RIZAB BANK NEGARA NAIK LAGI KEPADA USD 120.6 BILLION: APA MAKSUDNYA UNTUK NEGARA?

Nazeri Hamdan





Bank Negara Malaysia (BNM) baru umumkan yang rizab antarabangsa kita meningkat kepada USD120.6 bilion setakat 30 Jun, naik lagi dari USD119.9 bilion sebelum ni. 


Kenaikan ni mungkin nampak kecil, tapi sebenarnya penting sebagai penanda keyakinan terhadap ringgit dan kekuatan ekonomi kita dari sudut pembayaran antarabangsa. 


Ikut kenyataan BNM, jumlah tu cukup nak tampung hampir 5 bulan import barangan dan perkhidmatan dan itu lebih dari cukup untuk jamin kestabilan.


Kalau tengok pecahan rizab tu, antara paling besar ialah foreign currency reserve (USD107 bilion), diikuti dengan emas (USD4.1 bilion), dan SDR dari IMF (USD5.9 bilion). Selebihnya lain-lain.


Ni semua aset-aset luar yang boleh ditukar jadi cash segera bila perlu. Dalam bahasa mudah, ni macam dana kecemasan negara, kalau ringgit ditekan teruk atau negara perlukan foreign currency dengan cepat (contohnya untuk bayar hutang luar atau import barang penting), kita ada “cash reserve” yang kukuh.


Secara keseluruhan, ini berita baik dalam suasana global yang tak menentu yang mana berlaku perang, kadar faedah tinggi, pasaran volatile. Malaysia nampaknya masih berjaya maintain keyakinan pelabur dan cukup buffer untuk hadapi sebarang kejutan ekonomi. 


Tapi kita tetap kena waspada, walaupun rizab kuat, kalau eksport lemah dan ringgit terus ditekan, cabaran jangka panjang masih ada.




No comments: