KAU KAYAKAN KRONI , KAMI RAKYAT KENA BAYAR, LAGI NAK DUDUK DIRUMAH / Kekal di Penjara Kajang atau menjadi tahanan rumah: Esok jadi penentuan nasib Najib


 

Persoalan sama ada mantan perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kekal di Penjara Kajang atau menjalani tahanan di rumah bakal terjawab esok.

Hakim Alice Lau akan membuat keputusan tersebut dalam prosiding pada pukul 9 pagi ekoran permohonan Najib agar kerajaan melaksanakan Titah Adendum yang menitahkan beliau menjalani tahanan di rumah.

Najib telah menjalani hukuman penjara lebih tiga tahun sejak Ogos 2022. Beliau telah dihukum penjara enam tahun dan denda 50 juta setelah didapati bersalah dalam penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.


Sekiranya permohonan Najib berjaya maka dia akan menjalani hukuman penjara di kediamannya sendiri.

Jika gagal, Najib akan kekal di Penjara Kajang sehingga 23 Ogos 2028.

Mahkamah juga akan membuat keputusan berhubung permohonan semakan kehakiman oleh peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili ahli politik itu.

Pada 13 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan di Putrajaya memerintahkan permohonan berkenaan dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi untuk pendengaran mengenai meritnya selepas menolak permohonan Peguam Negara untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dokumen tambahan terbabit.

Mahkamah Persekutuan turut menolak rayuan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Najib mengemukakan bukti baharu bagi menyokong kewujudan dokumen tambahan.

Pada 3 Julai 2024, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman, memutuskan empat afidavit dikemukakan bagi menyokong dakwaan Najib.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Persekutuan selepas menolak rayuan Najib.



Beliau kemudian memfailkan petisyen bagi mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022, yang membawa kepada keputusan Lembaga Pengampunan untuk mengurangkan hukuman penjara daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.





No comments: