Sejak belanjawan 2021 terlihat jelas tidak ada kesatuan dikalangan komponen PH, Sepatutnya segala gerak kerja Politik..Kenyataan media..Program kebajikan, Model penyelesaian hatta menguruskan Media dan menyampaikan maklumat kepada rakyat harus dilihat tersusun dan kemas..
Sebagai contoh program Bantuan Guaman kepada rakyat yang di kompoun RM 10 Ribu..Ia satu idea dan Program yang baik..Tapi jelas ianya tak tersusun, Masih lagi yang bantuan Guaman DAP nya lain, Yang Amanah nya lain, Seolah olah mereka bersaing sesama sendiri.. Mahu bersaing siapa yg lebih Pro Rakyat..Akhirnya jenama PH ditinggalkan.. Kenapa tidak disatukan atas nama PH ?
Begitu juga ketika Belanjawan, Sudahlah tidak ada model dan tawaran, Bayangan Pakej Rangsangan PH, Apa yang ditawarkan nampaknya masih mengikut parti, DAP nya buat tawaran lain, PKR nya lain.. yang Amanah apalah lagi.. Bayangpun tak nampak..Bayangkan dalam hal sebesar ini pun Majlis Presiden PH gagal bincangkan..
Bukan makna memperkuatkan PH, Tak boleh buat gerak kerja Politik yang lain,tak kira yang mahu idea GC bersama Tun dan Warisan atau konsolidasi bersama UMNO.. Yang penting PH itu kena kuat…
Sepatutnya Perkukuhkan PH, Jenamakan Pakatan Harapan.. Tapi masing2 masih sibuk soal siapa layak jadi PM..Sapa cukup Nombor..Samaada mahu bersama Tun, Atau bersama UMNO… soal mengukuhkan Organisasi, Nafsi Nafsi…
Dah macam takda otak masing2, tak kira PKR, Tak kira Amanah mahupun DAP.. Kalau macam tu serah jer Majlis Presiden ini kepada orang Muda seperti Adly Zahary..Yang tua tua ni jadi Penasihat cukup..