Umno kena waspada dengan politik diplomasi Azmin

 






ULASAN


Azmin sang pemikat yang handal.

AZMIN Ali telah melontarkan idea politik diplomasinya kepada Umno dengan mengajak parti itu duduk berbincang bagi memperkuatkan kerajaan PN. Sambil melupai soal 13 kerusi parlimen yang dibawa lari Azmin berkata tumpuan perlu kepada kesemua 222 kerusi. Azmin memang seorang yang licit dan lincah dalam mencari kesempatan politik untuk menyelamatkan dirinya. 

Beliau berkata Umno tidak sepatutnya mempertikaikan 13 kerusi yang dibawa oleh MP Umno kepada Bersatu sebaliknya perlu melihat kepada agenda lebih besar menyelamatkan kerajan. "Janganlah pertikaikan 13 kerusi sampai melupai 222 kerusi," demikian kata Azmin. 

Amaran bernada psikoligi olehnya dengan berkata "apakah dengan 13 kerusi ini kita mahu musnahkan 222 kerusi lagi?" Tanya Azmin.

13 kerusi yang dimaksudkan itu ialah ialah Tasek Gelugor (Shabudin Yahaya), Bagan Serai (Dr Noor Azmi Ghazali), Larut (Hamzah Zainuddin), Bukit Gantang (Syed Abu Hussin Hafiz), Sabak Bernam (Mohd Fasiah Mohd Fakeh), Masjid Tanah (Mas Ermieyati Samsudin), Mersing (Abdul Latiff Ahmad), Jeli (Mustapa Mohamed), Tanah Merah (Ikmal Hisham Abdul Aziz), Hulu Terengganu (Rosol Wahid), Beaufort (Azizah Mohd Dun), Beluran (Ronald Kiandee), Kudat (Abd Rahim Bakri), Libaran (Zakaria Mohd Edris), dan Sipitang (Yamani Hafez Musa).


Bagi mereka yang tidak arif dengan politik Azmin, panggilan dan rayuan Azmin itu dirasakan lunak dan menyerlahkan kejujuran bekas timbalan presiden Keadilan itu dalam berpolitik. Tetapi mereka yang sudah kenal apa lagi sudah terkena dengan jerat bingkasnya, mencuriagi diplomasi beliau itu bahkan dilihat sebagai perangkap.

Kekuatan PN untuk menghadapi pilihan raya kelak, terletak ditangan Azmin selaku Ketua Penerangan Bersatu. Azmin adalah arkitek dan engineer nya. Manakala yang menjadi kata kunci apakah PN boleh mengekalkan kerusinya. Kemungkinan itu ditentukan sejauh manakah kerjsama Bersatu, Pas dan Umno kekal. Kalau tidak, kerajaan PN akan jadi mendiang. 

Setakat ini Umno bekeras tidak akan bersama Bersatu. Umno sudah menolak kerjasama politik dengan Bersatu atau (MN) sehingga parlimen dibubar. Selepas sahaja parlimen dibubar kerjasama itu tidak akan terbentuk lagi. Kenyataan dan penegasan dikeluarkan oleh Setiausaha Agungnya Ahmad Mazlan, yang memaklumkan keputusan Umno masih kekal, menolak kerjasama dengan Bersatu.

Cita-cita jadi Perdana Menteri.

Untuk menyatukan itulah tugas dan tanggungjawab besar Azmin. Kejayaan menyelamatkan keadaan turut menjamin kedudukannya selamat dan menetukan apakah cita-cita besarnya untuk jadi PM akan berjaya atau tidak.

Untuk rekod, Azmin sudah mencapai beberapa kejayaan di luar jangka umum. Perjalanan politiknya licin dan mencapai kejayaan cemerlang walaupun atas langkahan mayat orang lain. Dia berjaya mengepong Anwar dan mengehelkan Ezam Muhammad Noor daripada Anwar sehingga dapat menjadi timbalan presiden Keadilan. Dia berjaya dalam percaturan dan politik selingkuhkan menjadi MB Selangor dua penggal. 

Kejayaan terbaru beliau melakukan pengkhianatan dengan merampas kerajaan PN dan dia menjadi anggota kabinet selaku menteri "kanan kiri" dalam jemaah menteri kerajaan PN.

Azmin tidak pernah gagal dalam politik. Tidak pernah terseksa dan rugi. Itulah kebijaksanaannya dalam politik. Saat orang lain bergelumang dalam penjara, berpergi balik ke mahkamah, beliau hanya diam dalam bilik dingin memerhati dari jendela kaca tertutup sambil mencatur.

Justeru pelawaan dan rayuan baru kepada Umno itu adalah tugas dan cabaran buatnya. Umno kena berhati-hati disebalik logikal kata-kata dan pandangan Azmin itu. Ingat Azmin seorang pakar dalam matemetik dan sangat mampu menguruskan nombor dengan mahir. Kebolehan dan kepakarannya yang satu inilah yang ramai dialpakan oleh orang ramai yang akhirnya menjadi mangsanya.

Di sini selain mengenali cula dan wajah politik seorang Azmin, Umno kena fikir semak-masaknya dimana dan apakah bentuk jerat Azmin. Ajakan itu adalah umpan semata-mata yang bersifat untung seguni rugi sekarung buat Umno

Memanglah 13 kerusi itu bukan perkara pokok yang tidak boleh diuruskan. Tetapi apakah natijah daripada penyesaianya itu kelak. Jika ia dituntaskan maka kerjasama berlaku dan Umno akan bersama PN. Dalam pilihan raya nanti gerenti PN akan menang, tetapi berapa kerusi untuk Umno?

Perkara yang Umno tidak boleh lupakan nawaitu asal Bersatu itu adalah untuk membunuhnya. Bersatu sang ular lidi yang mahu menjadi naga. Umno kena waspada dan tidak mudah termakan dengan ajakan penuh tektikal oleh Azmin itu.

Benar Umno tidak boleh memimpikan akan dapat menjadi peneraju kerajaan selepas Piraum ke-15. Tugas dan peranan Umno kini hanya untuk survive parti itu sahaja. Umno harus selamatkan diri dahulu barulah bergerak untuk kembali berkuasa semua. Umno kena perkukuhkan parti itu baik dari segi fizikal dan spiritual. Ia memerlukan sekurang-kurang 20 tahun untuk kembali menerajui kerajaan. 

Manakala untuk menyelamatkan diri, Umno perlu memilih regu dan patner yang boleh dipercayai. Berkawan dan menjalinkan kerjasama dengan orang yang belum ada rekod khianatan kepadanya. Di sini tidak ada pilihan paling baik buat Umno melainkan bergabung dengan Keadilan atau Anwar Ibrahim. 

Mungkin untuk disebut PH agak alergik kerana PH ada sama DAP parti yang dilihat anti oleh Umno. Walhal perubahan dan putaran politik hari ini, persepsi lapok kepada parti chauvenis itu sepatutnya tidak timbul lagi. 

Mungkin setengah orang Umno mengira ia mustahil untuk bekerjasama dengan Keadilan atau Anwar. Masih ada orang Umno yang tidak dapat menerima Anwar Ibrahim yang dilihat sebagai memberi masalah kepada parti itu dan juga dengan masalah peribadi yang dihadapinya. Sebenarnya rasa itu - perasaan mereka yang tidak cuba membebaskan diri keluar dari orbit politik sebenarnya.

Orang Umno perlu waras dalam menilai dan mengenali siapa oknum sebenarnya yang merosak dan damage Umno, bukan berpegang di atas sesuatu yang dipancang oleh mereka yang cemburu dan bencikan Anwar. 

Umno mempunyai alasan baik untuk bersama Keadilan atau Anwar. Setidak-tidaknya Anwar tidak pernah mengkhianati Umno secara langsung atau secara sengaja. Anwar tidak kelur daripada Umno tetapi ia dibuang diera OT95. Ini hakikatnya yang seakan dilupakan. Begitu juga masalah peribadi dihadapi Anwar, adalah masalah peribadi yang tidak perlu diheret ke dalam perdebatan politik untuk menyoal apakah perlu atau tidak bersama Anwar. Dalam era politik hilang maruah wajarkan itu dipersoalkan?

Anwar tidak pernah mengecam kewujudan Umno yang juga merupakan parti kedua-dua orang tuannya. Yang beliau kecam dan tidak bersetuju kepada beberapa individu dalam Umno yang menyimpang daripada perjuangan Umno. Yang menggunakan Umno sebagai alat menggembungkan diri.

Peluang ini sepatutnya diguna sebaik mungkin oleh Umno. Peluang seperti ini tidak akan datang berulang kali. Politik selain daripada perlu cermat dan tangkas, ia juga perlu bijak mengambil kesempatan. 

Diualng ingat lagi, Umno jangan muda terkesan dan empati dengan rayuan dan ajakan Azmin. Bacalah sejarah politik Azmin yang disenaraikan tadi. Azmin seorang pemikat yang cukup pandai kadang-kadang dia boleh menjerat mangsa hanya dengan kata-kata tanpa umpan yang nyata. [wm.kl.12:10 pm 15/03/2021]