FORUM PERSIDANGAN YANG SEPATUTNYA DIHADIRI RR DAN NN.

 

Akmal Nasir







Forum Energy Asia hari ini sepatutnya turut dihadiri Sdr Rafizi Ramli dan Sdr Nik Nazmi atas kapasiti mereka sebagai Menteri. 


Bukan sahaja kehadiran, tetapi NETR yang menjadi subject matter perbincangan kami pada hari ini juga dirintis oleh kedua-dua Rafizi dan Nik Nazmi di samping penjawat awam lain maka wajar kreditnya itu diberikan kepada mereka. 


NETR bukan sekadar pelan hala tuju - ia adalah pelaksanaan bahawa masa depan ekonomi kita mesti berpaksikan kelestarian. 


Dalam sektor tenaga, cabaran yang kita hadapi kini jauh lebih besar berbanding sepuluh dua puluh tahun yang lepas; dengan permintaan terhadap tenaga yang kian meningkat.


Kita perlu memperkasa pengguna tenaga berskala besar untuk beralih kepada tenaga hijau. Melalui inisiatif CRESS, pusat data kini boleh mendapatkan tenaga boleh diperbaharui secara terus dengan pembekal — melalui grid secara Akses Pihak Ketiga.


Di peringkat serantau, kita sedang menggerakkan ASEAN Power Grid bagi membolehkan perdagangan tenaga rentas sempadan dan ketahanan bersama ketika permintaan memuncak.


Dan ini satu perbincangan yang perlu kita mulakan — walaupun mungkin sensitif : Bagaimana pula dengan tenaga nuklear ?


Walaupun tidak diklasifikasikan sebagai tenaga boleh diperbaharui, teknologi nuklear baharu seperti Small Modular Reactors (SMRs) dan loji nuklear terapung wajar diteroka secara serius sebagai sebahagian daripada strategi Net Zero negara.


"Tanpa tenaga nuklear, sukar untuk Malaysia capai sasaran sifar bersih menjelang 2050". 


Banyak laporan media laporkan kenyataan saya ini, kerana mungkin agak baru dan radikal, tapi saya akan terus bercakap mengenai hal yang sememangnya menjadi keperluan mendesak kita seperti tenaga nuklear.



No comments: