RED FLAG NATION - 18 tahun penjara.

 


RED FLAG NATION - 18 tahun penjara.

Itu hukuman yang sedang diminta pendakwa raya Indonesia terhadap Nadiem Makarim.
Bukan orang biasa.
Ini pengasas Gojek. Graduan Harvard. Antara wajah paling terkenal generasi startup Asia Tenggara. Dari first unicorn Indonesia lompat jadi menteri pendidikan.
Dulu dipuji sebagai simbol Indonesia moden.
Sekarang duduk di kandang tertuduh.
Dan selepas tuntutan hukuman dibacakan di mahkamah Jakarta, suasana bertukar emosional.
Nadiem dilihat menangis teresak-esak sebelum memeluk isterinya di dalam mahkamah. Rakaman dan gambar momen itu pantas tersebar di media sosial Indonesia.
Daripada figura korporat yang dulu bercakap tentang inovasi, teknologi dan masa depan pendidikan, beliau kini berdiri sebagai tertuduh yang berdepan kemungkinan kehilangan kebebasan, reputasi dan mungkin juga sebahagian besar aset hidupnya.
Pendakwa mendakwa projek digitalisasi pendidikan melibatkan Chromebook antara 2019 hingga 2022 menyebabkan kerugian negara sekitar 2.1 trilion rupiah, bersamaan kira-kira US$125 juta atau sekitar RM491 juta.
Mereka kata spesifikasi tender direka terlalu memihak kepada ekosistem Google sehingga Google seolah-olah menjadi “penjaga pintu” sebahagian sistem pendidikan Indonesia.
Yang menjadikan kes ini sangat kontroversi ialah satu perkara.
Ramai ingat kes ini melibatkan dakwaan duit tunai RM180 juta masuk terus ke akaun beliau. Setakat yang diketahui umum sekarang, bukan itu naratif utamanya.
Pendakwa memang menyebut angka sekitar 809 bilion rupiah, kira-kira US$46 juta atau sekitar RM180 juta sebagai “manfaat” yang dikaitkan dengan keputusan perolehan tersebut.
Tetapi antara asas utama yang digunakan ialah dakwaan konflik kepentingan kerana syarikat yang pernah diasaskan Nadiem sebelum masuk kerajaan mempunyai hubungan pelaburan dan urusan dengan Google.
Maksudnya, perbahasan kes ini lebih berkisar kepada "adakah hubungan korporat lama, keputusan polisi dan spesifikasi tender yang dianggap terlalu memihak boleh terus dianggap rasuah jenayah?"
Pihak pembelaan pula berhujah bahawa:
* keputusan teknikal dibuat oleh pasukan dan jawatankuasa perolehan
* projek diwujudkan ketika pandemik untuk pembelajaran jarak jauh
* pejabat Peguam Negara sendiri sudah dirujuk sebelum projek bermula
* dan pertuduhan banyak bergantung kepada tafsiran serta andaian, bukan bukti aliran wang secara langsung
Ini yang menjadikan kes ini sensitif.
Sebab kalau mahkamah mula mentafsir keputusan dasar yang kontroversi atau gagal sebagai “rasuah”, ramai pembuat dasar akan mula takut membuat keputusan besar, terutama ketika krisis.
Pakar undang-undang Indonesia Bivitri Susanti sendiri memberi amaran bahawa mengkriminalkan polisi kerajaan tanpa bukti jelas niat rasuah dan aliran wang boleh mewujudkan ketidakpastian undang-undang.
Dan sebenarnya Indonesia pernah melalui situasi hampir sama sebelum ini dengan Thomas Lembong dalam kes import gula. Beliau turut didakwa atas keputusan polisi dan akhirnya dijatuhi hukuman penjara sebelum kemudian diberikan pengampunan oleh Prabowo Subianto.
Jadi sekarang persoalan mula timbul.
Kalau kes Nadiem akhirnya dilihat sebagai “kriminalisasi polisi” seperti yang didakwa penyokongnya, adakah pengakhiran beliau nanti akan jadi seperti Thomas Lembong juga?
Atau clemency hanya wujud untuk tokoh tertentu sahaja?
Dan penting untuk rantau ini terutamanya Malaysia untuk perhatikan bagaimana kes ini berakhir.
Kerana sama ada Nadiem akhirnya “ke dalam” atau dibebaskan, reaksi pelabur antarabangsa akan menjadi ukuran besar terhadap keyakinan mereka kepada sistem perundangan dan kepastian dasar di Asia Tenggara.
Lebih-lebih lagi ketika negara seperti Malaysia sendiri sedang berdepan siasatan berkaitan perjanjian bernilai RM1.1 bilion dengan Arm Holdings yang sebelum ini dipromosikan sebagai langkah strategik untuk melonjakkan industri semikonduktor negara.
Bahkan SPRM sendiri mengesahkan siasatan melibatkan dakwaan penyalahgunaan kuasa, penipuan dan pecah amanah sedang berjalan, malah dua individu sudah dikenal pasti untuk dicadangkan pertuduhan.
"Eerily similar."
Sebab bagi pelabur global, mereka bukan hanya melihat sama ada sesebuah negara tegas melawan rasuah. Mereka juga mahu tahu sama ada garis antara kegagalan polisi, konflik kepentingan dan jenayah rasuah itu benar-benar jelas dan konsisten.
Dan paling penting, mereka mahu mengelakkan diri daripada terperangkap dalam political adversary webbing tempatan, di mana perubahan kuasa, perseteruan elit dan pergelutan politik dalaman akhirnya memberi kesan terus kepada pelaburan mereka.
Kerana bagi pelabur antarabangsa, ketidakpastian politik yang boleh mengubah nasib sesuatu projek atau individu semalaman sering kali lebih menakutkan daripada risiko pasaran itu sendiri.
"RED FLAG NATION" pada nota kaki mereka.





No comments: