KEPERLUAN LAPANGAN TERBANG DI KAWASAN KULIM MEMERLUKAN BUKAN SAHAJA PERPINDAHAN BEBERAPA KAMPUNG DAN KAWASAN LAIN TETAPI RASIONAL NAK BUAT BERAPA LAPANGAN TERBANG DI KEDAH SETELAH ALOR SETAR DAN LANGKAWI?
- DAN KAPASITI AIRPORT BAYAN LEPAS SENDIRI PUN TELAH DINAIKTARAF. KILANG DI PRAI DAN BAYAN LEPAS MAMPU UNTUK MENAMPUNG KEPERLUAN KONTENA DARI KILANG KILANG YANG BERADA DI BAYAN LEPAS DAN PRAI. SATU LALUAN KERETAPI KHAS MENGANGKUT KONTENA DARI PELABUHAN KE HIGHTECH TELAH DIRANCANG SEKIAN LAMA DAN MASIH DITELITI KERANA TIDAK MAHU MEMBABITKAN PERPINDAHANPENDUDUK DAN LALUAN TERUS KE KULIM DAN PENANG PORT SEBELAH BUTTERWORTH.
PELABUHAN DAN PENANG PORT TELAH BERJAYA MENGENDALIKAN KONTENA DAN KEPERLUAN PENUMPANG SEJAK SEKIAN LAMA. JAMBATAN PULAU PINANG YANG KE 2 TERUS KE KAWASAN BAYAN LEPAS DAN PENGANGKUTAN KE PENANG PORT MEMPERCEPATKAN PROSES BERKAITAN.
Pertimbang semula projek Kedah Aerotropolis, Sanusi beritahu Anwar
Menteri besar itu berkata, projek hab logistik Kedah Aerotropolis dibiayai sepenuhnya sektor swasta dan tidak memerlukan pembiayaan Putrajaya.
PETALING JAYA: Menteri besar Kedah, Sanusi Md Nor meminta Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menyokong dan meluluskan projek hab logistik Kedah Aerotropolis kerana ia tidak memerlukan sebarang dana Putrajaya.
Projek itu, katanya, yang dijangka menelan kos RM7 bilion akan dibiayai sepenuhnya sektor swasta dan mempunyai dua rakan kongsi utama bertindak sebagai rakan strategik kerajaan negeri dalam pembangunan terbabit.
“Pembiayaan dana yang diperlukan akan diselesaikan dalam masa terdekat ini. Bajet kerajaan persekutuan tidak diperlukan, maka tiada risiko kepada Putrajaya dari segi beban kewangan,” katanya di Facebook.
Beliau berkata, Kedah Aerotropolis akan berfungsi sebagai hab kargo, termasuk kargo “frozen” dan “trans-shipment center” yang akan membantu mengembangkan pasaran serta peluang kepada pelabur.
Katanya, rancangan Putrajaya menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) dan Lapangan Terbang Subang berbeza dengan Kedah Aerotropolis kerana ini membabitkan pembinaan terminal serta landasan baharu sepenuhnya, serta bangunan lain berkaitan.
Kedah Aerotropolis juga akan berfungsi sebagai kemudahan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) yang beliau percaya mampu melengkapkan PIA secara tidak langsung.
Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2023 pada Jumaat lalu berkata, Putrajaya bercadang membesar dan meningkatkan keupayaan PIA serta Lapangan Terbang Subang untuk menarik pelaburan.
Langkah itu, katanya, “lebih menjimatkan” berbanding cadangan pembangunan Aerotropolis di Kulim.