WALAU KEMUNGKINAN HILANG JAWATAN . ANWAR TETAP AMBIL TINDAKAN BANTU RAKYAT.

 PMX Akan Hilang Jawatan Dan Kerajaan tetapi Kenegaraan Lebih Perlu Dipertahanakan.



PMX sedang mengambil langkah yang mungkin tidak popular di mata sebahagian rakyat, tetapi hakikatnya langkah ini bukan untuk menyelamatkan kedudukan politik atau kerajaan sebaliknya untuk menyelamatkan negara daripada krisis yang lebih besar.


Dalam keadaan dunia yang tidak menentu, khususnya melibatkan krisis tenaga global, kerajaan sebenarnya mempunyai pilihan mudah. PMX boleh sahaja menambah hutang negara semata-mata untuk terus memberi subsidi besar-besaran demi meraih sokongan segera.


PMX juga boleh menggunakan baki dana negara untuk menurunkan harga minyak buat sementara waktu. Tetapi semua itu hanyalah penyelesaian jangka pendek yang akan membebankan masa depan negara.


Sebaliknya, PMX memilih jalan yang lebih sukar—mengurus kewangan negara secara berhemah, memastikan negara tidak terjerumus ke dalam krisis hutang, dan melindungi kestabilan ekonomi dalam jangka panjang.


Pengurangan kuota BUDI daripada 300 liter kepada 200 liter perlu dilihat dalam konteks ini. Ia bukan satu bentuk penarikan bantuan sepenuhnya, tetapi satu pelarasan yang mengambil kira realiti semasa dunia.


Dalam keadaan sukar, kerajaan masih berusaha memastikan rakyat terus menerima subsidi, walaupun dalam kadar yang disesuaikan.

Rakyat perlu memahami bahawa ini adalah langkah sementara dalam menghadapi cabaran global.


Apa yang penting, negara tidak tumbang kerana beban hutang yang melampau.


Doakan agar krisis ini segera pulih. Mudah-mudahan apabila keadaan kembali stabil, nikmat subsidi dan kemudahan yang pernah dinikmati sebelum ini dapat dikembalikan semula dengan lebih mampan dan terjamin.


Sumber dari FB: Wan Mahussin Official




No comments: