AYAH YANG DIINGATI



 “Ayah tak pernah gagal bangun sebelum subuh. Setiap pagi, ayah akan ke Segamat ambil bekalan ayam. Tapi pagi semalam… 


Pagi itu seperti biasa.


Jam 4.30 pagi, bunyi air paip di dapur mula kedengaran.

Ayah sudah bersiap, baju kerja, topi lusuhnya, dan beg kecil berisi duit jualan semalam.


Mak sempat bersuara, “Awal sangat hari ni, bang?”


Ayah hanya senyum. “Nak cepat sikit. Ayam minggu ni banyak orang tempah.”


“Ayah pergi kerja, bukan pergi berper4ng. Tapi yang pulang cuma jasad kakv di balutan putih😭.”


Sekitar jam 9 pagi, rumah kami jadi kecoh.


Ada jiran datang, ada yang telefon tak henti. Hati mak berdebar, tangan menggigil buka pintu.


“Maaf kak… ada kemalangan… Ayah Hamid… dah tak ada.”


Dunia mak rvntuh. Dunia kami gelap.


Ayah terbabas. Bertembung lori. Kesan remuk kereta buat kami t4k sanggvp teng0k.


Ab Hamid , umur 69.

Seorang peniaga ayam biasa.

Tapi luar biasa bagi kami anak-anak.

Dia tak pernah merungut. Tak pernah cuti. Tak pernah gagal sediakan rezeki.


Kini, ruang tempat ayah duduk di meja makan kosong.

Tempat dia letak kunci kereta, dah berhabuk.

Topi lusuh ayah, kami gantung di sisi keranda.


Bukan kereta baru. Bukan rumah besar.

Cuma seorang ayah…

Yang jiwanya besar. Yang cintanya diam-diam menanggung seluruh keluarga.


“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali.”

(Surah Al-Baqarah: Ayat 156)


Ya Allah… tempatkan ayah kami dalam rahmat-Mu.

Kau tahu, dia mati mencari rezeki halal.

Dan kami tahu… tak ada pengorbanan lebih besar daripada kasih seorang ayah yang pergi tanpa sempat ucap selamat tinggal.


💔 Kepada semua yang masih ada ayah…

Peluk mereka selagi boleh.

Kerana kadang, satu perjalanan biasa… boleh jadi akhir selamanya. ‎



No comments: