KISAH MAT JARGON LAGI . MULA DIA SURUH BOIKOT KEMUDIA DIA SALAHKAN KERAJAAN. JOM TONTON TIKTOK.





 Dari malam tadi aku buat video TikTok. Post pukul 9 malam sampai hari ni tak lepas lagi. Nasib la bila line connection slow kat laut ni.


Aku cerita pasal Grab ni. Menarik bila MP Palatao buat isu. Paling kelakar dia kata Grab bawah Kementerian Kewangan yang mana DS Anwar adalah menterinya.


Mana la dia dapat fakta. Mungkin la bawah MOF soal lesen dah cukai. Tapi soal pekerja bukan bawah kawal selia MOF. Kan ada Kementerian Sumber Manusia.


Lagipun aku tak pasti kalau Grab riders dikira pekerja Grab dan tertakluk di bawah Akta Pekerja. Setahu aku tiada peruntukan untuk pekerja ekonomi gig.


Lepas tu si Fayhsal ni kata DS Anwar dah berjanji nak selesaikan isu kadar upah Grab riders ni. Tapi betul ke ada janji sebegitu? Sebenarnya DS Anwar janji apa?


DS Anwar tak ada janji pun kadar upah akan dinaikkan. Beliau cuma janji akan jumpa semua operator p-hailing ni dan sampaikan isi hati mereka.


Dan itu telahpun ditunaikan. Tapi kalau operator tu tak nak naikkan kadar, apa yang kerajaan boleh buat. Nak ugut, kalau tak naikkan maka lesen tak diperbaharui?


Kalau kerajaan buat begitu, habis lari la pelabur yang nak masuk melabur. Siapa nak melabur di negara yang kerajaannya menekan pelabur sebegitu rupa?


Jadi Wan Fayhsal ni cerita apa sebenarnya?


Lagipun lebai dan walaun sibuk pulak nak buat isu hal ni. Kan ke Grab tu penyokong Israel? Isteri pemiliknya sayang ketat-ketat dekat Israel.


Dalam kes boikot McDonald's, walaun bukan main lagi kutuk pekerja McD. Suruh berhenti. Ada yang sampai dibaling batu. Walaupun McD Malaysia tak ada kena mengena dengan Israel. Tapi dalam isu Grab ni lain pulak jadinya ye?


Itu yang aku kata. Walaun dan lebai bukan kisah pun soal perjuangan. Dia cuma nak hasut rakyat supaya bencikan PMX. Itu je matlamatnya.


Aku bukan sokong Grab. Sebagai seorang pekerja, aku pun tak setuju apa yang Grab buat. Tapi dalam industri seperti ini, perkara ini memang dah boleh diagak.


Sebab akan ada persaingan. Nak tangani persaingan, terpaksa main harga. Bila main harga akan jejaskan keuntungan syarikat. Jadi kena kawal kos.


Produk Grab cuma servis penghantaran. Kosnya cuma pada kadar upah. Jadi untuk kekalkan margin untung dan turunkan kos hanya dengan turunkan kadar upah.


Yang boleh ajar Grab ni cuma riders je. Caranya hanya dengan tinggalkan Grab. Bila Grab kehilangan riders dan kualiti servis menurun, mereka akan bertindak.


Sebab tu orang kata, ekonomi gig ni tak boleh jadi sumber pendapatan utama. Kalau nak buat kerja sementara atau sambilan, mungkin boleh. Sebab gaji tak menentu. Sukar untuk rancang kewangan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


No comments: