Keputusan perbicaraan kes
Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi dijangka dibuat pada Disember, manakala
parti itu mencadangkan tarikh pengundian PRU-15 adalah pada awal Disember..
UMNO mencadangkan hari
pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan pada awal November,
kononnya bagi mengelak musim banjir.
Setiausaha
Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan bagaimanapun, berkata UMNO akan menyerahkan
kepada keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memutuskan bila
pengundian perlu dijalankan.
“UMNO
percaya PRU-15 boleh diadakan sebelum pertengahan November, iaitu sebelum
tibanya musim banjir atau musim tengkujuh,” kata Ahmad selepas mesyuarat Majlis
Tertinggi parti di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini malam tadi (10 Oktober
2022).
UMNO
juga memuji Yang di-Pertuan Agong kerana memberi perkenan untuk membubarkan
Parlimen dan mengembalikan mandat kepada rakyat Malaysia.
Beliau berkata pihaknya percaya
bahawa PRU baharu adalah cara terbaik untuk menamatkan ketidakstabilan politik
negara yang berpunca daripada kerajaan gabungan tidak rasmi.
“Malah,
mengisytiharkan UMNO dan BN sebagai musuh utama hanya menunjukkan kurang
kepercayaan dan rasa hormat terhadap UMNO yang menerajui kerajaan,” kata Ahmad.
Semalam,
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen
bagi memberi laluan kepada PRU-15 diadakan dalam tempoh 60 hari.
Selepas
pengumuman itu, Istana Negara mengeluarkan kenyataan mengatakan Agong “kecewa”
dengan perkembangan politik semasa negara, tetapi tidak mempunyai pilihan
selain bersetuju dengan permintaan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen.
Sebelum
ini, UMNO, khususnya Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah memberi
tekanan hebat kepada Naib Presidennya Ismail Sabri untuk mengadakan segera PRU.
Untuk
rekod, Zahid yang kini berdepan pertuduhan rasuah di Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur akan mengetahui nasibnya sama ada di dapati bersalah atau tidak yang
dijangka dibuat pada awal Disember depan.
Malam tadi, bekas
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin
berasakan setelah UMNO dan BN menang dan menguasai kerajaan pada PRU-15 ini,
maka mudah bagi mereka untuk menyelamatkan individu parti itu yang menghadapi
pertuduhan di mahkamah.
“Kalau
diadakan pilihan raya, waktu kita berhadapan dengan masalah dan juga banjir,
peratusan keluar mengundi pasti terjejas… mungkin tak sampai 60 peratus pada
kiraan mereka. Kalau begitu mungkin UMNO dan Barisan Nasional mudah menang.
“Dan
kalau menang, maka dia menguasai kerajaan… Perdana Menteri daripada dia (UMNO)…
mungkin dia sebab dia ada kuasa, dia boleh main apa sahaja peranan untuk
menentukan mereka-mereka yang sekarang ini sudah berada dalam Kluster Mahkamah,
terselamat,” katanya.