MCA TALAM DUA MUKA .. topeng PN



Saya paling pantang pemimpin yang depan kita kata lain, belakang kita lagi kemain. 


Pemimpin yang berterusan bodohkan rakyat. Demi kerana kemaruk kuasa bukan sangat nak berkhidmat. 


Bila MCA Johor hari tu beralasan menyalahkan Admin lama mengenai hasutan ke atas bantuan Palestin & JAKIM. Saya langsung tak percaya. Ramai tahu lakonan mereka. 


Depan Melayu, jadi terpaling Melayu. Depan Cina, dengan penuh licik tulis dalam tulisan Cina, jadi terpaling Cina. 


Ini bukan kali pertama ya. 


Dulu tahun 2020, isu pengenalan tulisan Jawi di sekolah. Di media arus perdana berbahasa Kebangsaan, tunjukkan dia punya lah sokong Jawi. Siap boleh buat khat sekali. 


Tetapi dalam akhbar berbahasa Cina, Presiden MCA ni bantah tulisan Jawi nak ambil hati pengundi. Siap menganjing parti DAP yang menyokong tulisan jawi. 


Itu sebabnya MCA ini, dulu dari dapat 2/3 undi, sekarang merudum tinggal 2 kerusi. Masyarakat Cina tahu betapa hipokrit nya mereka. Depan Melayu lain, depan Cina lain. 


Berhati2 lah dengan musang berbulu ayam ini. Mereka 60 tahun dalam Kerajaan, banyak sudah hilang kepentingan. 


Sebagaimana ramai pandang UMNO Parti rasuah. Jangan ingat orang Cina tak pandang MCA sama. Tu sebab sekarang ke laut dalam jua. 


Kerajaan harus monitor semua posting dan propaganda MCA ini, terutamanya yang ditulis sepenuhnya dalam bahasa Mandarin. Banyak kali kantoi, ada gerakan2 halus buat hasutan, melaga2kan rakyat. 


Saya dapat rasakan MO mereka sama. Serupa talam dua muka. Rakan Cina sudah lama sedar, jangan rakan Melayu tertipu pula. 


~LM~



No comments: