BILA MAT KILAU DIMAINKAN DI NETFLIX

 


wrlr: zaman aku kecik dulu filem Indonesia menguasai Malaysia dengan filem penentangan belanda.Indonesia merdeka kerana berperang. Jadi filem seperti Benteng Betawi,surabaya,pahlawan fajar....dll


Akhirnya ramai yg bersependapat tentang Mat Kilau

BILA MAT KILAU DIMAINKAN DI NETFLIX

27 Jun lalu saya terpanggil menonton filem Mat Kilau di pawagam kerana kuasa media sosial. Sebaik pulang ke rumah saya terus menulis sambil berpesan jgn emo dgn ulasan saya tentang filem tersebut (gambar). Yelah org tgh ghairah tiba2 saya kritik..

Saya tahu kadang2 penulisan saya ada yg mengguris hati org lain. Malah ada juga menganggap di mata saya semuanya tidak kena. Maafkan cz i must say the truth walaupun pahit yg membuat org membenci saya.

Kata quote popular, Paulo Coelho, ‘Telling the truth and making someone cry is better than telling a lie to make someone laugh.’

Saya beritahu filem Mat Kilau hanyalah hebat sebagai sebuah action movie. Saya kecewa kerana nilai sejarah tidak sampai seperti digambarkan melalui judul filem tersebut.

Jika filem ini dinama ‘Pahlawan Pahang’, saya faham ia akn cuba menonjolkan aksi pertarungan dlm byk scene filem tersebut tetapi apabila ia menggunakan nama Mat Kilau ia menghampakan. Sebenarnya dlm lipatan sejarah byk yg lebih menarik mengenai perjuangan Mat Kilau perlu ditonjolkan dari aksi dia bertarung.

Jika kita lihat filem durasi hampir 2 jam itu hampir 50% aksi pertarungan. Saya tak teruja sebab pertamanya saya tahu sejarah Mat Kilau tak mati ditikam lawan… so suspennya tiada. Kedua aksi pertarungan terlalu lama dan seni silatnya lebih kpd aksi kungfu.

Maka nilai sejarah dan seninya tiada sb itu saya kata tak sampai utk org seperti saya yg lebih mementingkan seni dan sejarah utk menonton filem ini.

Jadi faham kan kenapa filem ini tidak laku di Indonesia dan mendapat kecaman ramai bila ditayangkan di Netflix. Begitu byk lintas di wall saya membaca komen pedas dari rakan FB dan Twitter. Bagi saya filem Bisik Pada Langit jauh lebih menarik dan terkesan di jiwa berbanding Mat Kilau.

Entahlah ikhlas saya rasa lebih seronok menonton filem2 Tamil walaupun saya tak faham dialognya. Hanya bersandarkan kpd subtitle je. Akhir2 ini saya byk menonton filem Tamil.

Sebelum ini saya menonton filem Tamil dgn anak filem berjudul Cadaver… kalah thriller movie Mat Saleh. Terbaru saya menonton filem love story yg storyline kalah Diwale iaitu filem Tamil berjudul Hello… layan.

 

No comments: