[Sedikit Nasihat Kepada Bekas Cikgu Mohd Fadli Salleh]





1. Saya antara orang yang suka membaca tulisan bekas cikgu bernama Mohd Fadli Salleh. Bahkan sebelum ini saya pernah memberi sokongan kepada beliau secara terbuka.


2. Namun, semalam saya ada melihat salah satu hantaran terbaru daripada beliau mempertahankan Ustaz Azhar Idrus. Berkaitan status itu saya akan ulas nanti. Namun saya ingin menjawab komen Cikgu Fadli Salleh yang tidak tepat dan jauh tersasar berkaitan program Perkampungan Sunnah. 


3. Untuk memahami isu ini, elok saya nyatakan kronologi kes ini. Kronologi isu ini adalah seperti berikut:


i. UAI mengeluarkan kenyataan ketika ditanya tentang Perkampungan Sunnah, lalu dalam jawapan beliau ada menyebut tentang golongan yang sesatkan Imam Nawawi. Walhal tiada dalam Program itu penceramah menyesatkan al-Nawawi. 


ii. Mufti Perlis telah mencabar UAI untuk buktikan benarkah terdapat penceramah dalam Perkampungan Sunnah yang sesatkan al-Nawawi. Jika benar, Mufti Perlis akan letak jawatan dalam 24 jam.


iii. Setelah itu, UAI ditanya soalan semula berkaitan cabaran Mufti Perlis dalam kuliahnya. Beliau ada cuba menjawab, namun sayangnya UAI menjawab soalan itu dengan persoalan semula. Dan jawapan UAI juga kelihatan seperti tersasar dan beliau tidak dapat buktikan ada asatizah dalam Perkampungan Sunnah yang sesatkan Imam Nawawi.


iv. Penceramah yang menyatakan Asyairah tidak bertuhan itu bukan di Perkampungan Sunnah. Penceramah itu bernama Ustaz Zainal, beliau bukan panel dalam Perkampungan Sunnah. 


v. Tuduhan (Fitnah) Cikgu Fadli Saleh bahawa ustaz dalam video dengan ucapan tersebut berlaku di Perkampungan Sunnah adalah tidak benar. Ia program yang berbeza dengan Perkampungan Sunnah.


vi. Memang Ustaz Zainal tersebut telah memohon maaf. Jika 1000 kali pun beliau memohon maaf, faktanya tetap beliau bukan menjadi panel ketika Perkampungan Sunnah seperti fitnah dilontarkan oleh Cikgu Fadli Saleh. Itu majlis yang berbeza. 


4. Cikgu Fadli perlu lebih cakna dan berhati-hati sebelum melontarkan fitnah sebegini. Berkali-kali saya lihat Cikgu Fadli Saleh ini cuba untuk menyatakan bahawa program ini berlaku di Perkampungan Sunnah walaupun telah ditegur. Untuk mempertahankan seseorang yang kita kagumi, tidak perlu sehingga mencipta fitnah yang baharu. 


5. Isu sebelum ini perkataan daripada Ustaz Azhar Idrus masih tiada pembuktian kukuh, datang pula Cikgu Fadli Saleh menambah fitnah yang baru pula. 


6.  Program Perkampungan Sunnah ini ialah program rasmi negeri. Ia dilakukan setahun sekali. Ia dirasmikan oleh DYMM Raja Perlis dan adakalanya DYTM Raja Muda Perlis merasmikannya. Oleh itu, Cikgu Fadli jangan suka mentohmah program ini dengan fakta yang salah. 


7. Fitnah sebegini dari sudut agama ia adalah haram. Manakala dari segi undang-undang saya tidak pasti adakah valid untuk membuat laporan polis ataupun sebaliknya terhadap fitnah ini. Apa pandangan sahabat sekalian?


Dr Rozaimi Ramle



No comments: