DUIT DAH AMBIL PAMPASAN DAH BAYAR TAPI TAK MAHU KELUAR..IKUTI KISAH INI

 NIK MARDHIAH





Orang luar aje lebih-lebih. Kadang tu tak tahu hujung pangkal pun sibuk nak komen.

Ini ringkasan berita sebenar pasal Projek Kampung Sungai Baru mengikut pemahaman saya. Anda boleh baca berita penuh dekat link dibawah. . 


1.  Persatuan ditubuhkan sejak 2016, penduduk yang cari pemaju, bukan pemaju yang paksa. Ianya adalah inisiatif penduduk sendiri. 


2. Pampasan tinggi luar biasa, iaitu nilai kerajaan hanya RM400/kaki², tapi pemaju bayar RM850/kaki². Ada rumah teres dapat pampasan sampai RM1 juta - RM3.8 juta. 


3. Pemilik rumah teres dapat pampasan + sewa RM2500 sebulan selama 8 tahun.

Yang duduk flat transit tak perlu bayar sewa, hanya utiliti asas. Semua ditanggung pemaju.


4. Majoriti (220+ keluarga) setuju dan dah sign perjanjian. Yang bantah kebanyakannya kes faraid (adik-beradik ramai, bahagi kecil).

Mereka akan balik semula ke kampung tu selepas projek siap  dalam bentuk rumah baru, lebih moden dan selesa. 


5. Telus dan ikut undang-undang sebab pampasan dah dibayar sejak 2023, kes tak setuju dibawa ke mahkamah. Jadi bukan rampasan, bukan penindasan.


6. Ramai yang datang buat kecoh bukan penduduk. Penduduk kampung sebenarnya nak projek ini diteruskan untuk masa depan anak cucu.


7. Matlamat sebenar, nak pastikan bumiputera bandar ada kediaman moden, selesa, dan kekal di tanah sendiri, bukan isu politik, bukan isu kaum.


https://malaysiagazette.com/2025/09/11/projek-kampung-sg-baru-tak-wajar-diputar-belit-pampasan-cecah-rm3-8-juta-sanita/#google_vignette



No comments: