Armada Jiwa
Pembangkang kini berada di fasa ketandusan idea dan kehabisan modal untuk menjatuhkan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Pelbagai usaha mereka lakukan — dari projek ‘tebuk atap’, cubaan membeli Ahli Parlimen kerajaan, hinggalah kepada ‘hantu lompat parti’ — semuanya gagal dan makan tuan.
Sebaliknya, Ahli Parlimen pembangkang sendiri kini sudah mula menyokong kerajaan, menyedari bahawa hala tuju Malaysia Madani adalah jalan yang benar. Ini menyebabkan pembangkang makin terdesak, makin celaru, dan akhirnya memilih taktik murahan: himpunan jalanan 'Turun Anwar' pada 27 Julai di Dataran Merdeka.
Mereka tahu himpunan itu takkan menjatuhkan Anwar. Mereka sendiri maklum, Anwar bukan naik ikut pintu belakang seperti yang pernah berlaku. Anwar naik dengan mandat rakyat, dan sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat yang sah. Jadi apa motif sebenar mereka?
Motifnya cuma satu:
Nak cipta persepsi kononnya Anwar bermasalah, lalu dijual cerita itu kepada media antarabangsa dan pelabur luar, supaya Malaysia kelihatan tidak stabil.
Malangnya, mereka silap besar. Ini bukan zaman 80-an. Ini zaman media sosial, zaman rakyat dan dunia boleh semak segala data ekonomi, dasar kerajaan, dan fakta pembangunan di hujung jari.
Fakta-fakta kejayaan Anwar dan Kerajaan Perpaduan bukan lagi propaganda — tetapi rekod dan pencapaian yang tertulis dalam laporan rasmi, indeks global, dan pengiktirafan antarabangsa.
PMX tak perlu layan pun karenah mereka.
Dia tahu rakyat bersama beliau.
Dia tahu fakta di pihaknya.
Dan dia tahu — biar mereka menyalak sekuat mana, negara ini takkan patah balik ke zaman gelap rasuah dan skandal.
Anwar pula, dengan tenang dan berjiwa besar, membenarkan himpunan itu berlangsung. Kenapa?
Kerana dia yakin — kebenaran tak perlu disorok. Demokrasi tak perlu ditakutkan.
Tapi kita tahu, dalam diam-diam, himpunan ini adalah pesta orang kalah.
Yang gagal membina idea, yang gagal menyatu parti, yang gagal meyakinkan rakyat — dan kini cuba guna jalan simpang.
Mereka bukan mahu menyelamatkan negara, mereka cuma mahu kuasa. Kuasa yang hilang — kerana tamak dan angkuh.
Dan kepada lebai-lebai palsu dan walaun-walaun bingai,
yang siang malam menyamar jadi pejuang Islam sambil menyokong fitnah, pembohongan dan taktik kotor — ingatlah:
Neraka bukan untuk orang yang buat dosa saja — tapi juga untuk yang menjual agama demi politik kotor.
Tanya diri sendiri, berapa banyak hadis kamu seleweng, berapa banyak ayat Allah kamu gunakan untuk halalkan niat jahat?
Cukuplah menjual agama macam peniaga pasar lambak.
Rakyat sudah celik. Dunia sudah melihat.
Dan Anwar Ibrahim tetap berdiri — kerana dia bukan naik atas dendam, tapi atas amanah rakyat dan kehendak reformasi sebenar.
#MalaysiaMadani ❤💙
#KekalAnwar

No comments:
Post a Comment