KENYATAAN MEDIA EZAM MOHD NOR.



Tun Mahathir - Kuasa sebagai alat Reformasi BUKAN Reformasi sebagai alat Kuasa.

1.Ada khabar terdapat usaha kembalikan Tun Dr Mahathir berkuasa sebagai PM.Saya harap khabar itu tidak betul.

2.Kalau betul, ianya malang bagi negara ini khususnya bagi perjuangan melakukan reformasi dalam negara ini.

3.Ia akan sekali lagi merencatkan proses reformasi negara sepertimana reformasi terencat walaupun Tun Mahathir menjadi PM atas nama reformasi dalam PRU14 lalu.

4.Sebabnya ialah kerana Mahathir mengejar kuasa bukan mengejar reformasi.Mahathir menjadikan reformasi sebagai alat untuk beliau berkuasa.Bukan menjadikan kuasa sebagai alat untuk mencapai reformasi bagi negara.

5.Buktinya jelas, sejak hari pertama mendapat kuasa dan menjadi PM, percaturan Mahathir ialah untuk kekalkan kuasa, melengahkan dan mungkin menidakkan perjanjian 2 tahun peralihan.

6.Pelbagai muslihat dilakukan bermula dengan pembentukan kabinet yang jelas cenderung untuk kekalkan kuasa Mahathir dan kuatkan musuh2 kepada pengganti Mahathir yang sudah termaktub dalam perjanjian.

7.Malah apabila ada kes jenayah seks songsang yang jelas terhadap seorang anggota kabinet, video menjadi kabur, kes ditutup kerana menteri itu 'berguna' untuk kekalkan kuasa Mahathir sebagai PM.

8.22 bulan kerajaan reformasi diberi mandat rakyat memerintah, isu utama yang berlegar bukan soal reformasi tetapi soal kuasa, peralihan kuasa.

9.Justeru proses reformasi lembap.Perkara paling penting yakni menangkap dan menghukum mereka yang telah mencuri wang negara, salahguna kuasa semuanya berjalan lembap.Makanya selepas 22bulan tidak ada seorangpun penyamun2 negara ini dihumban dipenjara!

10.Dan kemuncaknya ialah kejatuhan kerajaan reformasi.Ianya juga berpunca daripada permainan Mahathir yang mahu kekal berkuasa.Beliau sanggup berkawan dengan musuh yang baru sahaja bertempur dengannya dalam PRU 14 lalu.Bersekongkol atas nama bangsa dan agama.Kesemuanya untuk menidakkan proses peralihan yang lancar dan tepat waktu.Lupakah kita kepada Kongres Maruah Melayu?Ianya adalah langkah pertama merosakkan pelan peralihan dan menjahanamkan kerajaan reformasi.

11.Cukuplah Tun.Kesianlah kepada negara ini.Negara ini sudah hilang puluhan mungkin ratusan billion disamun elit2 korup dan durjana.Negara ini dambakan reformasi yang jujur dan bersungguh2.

12.Ianya hanya boleh berlaku apabila kuasa dijadikan alat untuk menjayakan reformasi bukan menjadikan reformasi sebagai alat untuk menjayakan cita2 peribadi untuk terus berkuasa dan menjadi Perdana Menteri.(buat kali ke 3)

Mohamad Ezam Mohd Nor
8 Mei 2020, 15 Ramadhan 1441H.

No comments: