ULASAN PRN: POLITIK IDEA PERPADUAN VS POLITIK INDOKTRINASI PAS-PN



1. Ceramah PH kupas berkaitan tatakelola, idea pembangunan, inisiatif ekonomi Madani, nokhtahkan kemiskinan, menarik pelaburan asing dan idea cipta peluang pekerjaan.


2. Contohnya Mendengar ceramah Rafizi atau ucapannya di forum antarabangsa  jadikan kita lebih bijak isu ekonomi, pembangunan dan pentadbiran.


3. Serangan PH juga berkaitan tatakelola dalam isu Kecurian Nadir Bumi berasaskan dokumen, laporan rasmi dan fakta. Bukan maki peribadi dan mencerca bentuk badan Sanusi.


4. Ceramah PN pula maki peribadi PMX, "DAP DAP DAP", "Islam semakin terancam", Tebok Atap. 100% sentimen.


5. Mendengar ceramah Sanusi jadikan kita lebih pandai mencarut, hina orang, semakin benci saudara sendiri, takut dan busuk hati, ucapan fitnah tanpa fakta dan hanya spekulasi. Versi Islam PAS.


6. Hasilnya Sanusi dan Nassuruddin diangkat menjadi MB. Dua-dua punyai mulut hampir sama. Maki, cerca, herdik. Pernah dengar ulasan idea ekonomi dan pembangunan yang hebat dari ucapan mereka? Tak ada!


7. Bahkan pernah Sanusi dan Rafizi duduk sepentas, boleh dinilai betapa jauhnya idea dan pemahaman mereka ulas berkaitan pembangunan Airport Kargo dari sudut impak ekonomi dan kewangan negara.


8. Begitu juga debat Syahir dan Rafizi. Ruang keluar di kaca TV disediakan oleh Kerajaan Perpaduan jadi medan ceramah politik kampung walhal YB Bachok itu dianggap teknokrat dan pakar ekonomi terbaik dalam PN. Nama samaran pun Syahirnomic. Idea terawang-awangan dan tiada solusi yang praktikel.


9. Maka untuk 5 tahun akan datang, tidak peliklah jika negeri ditadbir PAS ketinggalan kerana tahap pemikiran pemimpin PAS.


10. Lebih menakutkan, inilah idola yang diagkat oleh PAS-PN untuk jadi sumber inspirasi anak-anak generasi muda mereka. Kasar, bengis, marah-marah, intelek rendah.


Ahmad Mursi