𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍 𝐒𝐏𝐑𝐌 𝐒𝐈𝐀𝐒𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐊𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐃𝐍 Scam No One




Scam No One


Tindakan 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐭𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐀𝐰𝐚𝐦 (𝐊𝐃𝐍𝐊𝐀) 𝐁𝐮𝐤𝐢𝐭 𝐀𝐦𝐚𝐧 semasa masih memegang pada 25 Ogos 2024 adalah tidak professional.


Hanya berdasarkan lawatan peribadi Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din ke pusat GISB di Rawang, beliau terus memberi kata putus bahawa GISB tidak melanggar undang-undang.


Boleh baca kat sini:


https://ikhwanews.com/title/isu-gisbh-selagi-tiada-isu-perlanggaran-undang-undang-pihak-polis-tidak-akan-ambil-tindakan-pengarah-kdnka-bukit-aman/


Hakikatnya, semalam, 11/9/24, dari hasil siasatan pelbagai jenis salah laku GISB dilaporkan oleh 𝐓𝐚𝐧 𝐒𝐫𝐢 𝐈𝐆𝐏.


Berikut adalah kronologi kenapa Mohd Kamarudin tiba-tiba melawat markas GISB. 


------------------------


𝟏𝟔/𝟖/𝟐𝟒, SS Prof Dato' Dr. Asri melalui YouTube menceritakan mengenai Ahli Mesyuarat Fatwa Perlis diberi taklimat oleh pengkaji Majlis Agama negeri lain berkait dengan kumpulan gansterism agama.


Walaupun Dato' Dr. Asri tidak menyebut GISB, namun gambaran yang diberi cukup jelas ianya berkait dengan Al Arqam.


𝟐𝟏/𝟖/𝟐𝟒, Dalam sesi live podcast di YouTube Prof. Dato' Dr. Mohd Asri bersama Prof. Dr. Muhammad Rozaimi, Ustaz Mohd Rizal dan YM Ustaz Syed Abu Bakar membincang isu mengenai kumpulan tersebut. Antara perkara yang dibangkitkan ialah kenapa tiada tindakan undang-undang walaupun bukti cukup nyata dan terang.


𝟐𝟓/𝟖/𝟐𝟒, Tiba-tiba Mohd Kamarudin Md Din membuat lawatan peribadi ke pusat GISB di Rawang. Kami petik dari website GISB:


Ketika ditanya mengenai isu pelbagai tuduhan terhadap GISB Holdings Sdn Bhd, YH CP Dato’ Sri Mohd Kamarudin Md Din, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman, beliau mengatakan sangat mengenali GISBH, dalam kunjungannya ke Ibu Pejabat GISBH di sini hari ini.


“Pihak keselamatan berpegang kepada undang-undang. Selagi tiada isu perlanggaran undang-undang, pihak polis tidak akan ambil tindakan,” ujar beliau lagi.


Lawatan Mohd Kamarudin amatlah berbau ikan, seolah-olah memberi jawapan kepada apa yang dibincang dalam live podcast Dr. Asri.


------------------------


Ulasan PW:


Amboi, senangnya kamu jawab, hanya ditunjukkan beberapa fail sahaja terus buat kesimpulan GISB tidak melanggar undang-undang.


Amatlah tidak professional, kunjungan kamu bersifat peribadi, tapi GISB guna jawatan kamu untuk nafi apa yang diperkatakan oleh Dr. Asri dan seterusnya guna kunjungan kamu untuk GISB sucikan diri.


Untuk pengetahuan SPRM, adalah menjadi amalan rutin GISB memberi habuan kepada penjawat awam yang berjawatan tinggi.


Habuan biasanya dalam bentuk pakej percutian ataupun layanan istimewa ketika penjawat awam bercuti di luat negeri.


Amatlah pelik, dengan pantas Mohd Kamarudin sucikan GISB hanya berdasarkan lawatan peribadi.


Hakikatnya, apa yang dbongkar oleh Dr. Asri adalah kajian Majlis Agama sebuah negeri.


Tambahan pula semalam, Tan Sri IGP sendiri yang akui GISB terlibat dengan pelbagai salah laku undang-undang.


Buat masa kini kami bersangka baik, Mohd Kamarudin hanyalah mangsa ambush marketing.




No comments: