Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Bersatu Datuk Razali Idris terkilan kerana Perdana Menteri sendiri mengambil
pendekatan menipu rakyat dengan sekadar melakukan pembentangan Bajet 2023
tetapi kemudian membubarkan Parlimen.
Ketua
Badan Pimpinan Bersatu Terengganu itu menyifatkan Bajet 2023 yang dibentang di
Dewan Rakyat Jumaat lalu (7 Oktober) adalah manifesto Pilihan Raya Umum Ke-15
(PRU-15) UMNO dan Barisan Nasional (BN)
“Saya
juga rasa terkilan strategi beliau bentang Bajet 2023 yang sekadar pembentangan
sahaja.
“Perdana
Menteri sendiri ambil pendekatan menipu rakyat,” katanya mengulas pengumuman
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seperti dilaporkan BeritaBersatu hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan Parlimen ke-14 dibubarkan mulai hari ini
(10 Oktober) setelah beliau mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong,
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pembubaran
itu membolehkan PRU-15 diadakan dalam tempoh 60 hari yang bertepatan dengan
musim tengkujuh di mana hujan lebat dan banjir akan berlaku, sekali gus
menyukarkan pemilih untuk keluar membuang undi.
Namun,
kesukaran pemilih untuk keluar mengundi itulah yang dicari oleh UMNO dan BN
kerana ianya akan menyebabkan peratusan yang keluar mengundi akan rendah.
Berdasarkan
dua Pilihan Raya Negeri iaitu di Johor dan Melaka, peratusan keluar mengundi
yang rendah memberi peluang kepada UMNO dan BN untuk menang.
Jumaat
lalu (7 Oktober), kerajaan pimpinan Ismail Sabri mendedahkan pelan perbelanjaan
Persekutuan berjumlah RM372.340 bilion untuk tahun depan, mengatasi bajet tahun
ini sebanyak RM40 bilion.
Dalam
Bajet 2023, sebanyak RM94.3 bilion telah diperuntukkan untuk perbelanjaan
pembangunan, yang tertinggi setakat ini, berbanding peruntukan untuk 2022
sebanyak RM71.2 bilion.
Mengulas
lanjut, Razali berkata Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri yang terlalu lemah apabila
ditekan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya PRU-15
dipercepatkan.
“Saya
tidak nampak kemampuan beliau (Ismail Sabri) untuk mengurus satu perkara yang
agak penting di mana negara berdepan situasi banjir.
“Jadi
apa yang diperkatakan selama ini wayang sahaja,” katanya.