Mohd Muklis Mohd Syarif
Dalam melayan banyak-banyak komen saya ada terbaca yang ada
sorang hamba Allah tulis supaya PKR bertanding 222 kerusi kalau PRU15 nanti
pasti boleh menang. Mungkin dia rasa yang sebab ahli PKR sudah capai satu juta
dia rasa PKR kuat bila bersendirian.
Inilah dia ujub dan takbur yang Allah benci. Tahu tak dulu PRU14
ada parti yang claim ada ahli satu juta juga; sembang kuat bila bersendirian
last sekali hanya menang di pantai timur, itupun sebab walaun import yang duk
bersenang lenang negeri PH. Balik kampung undi untuk air karat dan kereta
Mercedis ularmak. 1 juta ahli tak boleh menang-mana mana kerusi parlimen,
paling kuat average dia 4,504 pengundi satu kerusi parlimen. Dengan 4.5K, agak
mustahil hendak menang mana-mana kerusi parlimen.
Tapi yang penting sentimen rakyat itu macam mana. Tadi Muhyidin
kata dia akan bubar Parlimen lepas Covid reda, most likely lepas vaksin di
edarkan untuk general consumption. Senator Khalas cetak duit pula kata dia
yakin PN akan menang 2/3; maybe general assumption dia yang UMNO akan
bekerjasama dengan PN untuk berbahagi kerusi. Zahid Hamidi pun baru lepas jumpa
dengan Muhyidin untuk bincang kerjasama jadi ada kemungkinan yang UMNO akan
setuju jadi balaci Bersatu berbahagi kerusi.
Ini hypothesis worst case scenario kalau UMNO berkerjasama
dengan Bersatu dalam perikatan nasional.
Saya rasa akan ada undi protes dari akar umbi UMNO; sebab untuk
jadi kerajaan Bersatu kena bertanding 1/3 dari kerusi parlimen, jadi segment
pengundi mereka yang sama; luar bandar dan semi urban terpaksa di kongsi
bersama-sama oleh UMNO, Bersatu dan PAS. Kalau tak ada undi protes, PH akan
kalah teruk dan hanya mampu menang di kawasan bandar; demographi dia akan jadi
macam PRU13. Jadi kita kena ingat juga yang UMNO nanti akan terpaksa undi Jemin
di Gombak dan di sini PH masih ada peluang untuk menang kecuali Jemin lari
kerusi selamat.
Bila UMNO setuju berkerjasama pasti akan ada backdoor deal;
contoh kes Musa Aman. Jadi ini akan memburukan sentimen rakyat terhadap PN. Itu
belum masuk part kalau parlimen bubar tapi covid belum reda, macam contoh
vaksin tak dapat cover 100% sintom mutasi; rakyat sudah trauma PRN Sabah pasti
akan ada undi protes. Itu pun kalau kesan ekonomi belum lagi rasa sepenuhnya,
sekarang baru 800K orang hilang kerja; sebab itu Muhyidin terdesak hendak buat
PRU secepat mungkin. Lagi lambat, lagi pecah temberang dia hanya kaki sembang
perutusan depan TV.
Dan bila UMNO, Bersatu dan PAS satu kapal, mereka tak akan ada
modal politik pun nak sembang sebab kalau cerita RUU355 lebai terasa, cerita
1MDB Najib terasa, cerita ekonomi teruk AbahMoo terasa. Nak buat modal DAP pun
tak jalan juga sebab dengan kerusi MCA yang 2 itu sahaja peruntukan sekolah
vernakluar bertambah, bantuan sekolah agama berkurang; jadi Isle memang
terancam di bawah PN sebenarnya
Tapi ini kalau PH masih lagi solid 3 parti. Kalau semua dah bawa
diri masing-masing, kirim salam sajelah. Baik tak payah masuk bertanding
pilihanraya kalau takat nak kalah. Tu belum masuk bab ketiadaan crowd puller
macam Rafizi.
So moral of the story; bersekutu itu lebih banyak manafaat dari
bercerai. Abaikan geng-geng pemecah-belah PH macam bekas pegawai yang makan
dedak dengan menteri zaman PH dulu; depa ini yang meroyan lebih. Maybe bila
jadi pegawai first time rasa gaji T20 tu kesal tak sangga. Dan yang akan undi
nantipun rakyat yang masih percaya dengan perubahan dan reform dapat dilakukan
melalui peti undi; time ini pengadil kalih tiang golpun tak boleh kata apa dah;
kalau Allah izinkan.
Dah ingat, siapa yang bersama dengan lebai pasti akan kalah; ini
adalah fakta.