TREND KELUAR PARTI MENJADIKAN BERSATU SEMAKIN MENGECIL.KINI MENJADI MANGSA BULI UMNO


Sebaik saja Tun Mahathir Mohamad mengumumkan akan menubuhkan sebuah parti baru petang semalam, ternampak sudah ramai mula membuat keputusan meninggalkan Bersatu.
Antaranya termasuk beberapa Ahli MPT Pusat seperti A Kadir Jasin dan Tariq Ismail, pimpinan di peringkat bahagian dan mereka yang merupakan pejuang-pejuang asal Bersatu.
Di Selangor, Adun Jeram, Mohd Shaid Rosli bersama ahli-ahli jawatankuasa dan ketua-ketua cawangan Bersatu Kuala Selangor juga mengumumkan keluar Bersatu.
Mereka bertindak meninggalkan Bersatu kerana ingin bersama-sama berjuang dalam parti yang bakal ditubuhkan Tun Mahathir tidak lama lagi.
Majoritinya memberi alasan meninggalkan Bersatu kerana berasakan parti itu sudah tergelincir daripada landasan perjuangan yang sebenar sejak ia bergabung semula dengan UMNO yang telah ditolak rakyat untuk membentuk kerajaan PN.
Lebih mengecewakan mereka ialah kerana Tun Mahathir yang merupakan antara pengasas dan tunjang kekuatan Bersatu turut dipecat oleh Muhyiddin Yassin atas kepentingan untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.
Berdasarkan trend keluar parti yang mula melanda Bersatu sekarang ini, ia dipercayai akan terus berlaku dengan lebih ramai lagi dipercayai akan berbuat demikian selepas ini.
Lebih-lebih lagi, setelah parti itu wujud nanti dan Tun Mahathir pula mula menjelajah ke seluruh negara memperkenalkan parti tersebut, adalah diyakini lebih ramai akan meninggalkan Bersatu.
Bersatu dan parti yang bakal ditubuhkan oleh Tun Mahathir boleh dikira sebagai kembar siam dari segi kedudukan serta perjuangn dan oleh kerana Bersatu sudah dilihat terpesong perjuangannya, tentulah pilihannya beralih kepada parti baru tersebut.
Selain itu, mereka yang kalah dalam pemilihan Bersatu di peringkat MPT tidak lama lagi akan berpotensi untuk keluar daripada parti itu.
Mereka yang kalah itu tidak akan kekal dalam Bersatu, selain kerana kecewa, mereka juga sedar parti itu mungkin tiada masa depan lagi selepas PRU15 akan datang.
Pihak yang menang dalam pertandingan pun terus bertahan dalam Bersatu hanya semata-mata kerana kedudukan, jawatan dan ada sedikit sebanyal habuan yang masih boleh diperolehi.
Melihat kerakusan UMNO yang ego tidak mahu berkongsi kerusi, rata-rata dalam Bersatu sekarang sedar tentang masa depan kelam parti itu.
Tetapi, dengan jumlah ahli hanya sekitar lebih 100 ribu, apalah daya Bersatu untuk berlawan dengan UMNO dari segi untuk menuntut jumlah kerusi yang lebih tinggi.
Dengan adanya parti baru Tun Mahathir ini dan trend keluar parti berterusan lagi, tidak dapat dielakkan Bersatu akhirnya akan jadi tambah mengecil jumlah keahliannya.
Dalam kedudukan cawangan di sesetengah bahagian tidak lebih daripada jari tangan, akar umbi yang lemah dan tiada petugas yang mantap, ditambah dengan trend keluar parti yang ada sekarang, Bersatu berdepan risiko besar sebenarnya.
Lebih ramai ahli Bersatu dijangka akan terus meninggalkan parti itu, apalagi jika setelah Tun Mahathir turun padang menjelajah ke seluruh negara memperkenalkan parti barunya nanti.
Di samping Bersatu akan terus mengecil dan lemah, keadaan itu dengan sendirinya memberi kelebihan kepada UMNO untuk terus menekan, membuli dan kedekut dalam pembahagian kerusi.
Sudahnya, walaupun Perdana Menteri sekarang adalah Presiden Bersatu, tetapi di mana nasib parti itu selepas PRU15 akan datang nanti? (Shahbudindotcom 08/08/2020)