ADA DAKWAAN NEGERI YANG MENJUARAI ANTI VAKSIN IALAH KEDAH KELANTAN TERENGGANU DAN SABAH....OOOO..PATUT TAK MAJU....ELOK PUN TANGKAP RENDAM LAM KOLAM DULU...KAH...

 



ADA CERITA DI NEGERI MB SELUT DI UTARA. PIHAK PKD TELAH MENYEDIAKAN TEMPAT DISEBUAH DEWAN BAGI GOLONGAN YANG SEPATUTNYA MENERIMA VAKSIN. NAMUN SAMBUTANNYA AMAT MENGHAMPAKAN. AKHIRNYA ADA GOLONGAN MUDA YANG DATANG DAN MENYUNTIK VAKSIN. DEMIKIANLAH KISAH BENAR YANG AMAT MENGHARUKAN BAGI SEBUAH NEGERI YANG DITADBIR OLEH SEBUAH PARTI POLITIK...BEGITU JUGA DI KELANTAN DAN TERENGGANU.


Mufti setuju wajibkan vaksinasi, gesa agamawan henti beri pandangan berbeza




Mufti Kelantan, Mohamad Shukri Mohamad berkata, dalam keadaan darurat kerajaan berhak menggunakan kuasa yang ada untuk mengambil tindakan yang difikirkan wajar untuk rakyat. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Mufti bersetuju langkah kerajaan mewajibkan vaksinasi jika bilangan pendaftaran tidak mencapai sasaran imuniti kelompok, termasuk mengambil tindakan kepada kumpulan antivaksin.

Mufti Kelantan, Mohamad Shukri Mohamad berkata, dalam keadaan darurat akibat penularan wabak Covid-19 kerajaan berhak menggunakan kuasa yang ada untuk mengambil tindakan yang difikirkan wajar untuk kemaslahatan rakyat.

“Kalau dalam Islam sendiri, kerajaan ada bidang kuasa memutuskan apa saja demi kemaslahatan awam dan rakyat. Kalau sebelum ini sudah diberi ruang untuk tampil secara sukarela namun sasaran tidak dicapai, wajar untuk kerajaan mewajibkannya.

“Kerajaan juga boleh mengunakan kuasa mereka untuk menghukum. Seperti sekarang, jika mana-mana individu melanggar SOP, mereka akan dikompaun,” katanya kepada FMT.

Shukri berkata, ketika menghadiri mesyuarat mufti seluruh negara bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, beliau mencadangkan pengambilan vaksin Covid-19 diwajibkan kepada semua melainkan kes tertentu yang tidak membolehkan mereka di beri vaksin atas nasihat pakar.

Golongan cerdik pandai henti bagi nasihat salah tolak vaksin

Bagi memastikan seramai mungkin rakyat diberi vaksin, Shukri turut menasihatkan golongan cerdik pandai dalam bidang agama supaya berhenti memberi pandangan yang mengelirukan sehingga masyarakat menolak untuk divaksin.

“Berbeza pendapat dibenarkan dalam Islam, tetapi dalam keadaan darurat, kerajaan sudah memutuskan maka semua perlu patuh.

“Kepada masyarakat, sila beri kerjasama dan sahut seruan kerajaan. Ambil vaksin kerana ia melibatkan kepentingan bersama. Tengoklah sekarang, aktiviti agama pun tidak dibenarkan kerana Covid-19.

“Ekonomi terjejas, sekolah, universiti, terpaksa ditutup, pengajian ditangguh, ini semua harus difikir semasaknya oleh mereka yang nak pertikai pengambilan vaksin. Britain sekarang sudah kembali seperti sedia kala kerana semua mengambil vaksin,” katanya.

Katanya, isu pengambilan vaksin ini bukan sahaja dipersetujui mufti Malaysia, sebaliknya dipersetujui ulama di seluruh dunia yang sependapat bahawa pengambilan vaksin Covid-19 adalah penting dan harus bagi mencegah wabak itu.

“Saya amat kagum dan terharu bila mufti di seluruh dunia membuat keputusan yang sama, walaupun berbeza fahaman dan mazhab,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menggesa Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) mengkaji kemungkinan mewajibkan vaksinasi jika bilangan pendaftaran tidak mencapai sasaran imuniti kelompok ditetapkan.

Muhyiddin berkata, kerajaan juga sedang meneliti untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap kumpulan anti vaksin.

No comments: