ULASAN
|
Azmin sang pemikat yang handal. |
AZMIN Ali telah melontarkan idea politik diplomasinya kepada
Umno dengan mengajak parti itu duduk berbincang bagi memperkuatkan kerajaan PN.
Sambil melupai soal 13 kerusi parlimen yang dibawa lari Azmin berkata tumpuan
perlu kepada kesemua 222 kerusi. Azmin memang seorang yang licit dan lincah
dalam mencari kesempatan politik untuk menyelamatkan dirinya.
Beliau berkata Umno tidak
sepatutnya mempertikaikan 13 kerusi yang dibawa oleh MP Umno kepada Bersatu
sebaliknya perlu melihat kepada agenda lebih besar menyelamatkan kerajan.
"Janganlah pertikaikan 13 kerusi sampai melupai 222 kerusi," demikian
kata Azmin.
Amaran bernada psikoligi
olehnya dengan berkata "apakah dengan 13 kerusi ini kita mahu musnahkan
222 kerusi lagi?" Tanya Azmin.
13 kerusi yang dimaksudkan itu ialah ialah Tasek Gelugor
(Shabudin Yahaya), Bagan Serai (Dr Noor Azmi Ghazali), Larut (Hamzah
Zainuddin), Bukit Gantang (Syed Abu Hussin Hafiz), Sabak Bernam (Mohd Fasiah
Mohd Fakeh), Masjid Tanah (Mas Ermieyati Samsudin), Mersing (Abdul Latiff Ahmad),
Jeli (Mustapa Mohamed), Tanah Merah (Ikmal Hisham Abdul Aziz), Hulu Terengganu
(Rosol Wahid), Beaufort (Azizah Mohd Dun), Beluran (Ronald Kiandee), Kudat (Abd
Rahim Bakri), Libaran (Zakaria Mohd Edris), dan Sipitang (Yamani Hafez Musa).
Bagi mereka yang tidak arif dengan politik Azmin, panggilan dan rayuan Azmin
itu dirasakan lunak dan menyerlahkan kejujuran bekas timbalan presiden Keadilan
itu dalam berpolitik. Tetapi mereka yang sudah kenal apa lagi sudah terkena
dengan jerat bingkasnya, mencuriagi diplomasi beliau itu bahkan dilihat sebagai
perangkap.
Kekuatan PN untuk
menghadapi pilihan raya kelak, terletak ditangan Azmin selaku Ketua Penerangan
Bersatu. Azmin adalah arkitek dan engineer nya. Manakala yang
menjadi kata kunci apakah PN boleh mengekalkan kerusinya. Kemungkinan itu
ditentukan sejauh manakah kerjsama Bersatu, Pas dan Umno kekal. Kalau tidak,
kerajaan PN akan jadi mendiang.
Setakat ini Umno bekeras
tidak akan bersama Bersatu. Umno sudah menolak kerjasama politik dengan Bersatu
atau (MN) sehingga parlimen dibubar. Selepas sahaja parlimen dibubar kerjasama
itu tidak akan terbentuk lagi. Kenyataan dan penegasan dikeluarkan oleh
Setiausaha Agungnya Ahmad Mazlan, yang memaklumkan keputusan Umno
masih kekal, menolak kerjasama dengan Bersatu.
Cita-cita jadi Perdana
Menteri.
Untuk menyatukan itulah
tugas dan tanggungjawab besar Azmin. Kejayaan menyelamatkan keadaan turut
menjamin kedudukannya selamat dan menetukan apakah cita-cita besarnya untuk
jadi PM akan berjaya atau tidak.
Untuk rekod, Azmin sudah
mencapai beberapa kejayaan di luar jangka umum. Perjalanan politiknya licin dan
mencapai kejayaan cemerlang walaupun atas langkahan mayat orang lain. Dia
berjaya mengepong Anwar dan mengehelkan Ezam Muhammad Noor daripada Anwar
sehingga dapat menjadi timbalan presiden Keadilan. Dia berjaya dalam percaturan
dan politik selingkuhkan menjadi MB Selangor dua penggal.
Kejayaan terbaru beliau
melakukan pengkhianatan dengan merampas kerajaan PN dan dia menjadi anggota
kabinet selaku menteri "kanan kiri" dalam jemaah menteri kerajaan PN.
Azmin tidak pernah gagal
dalam politik. Tidak pernah terseksa dan rugi. Itulah kebijaksanaannya dalam
politik. Saat orang lain bergelumang dalam penjara, berpergi balik ke mahkamah,
beliau hanya diam dalam bilik dingin memerhati dari jendela kaca tertutup
sambil mencatur.
Justeru pelawaan dan rayuan baru kepada Umno itu adalah tugas
dan cabaran buatnya. Umno kena berhati-hati disebalik logikal kata-kata dan
pandangan Azmin itu. Ingat Azmin seorang pakar dalam matemetik dan sangat mampu
menguruskan nombor dengan mahir. Kebolehan dan kepakarannya yang satu inilah
yang ramai dialpakan oleh orang ramai yang akhirnya menjadi mangsanya.
Di sini selain mengenali
cula dan wajah politik seorang Azmin, Umno kena fikir semak-masaknya dimana dan
apakah bentuk jerat Azmin. Ajakan itu adalah umpan semata-mata yang bersifat
untung seguni rugi sekarung buat Umno
Memanglah 13 kerusi itu
bukan perkara pokok yang tidak boleh diuruskan. Tetapi apakah natijah daripada
penyesaianya itu kelak. Jika ia dituntaskan maka kerjasama berlaku dan Umno
akan bersama PN. Dalam pilihan raya nanti gerenti PN akan menang, tetapi berapa
kerusi untuk Umno?
Perkara yang Umno tidak
boleh lupakan nawaitu asal Bersatu itu adalah untuk membunuhnya. Bersatu sang
ular lidi yang mahu menjadi naga. Umno kena waspada dan tidak mudah termakan
dengan ajakan penuh tektikal oleh Azmin itu.
Benar Umno tidak boleh
memimpikan akan dapat menjadi peneraju kerajaan selepas Piraum ke-15. Tugas dan
peranan Umno kini hanya untuk survive parti itu sahaja. Umno
harus selamatkan diri dahulu barulah bergerak untuk kembali berkuasa semua.
Umno kena perkukuhkan parti itu baik dari segi fizikal dan spiritual. Ia
memerlukan sekurang-kurang 20 tahun untuk kembali menerajui kerajaan.
Manakala untuk
menyelamatkan diri, Umno perlu memilih regu dan patner yang
boleh dipercayai. Berkawan dan menjalinkan kerjasama dengan orang yang belum
ada rekod khianatan kepadanya. Di sini tidak ada pilihan paling baik buat Umno
melainkan bergabung dengan Keadilan atau Anwar Ibrahim.
Mungkin untuk disebut PH
agak alergik kerana PH ada sama DAP parti yang dilihat anti oleh Umno. Walhal
perubahan dan putaran politik hari ini, persepsi lapok kepada parti chauvenis
itu sepatutnya tidak timbul lagi.
Mungkin setengah orang
Umno mengira ia mustahil untuk bekerjasama dengan Keadilan atau Anwar. Masih
ada orang Umno yang tidak dapat menerima Anwar Ibrahim yang
dilihat sebagai memberi masalah kepada parti itu dan juga dengan masalah
peribadi yang dihadapinya. Sebenarnya rasa itu - perasaan mereka yang tidak
cuba membebaskan diri keluar dari orbit politik sebenarnya.
Orang Umno perlu waras
dalam menilai dan mengenali siapa oknum sebenarnya yang merosak dan damage Umno,
bukan berpegang di atas sesuatu yang dipancang oleh mereka yang cemburu dan
bencikan Anwar.
Umno mempunyai alasan
baik untuk bersama Keadilan atau Anwar. Setidak-tidaknya Anwar tidak pernah
mengkhianati Umno secara langsung atau secara sengaja. Anwar tidak kelur
daripada Umno tetapi ia dibuang diera OT95. Ini hakikatnya yang seakan
dilupakan. Begitu juga masalah peribadi dihadapi Anwar, adalah masalah peribadi
yang tidak perlu diheret ke dalam perdebatan politik untuk menyoal apakah perlu
atau tidak bersama Anwar. Dalam era politik hilang maruah wajarkan itu dipersoalkan?
Anwar tidak pernah
mengecam kewujudan Umno yang juga merupakan parti kedua-dua orang tuannya. Yang
beliau kecam dan tidak bersetuju kepada beberapa individu dalam Umno yang
menyimpang daripada perjuangan Umno. Yang menggunakan Umno sebagai alat menggembungkan
diri.
Peluang ini sepatutnya
diguna sebaik mungkin oleh Umno. Peluang seperti ini tidak akan datang berulang
kali. Politik selain daripada perlu cermat dan tangkas, ia juga perlu bijak
mengambil kesempatan.
Diualng ingat lagi, Umno
jangan muda terkesan dan empati dengan rayuan dan ajakan Azmin. Bacalah sejarah
politik Azmin yang disenaraikan tadi. Azmin seorang pemikat yang cukup pandai
kadang-kadang dia boleh menjerat mangsa hanya dengan kata-kata tanpa umpan yang
nyata. [wm.kl.12:10 pm 15/03/2021]