SEBAIKNYA PH HARUS TERUS KONSISTEN DENGAN 3 PARTI. KENAPA PERLU PARTI LAIN YANG BELUM TENTU MAHUKAN PERSETUJUAN DSAI MENJADI PM


 

Khemah Besar: PH, AMANAH perlu waspada dengan Pejuang berbanding Muda, Warisan

Pakatan Harapan dan AMANAH perlu waspada dengan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berbanding Pari Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Warisan dalam usaha membentuk pendekatan Khemah Besar bagi menghadapi PRU15 nanti.

Setiausaha Pemuda AMANAH Terengganu, Muammar Qaddafi Mohd Nasir berkata, sebahagian besar pimpinan Pejuang terutama diperingkat bahagian dan negeri adalah dalam kalangan mereka yang tersungkur dalam pemilihan Bersatu sebelum ini, jadi mereka mengambil jalan keluar parti menyertai Pejuang yang menjadi ‘ketua’ dalam sebuah parti baharu.

“Tiada atau amat jarang dalam kalangan mereka adalah mereka yang menang pemilihan, kemudian letak jawatan menyertai Pejuang.

“Walaupun secara peribadi mendokong usaha Khemah Besar, tetapi PEJUANG adalah parti yang perlu diwaspadai lebih berbanding MUDA dan WARISAN,” katanya dalam hantaran di Facebook.Oleh itu katanya, sejarah mereka adalah sama dan mereka boleh berpaling tadah pada bila bila masa sahaja.

Sehubungan dengan itu, tegasnya AMANAH dan Pakatan Harapan tidak boleh sewenang-wenangnya akur dengan tuntutan untuk Pejuang bertanding di kerusi dimenangi wakil mereka (atas tiket KEADILAN) atas faktor kewaspadaan ini.

“Rundingan perlu dilakukan, di mana kawasan yang Pejuang benar-benar berpotensi, dan antaranya Langkawi, Jerlun, Kubang Pasu boleh diserahkan namun kawasan seperti Titiwangsa, Tambun dan lagi lapan perlu dikembalikan di meja rundingan,” ujarnya.

Justeru katanya, kekalahan secara total berbanding MUDA, parti yang lebih muda, dan tidak pun hilang deposit di Johor, tidak memberi kelebihan kepada Pejuang untuk meletak terlalu banyak syarat dan terlalu banyak tuntutan.

Idea Khemah Besar katanya adalah antara jalan untuk mengelakkan pertembungan lebih dari 2 kerusi menentang Umno, yang lebih jahat sifat dan kedudukannya.

Terdahulu, Pejuang mengesahkan parti itu tidak akan bergerak secara solo menghadapi pilihan raya umum Ke-15 (PRU15) yang akan datang.

Presidennya, Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan secara tidak rasmi dengan beberapa parti sama ada parti dalam kerajaan, pembangkang dan parti-parti yang berkecuali.