KOREA UTARA BERI AMARAN

 







Semalam, 10 peluru berpandu balistik dilepaskan oleh Korea Utara jatuh ke Laut Jepun. Bukan satu, bukan dua.. tapi sepuluh. Ia seolah-olah “amaran keras” kepada Jepun dan US, kalau Iran minta tolong bila-bila masa Korea Utara “turun padang”. 




Semakin menarik perkembangan perang ni.


Sedikit background info - mungkin ada yang tak tahu, sehingga kini Jepun hanya ada tentera pertahanan yang dipanggil Japan Self-Defense Forces (JSDF). Ini bermakna, tentera Jepun sekarang adalah untuk mempertahankan negara, bukan untuk serang macam tentera negara lain.


Untuk compensate benda ni, US tempatkan pangkalan tentera dia di beberapa tempat di Jepun. Pangkalan ni fungsi dia untuk bantu pertahankan Jepun kalau ada ancaman luar. Tapi dalam masa yang sama, benda ni juga adalah sebahagian daripada strategi geopolitik US untuk kekalkan kuasa di Asia Timur.


Tapi, status JSDF semakin hangat diperkatakan kebelakangan ni.


Berikutan kemenangan besar parti Liberal Democratic Party (LDP) iaitu parti yang dipimpin oleh PM Jepun Takaichi Sanae di pilihan raya Jepun baru-baru ni, ia membolehkan kerajaan mencadangkan pindaan terhadap Perkara 9, iaitu berkaitan JSDF untuk jadi offensive military walaupun proses pindaan tu masih perlukan kelulusan parlimen dan referendum rakyat lah. Tapi benda tu tak mustahil untuk dilakukan.


Ada banyak sebab desakan untuk pinda Perkara 9 bagi Jepun ada offensive military antaranya situasi Jepun di rantau tak berapa stabil sekarang ni terutama ketegangan dengan Korea Utara, China, isu Taiwan dan tak kurang juga nak kurangkan kebergantungan dengan tentera US.


Tapi kenapa Jepun tak pinda lagi?


Jepun sebenarnya dalam dilema.


Ramai sebenarnya rakyat Jepun masih trauma dengan sejarah Hiroshima dan Nagasaki dulu. Mereka fikir sebab ada offensive military lah dulu ramai orang Jepun menderita. Sekarang tanpa offensive military mereka dah boleh hidup aman, kenapa nak ada semula sekarang? Bagi mereka, prinsip anti-perang dalam perlembagaan adalah simbol komitmen Jepun untuk tak ulang lagi sejarah tu dan komitmen mereka jadi negara pacifist.


Minggu depan, Takaichi dijadualkan bertemu dengan Trump di US. Dalam keadaan geopolitik dunia yang semakin tegang, ada ura-ura cakap ada kemungkinan Trump nak minta tolong tentera Jepun di Iran. 


Tapi dengan status JSDF Jepun sebagai defensive military benda tu agak mustahil untuk Jepun tolong melainkan kalau perang di Iran tu boleh mengganggu keselamatan Jepun dan rakyat Jepun di Jepun. Dia macam a big no lah untuk Jepun hantar tentera tu. Cuma, Jepun ni tetap sekutu US. Melainkannnn, kalau Korea Utara betul-betul serang Jepun dulu.


Hmm.

Makin “menarik” perkembangan perang kali ni.


Dunia mungkin sedang menyaksikan perubahan besar dalam keseimbangan kuasa global. Tapi yang pasti di peringkat ini, bukan saja pihak yang berperang, malah kita semua dah mula rasa kesan secara tak lansung.


Ibarat gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. 


No one wins. 


No one.


.

#CatatanZunitaDiJepun





No comments: