HULU TERENGGANU: Pemandangan udara menunjukkan kesan gelinciran
tanah yang menyebabkan tanah runtuh berhampiran Stesen Janaelektrik Sultan
Mahmud (SJSM) di Kenyir ketika tinjauan fotoBernama pada Ahad lepas di Empangan
Jenagor.
Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu Roslan Rani berkata tiada
sebarang aktiviti pembalakan secara haram di sekitar Tasik Kenyir sehingga
membawa impak kemusnahan yang sangat besar semasa banjir melanda di Hulu
Terengganu.
Beliau turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak termasuk netizen
yang berkongsi maklumat tidak benar itu di media sosial.
Semasa tanah
runtuh itu juga berlakunya fenomena 'kepala air' yang turut menyebabkan banyak
pokok-pokok berhampiran, sampah sarap yang lama, juga sisa kayu dahan dan
ranting yang mati dihanyutkan ke dalam sungai, menyebabkan seolah-olah
berlakunya 'banjir puing' kerana ada video yang tular di media sosial yang
memaparkan ratusan kayu hanyut didakwa sebagai balak oleh orang ramai.