Simple Post:
Jahil ni macam2 jenis. Yang tulis macam ni level Jahil murakkab. Tapi yelah, nnti ada yang masuk psl nostalgia plk. Okay moving on, jom dissect satu2 apa dia cakap ni.
1. “Sekarang hutang negara 1.4 trillion dah”
Apa maksud dia “Hutang Negara”? Hutang Lansung Kerajaan Persekutuan atau Hutang Statutori Kerajaan Persekutuan?
Hutang Lansung Kerajaan Persekutuan (Setakat Jun 2025)
Jumlah: RM1,304,176,000,000
Bahagian Daripada KDNK: 64.7%
Tak sampai 1.4 trillion.
Hutang Statutori Kerajaan Persekutuan (Had 65% Bahagian Daripada KDNK)
Jumlah: RM1,279,418,000,000
Bahagian Daripada KDNK: 63.5%
Tak sampai juga 1.4 trillion.
Jadi, apa dia cakap ni merepek.
2. “zaman najib 600b kata negara nak bankrap”
Skrip standard Jahil Murakkab tapi ulang2 cerita 7 tahun lepas. Dah kalau 98% hutang kerajaan persekutuan ni dalam ringgit nak sembang bankrap apa lagi?
3. “Dah lebih 60% jumlah hutang melebihi income negara buat masa skrg”
Astagfirullahalazim. Sejak bila kita kira bahagian prinsipal hutang daripada hasil negara? Bahagian hutang kita kira daripada KDNK. Kalau kira daripada hasil negara prinsipal hutang lansung kerajaan sekarang dah 390.4% daripada hasil. Kalau mcm tu zaman DSN tinggalkan hutang sebanyak RM685 billion pun dah 304% daripada hasil. Income/Hasil negara ni RM334.115 billion je bang. Jadah kira bahagian hutang daripada hasil. Tak pernah dibuat orang. Kalau kita kira nak bahagian daripada hasil, bayaran khidmat hutang (DSC) boleh la sebab mmg itu kita bayar menggunakan hasil negara.
4. “Bank kalau hutang kita dah lebih 60%, memang credit report tak cun lah, jangan harap la loan nak lulus.”
Bang, kewangan kerajaan/awam dengan kewangan isi rumah mana sama.
Kerajaan ada kedaulatan keatas wang mereka yang membolehkan kerajaan menguruskan/servis hutang mereka. Pengurusan risikonya pun berbeza. Yang bagi credit rating kepada kerajaan ni mcm moody, fitch, s&p dia tak tengok semata-mata berapa peratus hutang kerajaan keatas KDNK. Dia ada metodologi penarafan kredit untuk hutang kerajaan ni. Kalau macam kau hutang personal loan tak bayar, DSR tinggi, mmg iyalah loan tak lepas sebab kau bukan ada kedaulatan keatas wang kau. Kalau kewangan peribadi kau defisit bang, AKPK la jawabnya. Takyah nk samakan dengan kewangan kerajaan.
5. “ini baru maju, pinjam lagi dekat IMF tu”?
Bila masa kita pinjam IMF oi? Tahun terakhir kita ada pinjaman projek dengan IMF adalah pada 1981-1985 dan kita dah habis bayar pun hutang tu. Masa Krisis Kewangan Asia 1997 pun kita tak pinjam IMF walaupun kita boleh je nak pakai dana Stand - By- Arrangement (SBA).
6. “Baru ni IMF boleh cakap kat KWSP umur 60 tak boleh pencen. IMF kementerian mana?”
Saranan IMF bukan tak boleh pencen, dia sarankan duit tu kena keluar berkala, bukan keluar semua. Yang kau paham tak boleh pencen dah kenapa? Saranan IMF ni daripada dulu lagi dah ada. Tapi takda pun mana2 kerajaan ikut sebab IMF tu bukan kerajaan.
Membacalah, jangan jadi scammer.

No comments:
Post a Comment