Abu Fahlah
" Saudara-saudara sekalian!Percayalah,kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO.Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana nama dia Barisan Nasional.Kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah,mengekalkan peraturan kafir,mengekalkan peraturan jahiliyah.Oleh kerana itulah kita menentang mereka.Oleh kerana itulah kita berjuang melawan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekalian! Perjuangan kita adalah jihad,ucapan kita adalah jihad,derma kita adalah jihad kerana kita berjuang dengan puak-puak ni,kalau kita mati melawan puak-puak ini,mati kita adalah syahid.Mati kita adalah ISLAM.
Kita tidak payah masuk Buddha,kita tidak payah masuk Hindu,kita tidak payah masuk Kristian tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan 'politik suku,agama suku' "
Inilah ucapan YB Tan Sri Abdul Hadi Awang pada 7 April 1981 di kampung Baggol Peradong Kuala Terengganu. Ucapan ini ditujukan kepada UMNO dan BN dan disebutkan juga bahawa jika mati menentang UMNO atau BN bermakna mati syahid. Istilah mati syahid adalah kematian dalam peperangan menentang golongan kafir. Maka secara jelas dalam ucapan ini UMNO dan BN dikategorikan sebagai kafir, dan itulah pegangan para penyokong tegar PAS sejak dari keluarnya ucapan itu. Ucapan ini juga dijadikan risalah propaganda oleh PAS di seluruh ceruk rantau negara ini. Dan inilah bermulanya pelbagai perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini. Penyokong PAS tidak mengiktiraf imam lantikan kerajaan BN hinggakan wujudnya solat Jemaah dan solat fardu Jumaat 2 imam. Haram makan sembelihan orang UMNO, tidak sah nikah oleh wali hakim UMNO dan pelbagai isu yang telah merobek ikatan ukhuwah sesama ummah.
Namun, baru-baru ini ada pimpinan PAS yang cuba menafikan isu kafir-mengkafir ini. Dengan angkuh menyatakan bahawa PAS tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi dan bersurat yang menuduh bahawa UMNO dan BN itu kafir. Isu ini juga dianggap isu lapuk dan tidak perlu dibangkit ungkit lagi. Kenyataan seumpama ini seolah-olah cuba untuk memperbodoh dan mengelirukan rakyat secara umum. Lebih 40 tahun para penyokong PAS dan sebahagian darinya telah pergi dahulu menghadap ilahi, menganggap ahli UMNO dan penyokong BN itu kafir, hatta mereka yang ada pertalian darah sekali pun tetap dianggap kafir kerana tidak menyokong PAS.
Ada juga kalangan kepimpinan PAS yang menjalankan solat hajat dan berdoa secara nyata agar “KO BN, BN KO”. Ini secara jelas mendoakan kemusnahan saudara seagama dan menyamatarafkan saudara seagama dengan zionis dan yahudi yang menjajah Palestine. Sikap ekstrimis dalam berpolitik inilah yang perlu diamati oleh generasi sekarang. Untuk pengetahuan semua, pemimpin yang mendorong ahli-ahlinya mengkafirkan saudara seagama ini masih wujud hingga sekarang dan memegang jawatan yang amat tinggi dalam PAS, iaitu Tan Sri Abd Hadi Awang, presiden PAS. Namun hingga sekarang beliau tidak memohon maaf atas perbuatannya yang keji itu, malahan menafikannya pula dengan cara yang sungguh membodohkan rakyat.
Benarlah kata sesetengah orang, makin besar serban makin banyak dosanya. Tungganglah politik untuk memperkasakan agama dan bangsa, bukannya menunggang agama untuk meraih kuasa politik dan laba dunia.
#pnbest
#pas
#walaun
#titm
#kafir