PENGHASUT! LAGI LAPORAN POLIS DIBUAT TERHADAP PENGERUSI PERIKATAN NASION...



Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat cuba mengalihkan tiang gol daripada kontroversi ucapannya ketika berkempen sewaktu Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dengan merujuk kepada 115 Akuan Berkanun Ahli-Ahli Dewan Rakyat. Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar berkata, dokumen lama tersebut kini tidak lagi relevan kerana tumpuan utama masih tertumpu kepada ucapannya yang didakwa menyentuh isu sensitif 3R (kaum, agama, raja). “Tindakan beliau (Muhyiddin) ini dilihat sebagai usaha untuk mengelak daripada menghadapi implikasi serius akibat kenyataannya yang menghina institusi diraja,” tegasnya menerusi kenyataan hari ini. Semalam, Muhyiddin memberitahu telah menyerahkan beberapa dokumen kepada polis bagi membantu siasatan berhubung isu 3R semasa berkempen bagi PRK DUN Nenggiri. Menurutnya, antara dokumen yang diserahkan adalah surat daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat bertarikh 20 November 2022 mengandungi titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16 yang meminta Ahli Dewan Rakyat mendapat sokongan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri. Muhyiddin juga menyerahkan 115 Akuan Berkanun Ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepadanya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang diserahkan kepada Istana Negara pada 21 November 2022..





No comments: