𝐃𝐚𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐚𝐤 𝐏𝐞𝐫𝐧𝐚𝐡 𝐒𝐢𝐚𝐩





Muklis Eddie


𝐀𝐥-𝐤𝐢𝐬𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐚𝐩, 𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐨𝐤𝐨𝐡 𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐜𝐮𝐤𝐮𝐩 𝐦𝐚𝐬𝐲𝐡𝐮𝐫, 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐢𝐥𝐦𝐮𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐭𝐚, 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐝𝐨𝐦𝐩𝐞𝐭 𝐫𝐚𝐦𝐚𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠. 𝐍𝐚𝐦𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐓𝐨𝐤 𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐬𝐨𝐡𝐨𝐫, 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐚𝐧𝐝𝐚𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐚𝐢𝐧 𝐤𝐚𝐭𝐚, 𝐥𝐢𝐜𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐮𝐭𝐚𝐫 𝐛𝐢𝐜𝐚𝐫𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐧𝐢𝐬 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐢𝐦𝐩𝐢𝐚𝐧.


Tok Ustaz bukan calang-calang orang. Status Facebooknya sering mendapat ribuan tanda suka. Setiap minggu ada video motivasi, disulam ayat-ayat Al-Quran, dan tak lupa nombor akaun bank. Projeknya? "Dataran Musolla As Sobirin", tapak suci yang kononnya bakal menjadi pusat ilmu dan dakwah tersohor.


 "𝘚𝘢𝘺𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘦𝘳𝘶 1900 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 5000 𝘴𝘢𝘩𝘢𝘣𝘢𝘵 𝘍𝘉 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘺𝘶𝘮𝘣𝘢𝘯𝘨 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘙𝘔60 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 1 𝘮𝘦𝘵𝘦𝘳 𝘱𝘦𝘳𝘴𝘦𝘨𝘪. 𝘈𝘺𝘶𝘩 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘣𝘪𝘯𝘢 𝘥𝘢𝘵𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘪𝘯𝘪 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪 𝘴𝘢𝘩𝘢𝘮 𝘢𝘬𝘩𝘪𝘳𝘢𝘵 𝘬𝘪𝘵𝘢."


Waktu itu, semua percaya. Penduduk kampung, pengikut media sosial, malah golongan luar yang tak pernah jejak kaki ke kampung pun teruja nak menyumbang. Mereka kata ini peluang pahala, peluang 'tiket ke syurga'.


Mak Rie Na jual kuih naik bas ke pekan semata-mata nak bank in duit. Pak Hassan korek tabung ayam. Anak-anak muda sanggup buat kutipan amal. Semuanya demi 'dataran ilmu'.


Tapi masa berlalu.


𝐃𝐚𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥 𝐭𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐡.


Yang kelihatan hanyalah seketul jentera tua berkarat dan gambar Tok Ustaz bergaya di atasnya, seolah-olah sedang mengendalikan projek mega dunia akhirat. Padahal, dari jauh pun orang nampak jentera tu dah lama tak bergerak.


Namun, kempen kutipan tidak pernah berhenti. Tahun demi tahun, Tok Ustaz tetap muncul dengan nada lembut dan senyum suci.


 “𝘗𝘳𝘰𝘫𝘦𝘬 𝘮𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘣𝘦𝘳𝘫𝘢𝘭𝘢𝘯, 𝘥𝘢𝘯𝘢 𝘮𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘥𝘪𝘱𝘦𝘳𝘭𝘶𝘬𝘢𝘯. 𝘚𝘢𝘵𝘶 𝘮𝘦𝘵𝘦𝘳 𝘙𝘔60. 𝘔𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘣𝘦𝘭𝘶𝘮 𝘤𝘶𝘬𝘶𝘱...”


Orang kampung mula pelik. Dah berapa ribu kali kutipan dibuat? Ke mana perginya duit? Bila agaknya dataran itu nak jadi?


Dalam diam, satu demi satu kisah mula terbongkar.


Rupa-rupanya, Tok Ustaz bukan hanya aktif di kampung. Beliau 𝐫𝐚𝐣𝐢𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐮𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡. 𝐓𝐚𝐩𝐢 𝐫𝐚𝐦𝐚𝐢 𝐭𝐚𝐡𝐮, 𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐚𝐧𝐚 𝐚𝐝𝐚 '𝐛𝐢𝐧𝐢 𝐦𝐮𝐝𝐚'. Cantik orangnya, pandai bergaya, dan katanya tinggal di rumah yang ‘dibeli secara tunai’.


 “𝘜𝘳𝘶𝘴𝘢𝘯 𝘱𝘦𝘳𝘪𝘣𝘢𝘥𝘪, 𝘫𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘥𝘪𝘧𝘪𝘵𝘯𝘢𝘩,” 𝘬𝘢𝘵𝘢 𝘛𝘰𝘬 𝘜𝘴𝘵𝘢𝘻 𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘥𝘪𝘵𝘢𝘯𝘺𝘢. 𝘛𝘢𝘱𝘪 𝘱𝘦𝘭𝘪𝘬, 𝘴𝘦𝘵𝘪𝘢𝘱 𝘬𝘢𝘭𝘪 𝘣𝘢𝘭𝘪𝘬 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘴𝘦𝘣𝘦𝘳𝘢𝘯𝘨, 𝘸𝘢𝘫𝘢𝘩 𝘛𝘰𝘬 𝘜𝘴𝘵𝘢𝘻 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘬𝘪𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘦𝘳𝘪, 𝘵𝘦𝘭𝘦𝘧𝘰𝘯 𝘣𝘪𝘮𝘣𝘪𝘵 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘬𝘪𝘯 𝘣𝘢𝘳𝘶, 𝘥𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘫𝘶 𝘫𝘶𝘣𝘢𝘩 𝘴𝘦𝘮𝘢𝘬𝘪𝘯 𝘮𝘢𝘩𝘢𝘭.


“Dataran tak siap, tapi ustaz siap-siap beli rumah,” sindir seorang pemuda kampung yang sudah lama tawar hati.


Namun, siapa yang berani bersuara? Menegur ustaz dianggap biadab. Mempersoal duit derma dianggap kufur nikmat. Maka yang bersuara disenyapkan, yang bertanya disindir, yang kecewa dibiar berundur.


𝐋𝐚𝐦𝐚-𝐤𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐚𝐧, 𝐤𝐞𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐥𝐮𝐧𝐭𝐮𝐫.


Dataran Musolla menjadi bahan sindiran:


 “𝘋𝘢𝘵𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘞𝘢𝘬𝘢𝘧 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘥𝘢𝘵𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘸𝘢𝘴-𝘸𝘢𝘴?”

“𝘐𝘯𝘪 𝘱𝘳𝘰𝘫𝘦𝘬 𝘢𝘬𝘩𝘪𝘳𝘢𝘵 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘱𝘳𝘰𝘫𝘦𝘬 𝘪𝘴𝘵𝘦𝘳𝘪 𝘣𝘢𝘳𝘶?”


Tok Ustaz tetap meneruskan ceramah di kampung, di seberang, di media sosial. Tapi kali ini, ramai yang hanya menonton... bukan untuk dapat ilmu, tetapi untuk melihat lakonan.


Dataran itu akhirnya menjadi simbol, bukan lagi tempat menuntut ilmu, tetapi peringatan bahawa tidak semua yang berserban membawa berkat, dan tidak semua yang meminta derma benar-benar membina.


Dan kampung itu terus menanti... Dataran yang tak kunjung jadi.


p/s gambar sekadar hiasan 😋




No comments: