SIAN YIDDIN.. BERITA SEMALAM.

 

TERKINI | Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak permohonan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta.



Ini bermakna, bekas Perdana Menteri itu kekal atas tuduhan berkenaan di Mahkamah Sesyen.


Keputusan itu dibuat panel lima hakim Mahkamah Rayuan (panel lain) dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi, bersama-sama Datuk Ruzima Ghazali, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azhahari Kamal Ramli.


Pada 15 Ogos tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Muhyiddin, 77, daripada empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk rasuah RM232.5 juta bagi Bersatu.


Bagaimanapun, pada 28 Februari lalu, panel tiga hakim di Mahkamah Rayuan, mengarahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Sesyen untuk tindakan lanjut, selepas membenarkan rayuan pendakwaan.


Pada prosiding ini, Ahli Parlimen Pagoh terbabit diwakili peguam, Datuk Hisyam Teh Poh Teik selaku pemohon sementara pendakwaan sebagai responden oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin.


Mengikut pertuduhan, Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ketika itu dan Presiden Bersatu, didakwa menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta berkaitan Projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi parti berkenaan.


Sumber: Sinar Harian


#MediaSelangor #mahkamah #projekjanawibawa



No comments: