Percaturan politik sengit selepas pengumuman Anwar
Via WhatsApp
Saya cerita apa yang saya tahu. DSAI tak kata GPS ke parti mana yang sokong. DSAI kata cukup majoriti yang lebih kuat berbanding Abah Din.
Semua pakat melompat. Kata kunci ada pada Zahid. Zahid kata apa? Zahid kata dia tak boleh nak sekat majoriti MP UMNO sokong DSAI.
Apa yang rakyat boleh tafsirkan empat keadaan.
Pertama, Zahid sedang beri mesej (mungkin ada tuntutan) dengan Abah Din.
Kedua, UMNO tidak mahu bersama dengan Bersatu dan PAS yang boleh gugatkan kedudukan mereka PRU-15. Terutama yang berlaku di Sabah.
Ketiga, kepimpinan Zahid sangat lemah tidak mampu mengawal ahli Parlimen dan kita tahu ada yang kecewa dengan Zahid.
Keempat, rancangan nak checkmate Abah Din supaya bubar Parlimen, dan putuskan hubungan dengan Bersatu. Fokus MN.
Jadi tidak timbul isu DSAI bohong dan omong kosong. Pendek kata depa yang nak tukar kerajaan. DSAI hanya menyambut. Peluang terhidang. Mengikut perkiraan saya, majoriti lebih dari 16 kerusi, sekiranya jadi. Saya jangkakan depa akan tarik balik sokongan bila mana Abah Din penuhi permintaan mereka.
Ada yang kata kau okey ke sokong PH + UMNO? Hat ni saya serahkan pucuk kepimpinan PH. Pendapat peribadi, bukan semua UMNO teruk ada je yg elok, kalau Mudin boleh bentuk kerajaan (simpan) Jibby yang dah didapati bersalah. Apa salahnya kita sambut yang elok dalam UMNO.
PAS pun boleh bentuk kerajaan dengan penyangak. Saya ok dengan MP UMNO yang mahu mengangkat agenda reformasi. Yang penting DSAI lead. Kena tengak dulu siapa yang sokong. Saya yakin DSAI akan tapis. Tun pun dulu kata, saya ok dengan UMNO. Tapi bukan dengan Najib. Misi Tun jatuhkan Najib. Tapi Muhyiddin salah percaturan.
Habis tu apa beza kita dan mereka. Beza kita dan mereka, depa sapu semua sampah (penyamun dan perasuah). Saya rasa mustahil DSAI tangkap muat. Kita kenal DSAI berprinsip dan cukup pantang dengan penyamun dan perasuah.
Jadi ke tak itu sudah ketentuan. Manfaatkan peluang. Berita ini adalah satu tekanan yang cukup hebat kepada mereka yang pernah khianat PH. Selebihnya kepada Allah kita berserah.