penerima bidang ini dari warga Perancis membentangkan kertas mereka dalam bahasa Perancis.
Selain daripada itu, Guglielmo Marconi, penerima tahun 1909 (kemajuan telegraphy tanpa wayar) dan Enrico Fermi, penerima tahun 1938 (penemuan kewujudan unsur radioaktif baru terhasil dari sinaran) membentangkan penemuan mereka dalam bahasa Itali; Niel Bohr, penerima tahun 1922 (struktor atom dan radiasi dari atom) mengemukakan penemuannya dalam bahasa Denmark; Karl Siegbahn, penerima tahun 1924 (penyelidikan spektroskopi x-ray), dalam bahasa Sweden; Hideki Yusawa, penerima 1949 (ramalan kewujudan pi-meson dalam atom), Sin-Itoro Tomonaga, penerima tahun 1965 (elektrodinamik kuantum), walaupun membentangkan kertas mereka dalan bahasa Inggeris tetapi menuntut Fizik dalam bahasa Jepun di universiti-universiti di Jepun.
Chen Ning Yang dan Tsung-Dao Lee, penerima bersama tahun 1957 (penyelidikan hukum parity), membentangkan kertas mereka dalam bahasa Inggeris tetapi mempelajari Fizik peringkah ijazah sarjana muda dan sarjana di universiti-universiti di China dan kemudian melanjutkan pelajaran dan menulis thesis Ph.D. dalam bahasa Inggeris di Universiti of Chicago, Amerika Syarikat.
Pavel Alekseyevich Cerenkov, penerima tahun 1958 (penermuan kesan Cerenkov-Vavilov) dan Aleksandr Prokhorov, penerima tahun 1964 (sumbangan asas dalam elektronik kuantum) mempelajari Fizik dan membentangkan kertas masing-masing dalam bahasa Russia.
Ivan Giaever, penerima tahun 1973 (fenomena penerowongan elektron dalam pengalir super) mempelajari bidang kejuteraan mekanikal dalam bahawa Norway sebelum melanjutkan pelajaran ke Kanada.
Berdasarkan hakikat ini, tidak ada helah mengapa kerajaan Umno-BN perlu menggubal dasar pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris sedangkan kita boleh sahaja mempelajarinya dalam Bahasa Melayu.
Apakah pemimpin Umno terlupa bahawa pengasas algebra yang menjadi asas kepada semua cabang ilmu sains dan matematik adalah seorang ahli matematik Parsi, Muhammed ibn Musa al-Khowarizmi yang tak tahu berbahasa Inggeris dan buku Hisab al-jabr w'al muqabalah yang tanpanya tidak mungkin ada Einstein dan lebih 100 penerima Anugerah Nobel bidang Fizik juga tidak ditulis dalam bahasa Inggeris.
Apa lagi alasan yang perlu diberikan oleh Umno-BN bagi mempertahankan keputusan ini?
Macam-macam dengan had- berapa banyak had daaaaaaaaaaaaaaa
Had kelajuan,Had umur,Had berat Had muatan,Had bersara,Had panjang,Had racun,Had ….had …….Hadhari ha…..ha….ha….ha….dan yang terbaru had membeli minyak
Pelik nya negara ni. Pengeluar minyak,harga minyak petrol mahal-untung 80 billion petrol mahal.Gas pun boleh tahan, tapi semacam juga naik.
Pengeluar minyak sawit tertinggi di dunia, rakyat dipaksa membeli minyak sawit dan yang peliknya memaksa rakyat membeli dengan jumlah yang dihadkan kerajaan. Gila ka apa ka kerajaan kita ni.
| Perlukah polis 'usung tilam hotel' siasat kes Soi Lek? |
| Wan Nordin Wan Yaacob |
| Menjengah sebentar kes seks luar nikah membabitkan bekas Menteri Kesihatan, Dato' Seri Dr Chua Soi Lek, penulis teringat bagaimana mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim diaibkan dengan tuduhan 'skandal seks luar tabii' yang mengakibatkan beliau terpelanting dari jawatan nombor dua kerajaan dan Umno. |
Meskipun kes itu satu dakwaan 'palsu', namun Anwar ketika itu terpaksa akur dengan pemecatan yang dibuat bekas 'boss' nya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan berlakulah gelombang reformasi berikutan pengaiban yang tidak berasas itu.
Pengaiban itu seterusnya diikuti dengan pemenjaraan Anwar dan rakyat yang terasa ditipu melakukan gerakan reformasi besar-besaran yang mengakibatkan perubahan yang agak besar dalam Pilihanraya Umum ke-10.
Tuduhuhan itu begitupun terhindar dengan kemenangan perbicaraan kes rayuan Anwar yang menyaksikan beliau bebas pada tahun 2004 setelah terpenjara kira-kira enam tahun lamanya.
Ketika tuduhan seks luar tabii cuba dikaitkan dengan Anwar, segala macam bukti cuba diutarakan semata-mata untuk meyakinkan rakyat Anwar benar0benar bersalah.
Dari pengakuan oleh konspirator antaranya Ummi Hafilda Ali, penahanan adik angkat Anwar, Sukma Dermawan Saasmitaatja dan Dr Munawwar Anees hinggalah kepad pengusungan tilam yang dikatakan mempunyai kesan akibat aktiviti 'luar tabii' hinggakan ianya menggemparkan Malaysia.
Penafian Anwar lansung tidak diendahkan media arus perdana hingga menyebabkan rakyat begitu marah dengan kepimpinan negara ketika itu.
Dalam kes skandal sek Soi Lek berbeza, media meringankan beban yang ditanggung bekas Naib Presiden MCA itu dengan memberi laluan mudah kepadanya untuk menggunakan lapangan media untuk membuat kenyataan.
Meskipun kes itu telah diakui oleh Soi Lek akan keterlibatannya dalam 'adegan lucah' bersama seorang wanita yang didakwanya sebagai rakan karibnya, namun media seolah-oleh membuat pembelaan dengan membenarkan Soi Lek melepaskan semua rasa 'kecewa' melalui laporan khas dua hari berturut-turut.
Media-media eletronik umpamanya menanyangkan hampir keseluruhan kenyataan Soi Lek sewaktu bekas Ahli Parlimen Labis itu mengaku terbabit dengan skandal tersebut selain suara sokongan dari pemimpin bahagian termasuk Ketua Bahagian Umno Labis yang nampaknya menyebelahi Soi Lek.
Alasan konspirasi digunakan bagi menyedapkan 'hati-hati rakyat' terutamanya bagi melembutkan kemarahan rakyat yang katanya sukar menerima kenyataan pemimpin mereka terbabit dengan isu sosial.
Pengakuan demi pengakuan dan kenyataan demi kenyataan dilaporan secara penuh seolah-olah untuk membersihkan nama BN, MCA dan Soi Lek sendiri yang kononnya diganggu 'privacy' nya.
Malangnya kesempatan mendapatkan ruang dalam media utama termasuk media elektronik tidak dirasai Anwar sewaktu 'tilam' yang cuba dikaitkan oleh pemerintah zamannya diusung ke mahkamah sebagai bukti kononnya.
Seorang rakan yang menaiki bas bersama penulis dari Seremban ke Kuala Lumpur pagi tadi secara sepontan bergurau dengan penulis menyatakan 'Jika kes Soi Lek ini disiasat, ada kemungkinan tak polis akan mengusung tilam sama macam kes Anwar'.Penulis terdiam...fikir-fikirkanlah.
| Prayers for the 'late' Samy Vellu |
| RK Anand | Jan 2, 08 2:58pm |
| The attacks and criticisms against MIC president S Samy Vellu have degenerated to macabre levels. M 'Mentally unstable elements' Also condemning the notices was MIC vice-president S Veerasingam. " "Samy Vellu is a great leader, we must not belittle his contribution to the community and nation. Let us respect and recognise him as a great leader," he added. Veerasingam also pointed out that MIC's main thrust has been in the field of education and "one man who has contributed immensely in this field is none other than Samy Vellu." |
| Chua quits all party, gov't posts |
| Syed Jaymal Zahiid | Jan 2, 08 3:44pm |
| Embattled MCA vice-president and Health Minister Dr Chua Soi Lek has today quit politics altogether by relinquishing all his party and government posts with immediate effect. “I am relinquishing my position as health minister, MCA vice-president, Labis MP, Johor MCA liaison chief and Batu Pahat MCA division chief,” he said. Today, flanked by his supporters from Johor, a calm Chua said that he arrived as the decision to resign because “the rakyat wants me to resign”. “I won't be the first and I won't be the last (politician to be caught in such a situation),” Chua, a married man with three children, told the hastily convened news conference. |
| Whispering campaign: Anwar 'turned Hindu' |
| Terence Netto | Dec 24, 07 12:33pm |
| PKR’s de facto leader Anwar Ibrahim, on a seven-stop barnstorming swing through Penang on Saturday, drew crowds from a couple of hundred to a few thousand as he denounced the government over its policies and practices and called on the people to take charge of their destiny. "We will work together to see that the wealth of this nation is shared more equitably and that no one race will remain helpless in the face of rampant poverty," he said in identical remarks in all seven stops, drawing rousing cheers for this particularly at Sungai Nibong and Sungai Bakap where Indians were present in disproportionate numbers in the audience. |
| B |
| Helmi Khalid |
| ALOR STAR, 24 Dis (Hrkh) - Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang mencabar Perdana Menteri dan Barisan Nasional (BN) agar tidak menjadi pihak yang pengecut sekiranya mengadakan Pilihan raya Umum ke-12 sebelum tarikh mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim layak dicalonkan semula sebagai calon. |
Katanya, BN jadi pengecut, biar Anwar boleh bertanding, kita lawan sama-sama, (BN) jangan jadi pengecut.
"Dulu saya lawan, tapi Dato' Seri Anwar tak lawan, dia kena rehat (PRU-11, akibat dipenjara), sekarang Anwar dah bebas, dia dah mula turun padang, biar dia boleh lawan, kita lawan sama-sama," tegas Ustaz Hadi.
Beliau berucap demikian ketika bersama Anwar dalam Ceramah Perdana 'Bersatu Menolak BN'di Kompleks PAS Kedah di hadapan sekitar 100 ribu hadirin.
Dalam ceramahnya, Ustaz Hadi banyak mengenengahkan prinsip keadilan yang telah dijanjikan oleh Islam sebagai pemerintah terhadap golongan bukan Islam.
Beliau berkali mengulangi ketegasan bahawa disebabkan Umno tidak membawa Islam yang sebenar seperti yang dituntut oleh Allah maka sekarang ini berlaku pelbagai penindasan oleh Umno terhadap rakyat yang bukan beragama Islam.
Sementara, Anwar pula turut menyentuh isu yang sama dengan memberi contoh semakin kerap dan banyak perkataan Islam Hadhari diuangkapkan pemimpin Umno, semakin banyak penindasan dan ketidakadilan dilakukan terhadap rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
Bibit-bibit kebangkitan rakyat Kedah telah mula dijelmakan sejak beberapa bulan lalu, jika dilihat dari beberapa program melibatkan semua kaum, jumlah kehadirannya adalah di luar jangkaan.
Petang kelmarin, ketika Anwar berkunjung di Paya Besar, Lunas sekitar 7,000 rakyat di kalangan kaum India menghadiri program tersebut.
Sebelum ini juga, PAS Kedah yang bekerjasama dengan Dewan Himpunan Cina Kedah berjaya mengumpul 120 ribu tandatangan rakyat sebagai tanda bantahan terhadap kenaikan kadar cukai yang melampau di negeri Jelapang Padi ini.
Ceramah pada malam tadi juga menyebabkan jalan raya di Alor Star-Sungai Petani sesak teruk sekitar lima kilometer berdekatan Kompleks PAS Kedah di Kota sarang Semut.
Cuaca yang baik membolehkan rakyat membanjiri dataran kompleks sejak jam 7.00 malam dan mengikuti ceramah yang dimulakan oleh Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Haji Azizan ABdul Razak diikuti Ustaz Hadi seterusnya Anwar. - mks.
| ISA vigil at Dataran Merdeka postponed |
| Dec 22, 07 1:13pm |
| The Abolish the ISA Movement (GMI) has put off a planned vigil to protest detention without trial under the Internal Security Act at the historic Dataran Merdeka tonight. Meanwhile, the Deputy Internal Security Minister Fu Ah Kiow said that the police will decide later on the application made to hold the assembly in January. |
| |
| Be ready for more ISA arrests |
| Khairil Zhafri | Dec 22, 07 2:17pm |
| Be ready for a fresh round of government crackdown akin to the 1987 Operasi Lalang, warned an opposition party DAP leader at a forum last night. Making it an election issue |
| Klip video Lingam: BPR temui Dr Mahathir semalam |
| Fauwaz Abdul Aziz | Dec 22, 07 2:26pm |
| Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah menemui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dengan siasatan kes klip video Lingam. “Badan Pencegah Rasuah menemubual saya dan bertanya soalan kepada saya. dan saya menjawabnya," kata beliau selepas melancarkan buku mengenai perundangan antarabangsa oleh pakar undang-udang, Tunku Dr Sofiah Jewa. Dalam video tersebut, Lingam didakwa turut mengaitkan jutawan Tan Sri Vincent Tan, kroni rapat Dr Mahathir, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, untuk bercakap dengan Dr Mahathir mengenai pelantikan hakim-hakim. Integriti badan kehakiman Lingam enggan mengulas mengenai klip video itu tetapi menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan suruhanjaya diraja. Tengku Adnan juga sebelum ini, telah menafikan terbabit dalam isu-isu yang dibangkitkan dalam klip video tersebut. Pendedahan video tersebut telah mencetuskan kemarahan pelbagai pihak yang menggesa kerajaan supaya mengambil langkah segera untuk memulihkan integriti badan kehakiman. Mengulas mengenainya hari ini, Dr Mahathir berkata, beliau akan patuh dengan arahan untuk memberi keterangan kepada suruhanjaya tersebut. Jadi saksi “Jika saya dikehendaki memberi keterangan, jika undang-undang memerlukan saya memberi keterangan, saya tidak boleh kata tidak," katanya. B “Terpulanglah kepada suruhanjaya diraja itu untuk melihat sama ada wujud kebenaran atau tidak mengenai tuduhan tersebut atau di dalam klip video itu," katanya. Ditanya sama ada Lingam atau Tan ada menemuinya mengenai isu pelantikan hakim-hakim seperti yang didakwa dalam klip video tersebut, Dr Mahathir berkata adalah mengarut untuk bertanya kepadanya mengenai perkara itu. “Saya tidak tahu sama ada Lingam menyebutnya ataupun tidak. Saya belum tengok klip video itu. Apa yang saya tengok ialah di TV, TV3. Itu saja. Saya tidak tahu. saya tidak dengar dia menyebut nama Tengku Adnan ataupun nama saya," katanya. Ada pihak yang telah menyalahkan Dr Mahathir berhubung masalah yang timbul dalam badan kehakiman selepas pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas pada tahun 1998. |
| Gerakan rep: Umno incites racial s |
| Dec 21, 07 6:23pm |
| In an audacious move, a notable Gerakan politician has taken Barisan Nasional coalition leader Umno to task for inciting racial sentiments among Malays to gain political mileage. |