Sejak dua tahun kebelakangan ini, geng PN jaki betul dengan penggunaan istilah Melayu yang dibawa dalam ucapan-ucapan PMX Anwar Ibrahim khususnya istilah yang dipinjam dari negara jiran yang serumpun dengan kita.
Hina sungguh rasanya mereka jika pinjam istilah dari Indonesia.
Begitulah mereka yang berminda penjajah, banding dengan PMX yang berminda bangga akan bangsa serumpun.
Beratus istilah pinjaman dari Inggeris seperti sensitif, proaktif, bajet, teksi dll..
Tapi kita boleh guna tanpa soal.
Sedangkan bajet/budget tu belanjawan. Standard itu piawai. Tapi tiada bantahan untuk kita gunakan.
Kerana kita faham, bahasa itu hidup dan berkembang. Meminjam istilah pelbagai bahasa asing itu biasa dan turut diamalkan oleh semua bangsa maju di seluruh dunia.
Tapi apakan daya...apabila ada generasi jaki bergurukan dari si jaki juga.
Maka timbulah pelbagai tafsiran pelik mengikut nafsu serakah politik.
Asalkan dapat memperlekehkan. Puaslah hati mereka.
Kesian...
Sekian..
ATADAFA
Fairul al Qasas
Jengka