Zahid TPM?
1. Jawatan
TPM tidak ada dalam Perlembagaan. Sama macam Menteri Kanan (zaman Mahiddin dan
Ismail Sabri). Jawatan ini hanyalah sekadar simbolik.
2. Sebab itu
TPM wajib diberi satu portfolio untuk menjadikan beliau ahli jemaah menteri.
Sebab itu Zahid diberi jawatan Menteri Desa. Sama macam Kak Wan (zaman
Mahathir) diberi jawatan Menteri Wanita.
3. Lantikan
Zahid tidak mengejutkan saya kerana this is an open secret.
4. Zahid
wajib diberi jawatan (walaupun berhadapan dengan kes) kerana untuk kukuhkan
kerajaan campuran.
5. Jika
Zahid tidak ada jawatan. Zahid akan lost control terhadap Umno. Kerana ramai MP
dalam Umno masih bertaat setia dengan PPBM.
6. Tindakan
melantik Zahid ini sememangnya satu langkah tidak popular, di bawah Zahid
dilihat sebagai “penyamun”.
7. Kegagalan
Umno di dalam kerajaan PN adalah kerana Presiden parti tidak ada jawatan. Hanya
ahli2 MKT dan MP2 yang pro Mahiaddin diberi jawatan. Ini menimbulkan
ketidakstabilan dalam Umno.
8. Harus di
ingat. Kekuatan politik Melayu itu terasnya Umno. Jika Umno lemah maka politik
Melayu lemah.
9. Pas tidak
mampu menggantikan Umno. Begitu juga PPBM. Jika Pas benar2 kuat kenapa mereka
tanding logo Perikatan Nasional? PPBM pun tak mampu pakai logo sendiri dan
hanya harap kekuatan Pas.
10. Dunia
politik adalah dunia sepak terajang. Politik itu sifatnya lebih tajam dari mata
pedang, dan lebih halus dari titian sirat.
11. Jadi
harus difahami bahawa dalam politik beberapa kompromi harus dibuat, dunia
politik tidak akan ada satu keputusan yang boleh memuaskan hati semua pihak dan
peringkat.
12. Secara
peribadi saya tak setuju dengan pelantikan Zahid. Tapi dalam konsep maslahah
dan mafsadah, lebih baik Zahid daripada Hishamuddin (contoh).
13. Sama
macam nak pilih Najib vs Mahathir. Kerana maslahah dan mafsadah itu penyokong
boleh terima Mahathir. Walaunpun Mahathir mengkhianati kepercayaan yang
diberikan rakyat kepadanya.
13. Kalau Mahathir yang digelar oleh fanatik PH sebabgai mahazalim dan mahafiraun, bapa pelingkup negara itu boleh diampunkan dan diangkat, kenapa tidak