PATUT PAS ROSAK TAK MACAM ZAMAN ARWAH TOK GURU NIK AZIZ, SEBAB ADA PRESIDEN YANG NAK JADI PRESIDEN SEPANJANG HAYAT



 Presiden Pas tolak tempoh PM 10 tahun sahaja, mahu sepanjang hayat.



Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menolak cadangan agar tempoh sesaorang menjadi perdana menteri hanya dua penggal atau 10 tahun sahaja.


Dalam tulisannya di Minda Presiden Pas, Hadi berkata, kewajipan umat Islam untuk berlaku adil kepada semua mengikut ketetapan Allah SWT.


“Maka, segala urusan umat hanya boleh dikendalikan oleh kalangan yang beragama Islam dan beriman sahaja dengan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.


“Akan tetapi, apabila seseorang pemimpin melakukan perbuatan khianat yang menafikan kelayakannya, maka tugasnya hendaklah ditamatkan.


“Sepanjang sejarah, semua khalifah Islam menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin sehingga akhir hayat mereka.

“Allah telah menetapkan bahawa para anbiya’ yang membawa ajaran Islam, juga berperanan sebagai pemimpin.


“Selepas kewafatan mereka, tugas itu digantikan oleh golongan yang meneruskan ajaran para anbiya’,” tulis beliau menerusi facebooknya.

Baru-baru ini, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mencadangkan agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi membolehkan sesaorang perdana menteri hanya boleh dilantik untuk dua penggal atau 10 tahun sahaja.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas itu menyambutnya dan bersetuju dengan cadangan itu.

“Ada cadangan yang saya setuju seperti mengehadkan tempoh perdana menteri kepada 10 tahun, kerana kita tahu, kalau sampai 22 tahun, boleh rosak negara,” kata Anwar.


Hadi dalam tulisannya berkata, apabila DAP mencadangkan had tempoh sepuluh tahun bagi jawatan perdana menteri, tiba-tiba ramai yang berlumba-lumba memberikan sambutan positif.

“Mereka seolah-olah melupakan, jahil atau tidak mempedulikan dasar yang lebih penting bagi mencapai wawasan dunia dan akhirat yang kekal mengikut ketetapan Allah yang mewajibkan Islam memimpin negara.

“Hal ini demikian kerana, tanggungjawab tersebut merupakan amanah yang besar daripada Allah.

“Bukan sekadar membahagikan jawatan atau memberikan kerja dalam tempoh tertentu kepada seseorang untuk meni‘mati jawatan, kemudian digilirkan kepada seseorang yang lain untuk mengambil kesempatan juga,” katanya.

Beliau juga kekal dengan retorik bahawa,” Malaysia adalah milik Islam Melayu yang wajib dipertahankan.

“Awas! Berjaga-jagalah terhadap langkah DAP untuk mengambil kuasa dengan melemahkan kedudukan Islam dan bangsa Melayu yang berjenama Islam,” katanya pada hari ke 18 Ramadhan.



No comments: