Gagal capai Wawasan 2020, Malaysia sukar bangkit sebagai negara maju
Hanya berbaki 2 tahun sebelum 2020 untuk Malaysia membuktikan mampu mengejar status negara maju. Namun tiada tanda-tanda pentadbiran PM Najib Razak akan mampu melakukannya.
Malah insiden gangsterisme di sekolah, kegiatan pemerdagangan manusia, rompakan bank, samun kedai emas, pecah rumah dan banyaknya pelaburan yang palsu skim cepat kaya yang mana pelabur telah hilang ratusan ribu ringgit memberi gambaran Malaysia sedang terumbang-ambing serta hilang hala tuju sebagai sebuah negara yang bertamadun.
Tinjuan Suara pakatan daily ke atas rakyat marhaen mendapati rata-rata mereka tidak berpuas hati dengan pencapaian Najib berbanding mentornya Dr Mahathir yang mampu membina KLCC, KLIA, lebuh raya PLUS, Litar Sepang dan lain-lain tetapi mengekalkan harga makanan murah dan rakyat selamat di sepanjang 22 tahun pemerintahan beliau.
Seorang pemandu teksi di Kepong, Kuala Lumpur berkata beliau tidak percaya dengan janji-janji PM Najib dan tidak nampak kejayaan yang dibawa oleh beliau berbanding PM pendahulunya.
“Saya tidak yakin Malaysia dapat mencapai Wawasan 2020. Memang kita ada bangunan pencakar langit tetapi apakah tamadun di negara ini? Pukul orang, dera orang, rompakan, pengedaran dadah, pelacuran, jenayah, rasuah dan amalan yang tidak sihat?
“Adakah ini berpunca dari pucuk pimpinan negara yang hanya beretorik kosong? Manakah kepimpinan melalui teladan? Rakyat pun semakin hilang arah.
“Umum tahu kalau para pemimpin tidak bertanggungjawab, rakyat pun akan begitu juga. Lambat-laun, negara kita akan jauh ketinggalan di pentas antarabangsa.
“Baru-baru ini, Singapore Airlines mendapat ranking yang kedua terbaik di dunia. Di manakah kita?” tanya Michael Ong, 50 tahun.
Sehubungan itu beliau menggesa agar kerajaan jangan menuduh pihak pembangkang memburukkan ekonomi negara kerana kalau ekonomi Malaysia kuat, maka rakyat patut sepatutnya menikmati berbagai manfaat termasuk kos sara hidup yang berpatutan, bukannya asyik kenaikan harga barang.
Michael juga berkata para penumpang teksinya memberitahu ramai orang sedang menganggur kerana kilang-kilang telah mengurangkan pekerja dan ada juga memindahkan operasi ke negara lain. Hal itu, katanya, tidak berlaku pada zaman pemerintahan Dr Mahathir.
“Rakyat harus bijak dan tolonglah jangan undi BN lagi,” gesa beliau