8 OGOS 2023 PMX DAH JUMPA MEREKA









"Kami nak minimum order 7 ringgit"


PMX tanya "sekarang berapa ringgit?"


"Mula-mula 7 ringgit, lepas tu 6 ringgit, 5 ringgit, sekarang 4 ringgit"


Ada sebab kenapa orang kata knowledge is power. 


Nak faham benda ini kita kena tengok financial report sesebuah syarikat, sedangkan laporan terkini untuk suku ke 3, GRAB masih lagi rugi sebanyak 99M USD, menurun dari 71% daripada 2022 YoY 342M. Ini penting sebab kita nak fahamkan pattern dan trend kewangan sesebuah syarikat.


Dan bukti insentif rider di kurangkan pun ada tulis "Partner incentives" 17% daripada 199M ke 165M. Sama juga dengan insentif pelanggan 22% daripada 277M ke 216M.


Sebab utama dia mudah, trend pengguna dah berbeza dengan zaman pandemik. Zaman pandemik orang tak boleh keluar dan rely dengan rider. Kalau ikut pattern laporan kewangan yang sama, insentif akan terus menurun untuk syarikat recover dari rugi kepada untung. ( baca tokey balak pun boleh jual ranting kalau terus bagi insentfi tak tentu hala) 


Nak bagi insentif untuk pakai duit, jadi mereka upfront benda ini untuk market share yang lebih besar. Strategi marketing "penetration pricing" ini sering digunakan oleh syarikat besar untuk menarik pelanggan dengan cepat dan melangkah tapak baru di pasaran, walaupun ia bermakna beroperasi pada kerugian pada awalnya. 


Itu yang Nazir Hamdan tulis cash burn phase. Market share pula boleh tengok dekat MTU (Monthly Transacting Users) yang mana masih lagi growing sebanyak 7%. 


Tapi dalam setiap market pasti akan ada tahap tepu, bila dah sampai tahap tepu, syarikat kena buat cost saving atau venture into new market untuk maintain profit. Kalau anda lihat, Grab dah masuk dalam area digital banking dan juga supermarket jaya grocer untuk diversify portfolio mereka. 


Lepas tu ada yang sindir kata bila PMX kata beri saya masa seminggu. In fact 8 Ogos 2023, PMX sudah berjumpa dan suarakan keluhan penghantar seperti yang di janji. Lepas itu takkan expect PMX boleh paksa syarikat swasta naikkan harga upah sesuka hati, negara kita ada undang-undang. Nak paksa mereka naikkan upah atas akta apa? Akta Pekerja 1955 sekarang pun tak cover pekerja gig ekonomi. 


Kalau kerajaan nak masuk campur, kena bagi subsidi juga, jadi subsidi itu nak dapat duit dari mana? Bagi pendapat saya lebih sesuai kerajaan bagi subsidi upah untuk syarikat swasta naikkan gaji perkerja mahir, ataupun skim IPR vending machine, itu lebih berbaloi untuk masa hadapan.


Lagi satu bila Grab dah pegang market share, mereka akan jadi monopoli, sebab itu mana-mana pesaing susah nak lawan. Kalau Grab nak naikkan juga insentif penghantar, pelanggan yang kena absorb kenaikan harga. Contoh bila dah monopoli semua vendor ada dalam sistem mereka, Kedai Nasi Ayam Madu XYZ contohnya, kalau pelanggan pakai aplikasi pesaing mereka takkan jumpa sebab mereka hanya ada dalam Grab. Vendor pun biasa malas nak maintain 3-4 terminal pembayaran, lagipun mereka akan pakai sistem yang mana base user lebih besar. 


Kesimpulannya Gig ekonomi sepatutnya jadi pekerjaan sementara tapi ada sesetengah pihak buat jadi kerjaya, sampai ada yang tak nak sambung belajar sebab boleh kerja jadi rider. Ini tak ada masalah sebab market bertindak dengan demand dan supply, tapi kena faham risiko bekerja dengan gig ekonomi. Bagi pendapat saya, sesiapa yang ada kelulusan perlu cari kerjaya yang bersesuaian dengan kemahiran sebab kita masih lagi kekurangan pekerja mahir. Usaha, tawakkal dan doa, insyallah akan ada jalan keluar.




No comments: