KRONOLOGI


Syam Ghaz


Isu Kampung Sungai Baru – Fakta, Kronologi, Campurtangan Politik dan Reformasi Akta Pengambilan Tanah 1960. 





1. Penindasan ini di bawah Kerajaan PN 33 bulan!

Bukti rasmi Warta Kerajaan menunjukkan:

 • 18 Jun 2021 – Notis Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah 1960 (niat mengambil tanah).

 • 21 Jun 2021 – Hanya 3 hari kemudian, pewartaan Seksyen 8 (perisytiharan muktamad).

Langkah terlalu tergesa-gesa ini berlaku ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri dan Tan Sri Annuar Musa sebagai Menteri Wilayah?

Proses yang biasanya mengambil masa berbulan-bulan, dipercepat hanya tiga hari – menimbulkan persoalan tentang niat dan tekanan luar?

Takkan lah #SPRM takkan tak dapat hidu dan siasat? 

Lepas itu Tan Sri Muhyiddin Yassin letak jawatan 6 Ogos 2021 bersama Menteri Kabinetnya, sambung kepada Dato Ismail Sabri hingga bubar Parlimen.

2. Tawaran Pampasan & Kebajikan Penduduk Kg Sungai Baru terbaik zaman Kerajaan Perpaduan sekarang.

 • Sebahagian besar pemilik rumah teres menerima pampasan antara RM900 ribu hingga RM3.8 juta.

 • Mereka turut dibayar sewa RM2,500 sebulan sehingga apartmen baharu siap.

 • Penduduk flat transit tidak perlu membayar sewa kecuali utiliti asas, ditanggung pemaju.

       •     Mereka juga dijanjikan 3 buah apartment apabila siap nanti, 2 unit 900 kaki persegi dan 1 unit 1,200 kaki persegi.

Menurut Pengerusi Kebajikan Pemilik Hartanah Kg Sungai Baru, Sanita Yunus, projek ini bermula daripada inisiatif penduduk sendiri sejak 2016 kerana rumah uzur dan pajakan tanah makin singkat. 

Pampasan sebenar melebihi kadar kerajaan (RM400/kaki²), apabila pemaju bersetuju naikkan ke RM850/kaki², malah pernah ditawarkan RM1,000/kaki² ketika era PH (2018–2020). 

Sesetengah yang demontrasi semalam memilih PN, tapi akhirnya Kerajaan tebuk atap 33 bulan itulah guna akta drakonian untuk ambil semua tanah mereka secara muktamad, Seksyen 8! 

Masih belum sedar? Bahaya taksub dan khawarij!

3.  Keperluan Reformasi Akta Ketinggalan Zaman dan pastikan Pejabat Tanah, Majlis Perbandaran serta Jabatan Penilaian Harta Bebas Rasuah.

Akta Pengambilan Tanah 1960 memberi kuasa mutlak kerajaan tanpa semak imbang:

 • Seksyen 4 boleh diwartakan tanpa libat urus awam.

 • Seksyen 8 muktamad, hampir mustahil ditarik balik walaupun ada kecacatan. Ini kena pinda.

Di negara maju:

 • UK & Australia – wajib public inquiry dan ada tribunal pampasan bebas.

 • USA – hanya dibenarkan untuk “public use” jelas, dan pampasan ditentukan oleh mahkamah/juri.

Malaysia perlu pinda APT 1960, wujudkan tribunal bebas, serta masukkan pampasan sosial (solatium) kerana kehilangan kampung warisan bukan hanya soal ringgit.

APT 1960 banyak kemungkinan unsur RASUAH, terutamanya ketika membuat penilaian harta dan harga tanah semasa. 

Disini siapa berkuasa dan memiliki duit tidak mustahil jadi kapitalis. 

Perkara inilah PMX tengah tebas habis habisan sekarang, basmi rasuah. 

Ia patut disokong, reformasi Pejabat Tanah, Majlis Perbandaran dan Jabatan Penilaian Harta perlu dilakukan SEGERA.

4. Politik Zalim PN 33 bulan vs Tawaran PH 22 bulan.

 • PH (2018–2020): Tawar sehingga RM1,000/kaki² – lebih tinggi, tetapi tertangguh kerana Langkah Sheraton.

 • PN (2020–2021): Hanya tawar RM400/kaki², akhirnya gunakan Akta Pengambilan Tanah secara paksa pada Jun 2021.

 • PN memerintah 33 bulan, PH hanya 22 bulan, tetapi PN yang memutuskan pengambilan secara keras. 

Semua yang Rafida dan penduduk Kg Sungai Baru tengah marah Kerajaan Pusat adalah kesalahan dibuat zaman PN dulu, yang tidak berjaya diselesaikan dan tanah mereka telah digazetkan, wajib serah zaman PN 33 bulan.

5. Kronologi Ringkas Isu Kg Sungai Baru.

 • 2016–2017 (BN): Pemaju mula dibawa masuk, cadangan RM400/kaki².

 • 2018–2019 (PH): Pampasan naik ke RM850, kemudian RM1,000/kaki².

 • 2020 (Langkah Sheraton): PN ambil alih, rundingan terbatal.

 • 18 & 21 Jun 2021 (PN): Seksyen 4 & 8 diwartakan hanya selang 3 hari.

 • 2022 (PN): Penduduk dipaksa keluar, ada bantahan guna Akta Pengambilan Tanah 1960.

 • 2023–2024 (Kerajaan Perpaduan): Pampasan dibayar ikut undang-undang, sebahagian dibawa ke mahkamah. Hanya meneruskan apa yang berlaku zaman PN dengan penambahbaikan tawaran.

 • 2025: Isu masih berlarutan kerana segelintir kecil tidak puas hati, majoriti sudah akur dan ingin rumah baharu. 

Hanya tinggal berberapa orang sahaja yang berkeras, termasuk menggunakan Isu ini bagi cetuskan kegusaran politik didalangi ahli politik PN.

6. Kesimpulan

Kes Kampung Sungai Baru membuktikan bahawa:

 • PN menggunakan kuasa undang-undang lama untuk menekan rakyat, tergesa-gesa wartakan Seksyen 4 & 8 hanya dalam 3 hari.

 • PH menawarkan pampasan lebih tinggi, tetapi runtuh akibat langkah Sheraton. “Tubuk Atap” Hadi Awang kata, yang dapat habuan jadi Duta Khas Timur Tengah.

 • Majoriti penduduk sebenarnya sudah menerima pampasan lumayan dan sewa bulanan, hanya segelintir yang membantah kerana isu faraid dan pembahagian waris.

Namun, isu ini membuka mata kita: 

Akta Pengambilan Tanah 1960 perlu reformasi total. 

Hak rakyat mesti dilindungi, pampasan mesti adil dan telus, dan kerajaan tidak boleh lagi menggunakan kuasa mutlak untuk merampas tanah atas nama pembangunan.

Tanah adalah warisan, bukan komoditi semata-mata. Undang-undang mesti berpihak kepada rakyat, bukan hanya kepada kerajaan dan pemaju.

Kita harapkan era PMX  Anwar Ibrahim boleh lakukan itu, akta yang menindas perlu dipinda supaya pejajahan moden dan andaikata “pengusiran terancang” di semua bandar utama di Malaysia kena teliti dan siasat.

Rakyat miskin bandar tapi memiliki tanah bandar kena jaga hak mereka memiliki tanah, agar mereka tetap ‘Kaya tanah’ di tanah asal milik mereka, walaun sudah menjadi bandar besar.

Sokong Akta URA diteruskan dengan pindaan. Jangan beri kuasa Menteri PBT lebih sangat. Pantau.

Jalan Terus, REFORM!!

Syam Ghaz

Nota: Sudah berberapa kali perjuangkan Isu tanah lawan Akta Pengambilan Tanah/ Kanun Tanah Negara untuk kes Lembah Binjai, Tanah Adat Orang Asli, Tanah Hutan Simpan lawan pembalakan, lombong dan Ladang Hutan.



No comments: