PM Anwar Arah Tindakan Tegas Terhadap ‘Tokoh’ Menghasut, Gugat Keamanan

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-20 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 15 Ogos 2025.

PUTRAJAYA, 15 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap penghasut yang sengaja menggugat keamananan dan keselamatan dalam beberapa peristiwa kebelakangan ini.

Merujuk kontroversi pemasangan Jalur Gemilang dan kes kematian pelajar Tingkatan 1 Zara Qairina Mahathir, Perdana Menteri berkata masa untuk memberi amaran atau teguran telah berakhir.

Tegasnya, tindakan segera perlu diambil untuk mengelakkan negara terjerumus dalam keadaan tidak diingini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-20 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 15 Ogos 2025.

“Daripada hal sebesar insiden kematian anak kita, Zara di Sabah, hinggalah isu Jalur Gemilang yang harus kita muliakan — semua ini menjadi agenda menghangatkan suhu.

“Sebab itu saya gesa dan beri arahan jelas kepada badan penguatkuasaan, jika ada tokoh besar atau kecil, tokoh politik atau masyarakat terbabit dalam jenayah ugutan serta hasutan… masa amaran telah berakhir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-20 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-20 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 15 Ogos 2025.

Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, yang mengetuai program ‘Solidariti Jalur Gemilang’ di Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam diarahkan polis memberi keterangan di IPD Dang Wangi, malam ini.

Akmal mengetuai perarakan ke kedai perkakasan mencetuskan kontroversi kerana didakwa mengibarkan Jalur Gemilang terbalik.

Tindakan Exco Melaka itu tetap dilakukan biarpun di sebalik gesaan polis supaya perarakan dihentikan.



No comments: