Dulu tebuk atap dipuja, sekarang di Perlis Pas maki


 


OLEH AHMAD MURSI



Tak ada ribut, tak ada petir, tak ada DAP, huru-hara politik di Perlis walhal PN menang hampir semua, 14 dari 15 kerusi. Bersih tidak, stabil pun tidak. Mitos je.


Walaun dikerah beramai-ramai memuji tindakan Pas kononnya tegas dalam hal disiplin ‘jemaah’ pecat 3 ADUN-nya.


Ironinya, waktu Hj Hadi dan PAS menghasut rakan parti lain untuk langgar disiplin semasa langkah Sheraton itu halal dan konon atas nama maslahat.


Kalau tebuk atap dulu dipuji sebagai kebijaksanaan Pas, maka apa yang berlaku di Perlis hari ini juga sama — cuma kali ini Pas yang ‘tercedok’, yang bijak parti lain.


Jadi tak ada apa pun patut dipuji. Kali ini PAS sendiri terkena jerat politik.

Haji Hadi dulu bangga jadi hero utama tabuk atap kerajaan PH. Hari ini, kerajaan Pas sendiri ditebuk atap — bukan oleh musuh, tetapi oleh sekutu PN.


Hal Perlis ini hanya menzahirkan krisis sebenar PN yang sudah lama berantakan, khususnya isu calon Perdana Menteri dan siapa patut jadi “abang besar”.


Keengganan Pas melepaskan jawatan MB kepada Bersatu, walaupun Pas sudah menguasai tiga negeri lain, membuktikan satu perkara: ini bukan soal nak jaga Melayu — ini soal tamak kuasa, nak bolot semua.


Ini baru kerajaan negeri. Bayangkan huru-hara jika PN berkongsi kuasa di Pusat walaupun semuanya Melayu-Islam. Slogan Bersih & Stabil hanyalah retorik palsu.


Sebaliknya, kerajaan Madani terbukti cipta kestabilan politik dan ekonomi lebih tiga tahun dah. Banyak pencapaian ekonomi yang boleh kita bangga. Ringgit kini mata wang berprestasi terbaik di Asia tahun 2025.







No comments: