AWAT PULAK DIN ?

 


Saya mengecam sekeras-kerasnya pendakwaan YB Hilman Idham, Ketua Armada BERSATU, di bawah Kanun Keseksaan berhubung ucapannya dalam himpunan membantah Akta Hasutan.





Sebagai pemimpin sayap ARMADA yang mewakili anak-anak muda, beliau berhak untuk mengkritik Akta Hasutan dan membantah tindakan pihak berkuasa menahan beberapa pemimpin ARMADA di bawah akta tersebut.


Pakatan Harapan berjanji menghapuskan Akta Hasutan. Kini apabila berkuasa, bukan sahaja Akta Hasutan tidak dihapuskan, malah mendakwa orang yang membantah akta tersebut.


Inilah hipokrasi yang paling nyata. Bukan sahaja kebebasan bersuara tidak lagi dilindungi, malah undang-undang yang dahulunya dikatakan zalim kini dilindungi oleh undang-undang.


Saya mendoakan agar Saudara Hilman dan seluruh barisan kepimpinan serta ahli ARMADA BERSATU terus cekal melawan kezaliman dan hipokrasi Kerajaan Madani.


TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN

Presiden BERSATU


19 Ogos 2025



No comments: