Sejak
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dinafikan sebagai pengganti Perdana
Menteri (PM) buat pertama kalinya pada 1998, Malaysia terus ditadbir oleh
pemimpin-pemimpin yang tidak mampu menggilap potensi sebenar negara ini.
Menurut
Senator Yusmadi Yusoff, rakyat harus bertanya kepada diri sendiri di manakah
kedudukan negara di pentas dunia hari ini? Malaysia ketinggalan berbanding
negara-negara jiran yang pada 1970an adalah setanding.
Oleh
kerana itu, katanya, suka atau tidak Anwar wajar diangkat sebagai PM untuk
memperbaiki sosio-ekonomi negara.
"Sebab
fundametal mengapa Anwar Ibrahim perlu memimpin ialah pertama, selepas 60 tahun
merdeka di manakah tahap Malaysia?
"Awal
1970an, Malaysia, Singapura, Korea Selatan atau Taiwan, kita sama (taraf),
'berdiri sama tinggi duduk sama rendah'
"Di
manakah negara-negara itu sekarang? Taiwan mungkin dua kali ganda kaya daripada
kita. Singapura tiga kali lebih kaya. Korea Selatan kita lihat dengan kemajuan
(produk) Samsung, Hyundai, universiti mereka segala macam, di manakah Malaysia?
"Saya
melihat di sini isunya adalah kepimpinan. Bagi saya Malaysia dianugerahkan
kedudukan geo-politik yang sangat strategik. Ditakdirkan berada di Selat
Melaka. Negara dari Timur dan Barat mahu tempat ini. Tanpa kita berusaha pun
orang mahu datang
"Kedua,
hasil negara. Mana ada negara yang penduduk 32 juta ada hasil minyak, ada
balak, pertanian dan juga modal insan (tiga bangsa sebagai rakyat),"
katanya dalam forum 'Jom Ngeteh' bersama moderator Prof Datuk Seri Dr Alex Ong,
baru-baru ini.
Bagi
Yusmadi, Malaysia yang memiliki kaum dari tiga tamadun besar dunia seharusnya
menjadi negara paling cemerlang di Asia Tenggara.
Namun
akibat tiada kepimpinan yang bijaksana, kata beliau, negara ini gagal menggilap
kegemilangannya.
"Saya
pergi ke Timur dan Barat dunia. Melihat modal insan Malaysia, di satu tempat
ada semua kaum. Apa maksudnya?
"Orang
Cina pandai berniaga, India pandai bidang profesional, Melayu dari segi
kebudayaan, pelbagai. Sekiranya ada seorang pemimpin yang boleh menggarap anak
bangsa ini maka akan terbentuk satu kekuatan membina negara.
"Selain
itu, Anwar merupakan satu-satunya pemimpin yang boleh diterima di Timur dan
Barat. Dia diterima di dunia Islam dan bukan Islam. Dia boleh diterima pelbagai
bangsa.
"Malaysia
pula adalah satu-satunya negara dunia yang mana (bangsa dari) ketamadunan utama
dunia berinteraksi, bermuafakat. Bayangkan hari ini Anwar dengan latar belakang
pelbagai ini dan dapat mengarap (kepelbagaian)
"Dengan
agenda masyarakat Madani, iaitu kepelbagaian yang berteraskan agama. (Malaysia
mungkin boleh jadi), sama macam di Sepanyol, (tamadun) Andalusia,"
katanya.
Malangnya,
menurut Yusmadi lagi, Malaysia sebaliknya dibebani masalah struktur dan rule of
law. Terdapat dua set undang-undang berbeza antara rakyat dan pemimpin yang
mana menakutkan pelabur untuk menanam modal.
"Malaysia
ini masalahnya struktur. Maksudnya Malaysia memerlukan kepimpinan yang mampu
membawa tatakelola atau tadbir urus yang betul. Ada rule of law. Memberi
kebebasan rakyat dengan betul.
"Jika
hari ini menteri kena hukuman lain, rakyat biasa lain, kalau saya jadi pelabur
saya tidak mahu bawa duit ke sini. Nanti kalau saya ada masalah saya akan
dizalimi. Saya bukan menteri," katanya lagi.
Yusmadi
juga mengingatkan pihak-pihak yang tidak yakin terhadap kepimpinan Anwar agar
bermuhasabah.
Pengiktirafan
yang diterima Anwar seperti Menteri Kewangan terbaik, pemimpin ulung Islam dan
sebagainya bukan dianugerahkan oleh rakyat Malaysia, sebaliknya diberi oleh
masyarakat dunia. Dan tidak ada pemimpin Malaysia lain yang diberi
pengiktirafan sedemikian rupa sebagaimana Anwar.