Beranikah Menteri Kesihatan ambil tindakan terhadap Hishamuddin?
Sang Kelembai
Kisah Menteri ketagih vape dalam Dewan Rakyat.
Seorang Menteri melanggar arahan dilarang merokok dalam semua kawasan dalam bangunan Parlimen. Di luar bangunan Parlimen tidak ada penguatkuasaan undang-undang.
2. Jika saya ke Parlimen. Saya akan melihat pegawai kanan dan bawahan menghisap rokok di luar bangunan di pintu 7, termasuk beberapa orang Menteri yang kaki perokok.
3. Tetapi Menteri yang sekor ini. Lain pula kelakuan dia. Dia sekadar minta maaf melalui media sosial. Macam dia tidak tahu Bangunan Dewan Rakyat kawalan Speaker. Maknanya Menteri yang sekor ini. Apa ada dengan Speaker.
4. Kenapa dia tidak minta maaf kepada Speaker? Kerana ego. Tidak tahu impak dan kesan kepada Parti UMNO (kerana dia ahli UMNO) dan Kabinet Kerajaan PN dan PM Muhyiddin Yasin. Dan juga Ahli-ahli Dewan Rakyat yang lain.
5. Sekarang rakyat tengah memerhatikan, beranikah Menteri Kesihatan yang juga kroni Menteri yang sekor ini. Ambil tindakan mendakwa kepada Menteri yang sekor ini kerana melanggar arahan Kementerian Kesihatan atas pemwartaan dalam Bangunan Parlimen sebagai kawasan melarang merokok dengan denda RM10ribu.
6. PM Muhyiddin Yasin beranikah memecat Menteri yang sekor ini yang memalukan negara. Seorang yang bertaraf Menteri Luar.
7. Reputasi negara merudum lagi. Belum lagi kes isu kena saman PM Muhyiddin Yasin yang dibuat seorang lelaki yang mengatakan isterinya di goda oleh seorang pembaca doa Covid 19, yang setiap jam tersiar diradio dan Tv.
8. Doa lelaki yang khabar seorang anak agamawan saperti telah tidak dimakmulkan oleh Allah, Covid 19 tiba2 menyerang daerah Kubang Pasu..
9. Apa pun untuk menjaga nama baik Datuk, Bapa konunnya dari keluarga bangsawan Johor yang baik2. Sepatutnya Menteri yang sekor ini meletakkan sahaja jawatan Menteri. Nama baik keluarga lebih penting di jaga dari jawatan Menteri..
10. Sangat memalukan seorang pembuat undang-undang mencemarkan dewan yang dikatakan Dewan Yang Mulia. Malah lagi malu bila ada latar belakang kelulusan undang-undang.
Jika artikel 10 digunakan untuk hak bersuara, jangan lupa artikel 8 Perlembagaaan Persekutuan, hak samarata dan sama dalam undang-undang.