NAK BUAT MACAM MANA- LASKAR CYBER TAK TERLAWAN OLEH JENTERA KERAJAAN.



Pelbagai content atau kandungan media askar siber upahan pro pembangkang menjelang Pilihan Raya Kecil DUN Pelangai dikesan.


Kandungan terbaharu melibatkan isu kekurangan bekalan beras putih tempatan (BPT).


Beberapa akaun di media sosial terutama Facebook telah dikesan melakukan modus operadi copy and paste seperenggan ayat yang sama mengenai kononnya maklumat dalaman daripada 'CEO Yayasan Albukhary' milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mendakwa Perdana Menteri (PM) mendesak Syed Mokhtar melepaskan konsesi beras miliknya.


PM ditohmah telah memberikan konsesi itu kepada syarikat Cina. Hal itu didakwa sebagai punca masalah BPT di pasaran pada waktu ini.


Sebelum ini taktik copy and paste sedemikian telah dikesan dalam beberapa isu penting negara untuk menghentam Kerajaan Perpaduan. Cuma kali ini melibatkan isu yang sensitif iaitu bekalan makanan.


Bagaimanapun daripada siasatan yang dilakukan, tidak wujud tindakan melepaskan konsesi beras seperti yang ditohmah.


Malah Yayasan Albukhary juga tidak mempunyai jawatan CEO sebagaimana yang ditulis dalam kandungan fitnah terbabit.


Sejak Pilihan Raya Umum ke 15 lalu kenyataan fitnah sering dijadikan sebahagian daripada alat sebaran am pembangkang dan menyasarkan anak muda Melayu yang kurang membaca atau mendengar berita rasmi, dan hanya bergantung kepada maklumat di media sosial terutama FB dan Tiktok.


No comments: