Che Ibrahim
1. Tengku Maimun dilantik menjadi Ketua Hakim Negara pada 2 Mei 2019 menggantikan Tan Sri Richard Malanjum yang bersara wajib pada 12 April 2019.
Maknanya perlantikan Ketua Hakim Negara yang baru hanya dibuat sekitar 20 hari selepas Tan Sri Richard Malanjum bersara. Tengku Maimun baru 2 hari bersara, tapi dah gegak gempita macam la kerajaan tak reti buat kerja.
2. Ramai Ketua Hakim Negara sebelum Tengku Maimun yang bersara wajib pada usia 66 tahun walaupun Perlembagaan masih membenarkan mereka boleh disambung khidmat 6 bulan lagi. Maknanya mereka kalut tidak berasas.
3. Tan Sri Hasnah hanya diarah menjalankan tugas tugas Ketua Hakim Negara selama tempoh kekosongan, bukan memangku atau menanggung kerja Ketua Hakim Negara. Istilah istilah dalam perkhidmatan pun mereka tak faham, apa lagi dasar dan asas perkhidmatan.
4. Adapun dakwaan yang mengatakan Tan Sri Hasnah juga diarah menjalankan tugas tugas Presiden Mahkamah Rayuan, setakat ini tidak ada sumber rasmi yang mengesahkannya, mungkin hanya suatu yang diada adakan untuk menambah kekeliruan.



No comments:
Post a Comment